Saturday, October 31, 2009

DEMO Pemuda Gerakan

Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu Tan sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras - tempat Gerakan mengadakan persidangan tahunannya.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad.

Kumpulan itu menuntut BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Mohamad kerana didakwa membuat kekacauaan dalam parti sendiri.

Ditemui media selepas demonstrasi itu, Oh berkata, dewan tertinggi BN patut mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat Umno itu.

“Umno dan Gerakan sama-sama parti komponen dalam BN. Mohamad tidak patut mengguris perasaan rakan sendiri.

“Kami harap dewan tertinggi BN dalam mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya.

Wednesday, October 28, 2009

Bajet 2010 : Penyelesaian nya Islam

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang, 27 Oktober 2009

MP PAS Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Bajet 2010) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2009. [ Menyambung perbahasan pada 26 Oktober 2009]

Tuesday, October 27, 2009

Bungkusan Murukku kepada 2000 Pemandu

Penerangan Gambar 1 : YB Dr Siti Mariah bersama pengajur majlis penyampaian bungkusan murukku kepada pemandu di jalanRaja Nong

Penerangan Gambar 2 : Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmud sedang memasak / membuat murukku

Artikel :- Klang Oct. 14, Majlis penyampaian bungkusan murukku kepada 2000 pemandu anjuran Kelab Penyokong Pas sempena Sambutan Deepavali.

Majlis ini berlangsung di Jalan Raja Nong, Kg Jawa dan dihadiri oleh Ahli Parlimen Kota Raja, YDP PAS Kawasan Cikgu Jaafar Bin Samsudin, Ketua KPP Selangor S. Letchuman, Ketua KPP cawangan Taman Alam Nyata S. Ramakrisnan dan Ketua cawangan Taman Sentosa N. Letchuman.
KPP Cawagan Taman Alam Nyata menjadi tuan rumah untuk penyediaan muruku dan di bantu oleh KPP dari Cawangan Batu Ampat, Taman Menara Maju dan Kg Jawa. Majlis yang bermula pada 3 ptg telah berakhir sekitar pukul 6.30 ptg pada 14 Oct yang lalu.

nandri, todaruttum unggal natseyal - terima kasih, teruskan usaha murni anda

Monday, October 26, 2009

PAS Cawangan Kg Lombong Anjur Kursus Ternakan Ikan Keli

Kg Lombong, Shah Alam 26 Okt – Bagi membantu mereka yang berminat di bidang penternakan air tawar, PAS cawangan Kg Lombong telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus menternak ikan keli semalam.


Program yang di adakan di balairaya Kg Lombong itu telah di rasmikan oleh YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.


Di dalam ucapannya, YB Dr Siti Mariah memberikan perangsang kepada peserta yang berminat agar dapat menjadikan kerjaya bekerja sendiri ini menjadi kerjaya yang benar-benar menjadi budaya di dalam masyarakat kita kerana keberkatan yang Allah sediakan itu amat luas di bandingkan dengan kerjaya makan gaji.


Bagi mereka yang bekerja sendiri ini, kebergantungan kepada Allah amat tinggi yang mana setiap ketika kita akan memohon agar apa yang di usahakan berjaya dan ini menjadikan hubungan diantara kita dengan penciptanya amat dekat dan inilah yang menyebabkan rezeki yang di perolehi dapat keberkatan yang tinggi dari Allah sw.t.


Beliau berharap, semuga bidang yang bakal diceburi ini dapat di ceburi dengan serius walaupun semua tahu bahawa cabaran yang bakal di hadapi adalah amat tinggi. Walau bagaimana pun, semua ini insyaAllah dapat di atasi jika peserta dapat mendalami ilmu yang di perlukan sebelum memulakan projek yang bakal di jalankan.


Kursus selama sehari tersebut telah di sampaikan oleh seorang penternak ikan keli berjaya dari Taiping Perak yang telah menceburi bidang tersebut lebih dari 10 tahun dan sekarang beliau telah menghasilkan ikan keli organik yang di jamin suci dan halal.


Kursus tersebut yang mulanya mendapat penyertaan seramai 20 peserta telah mendapat sambutan di luar dugaan apabila ada peserta lain yang mendaftar pada hari kursus tersebut.

PAS Cawangan Kg Lombong mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut dan berharap agar kursus tersebut dapat melahirkan usahawan tani yang berjaya dari kalangan penduduk Kg Lombong dan sekitarnya. _Izha

Saturday, October 24, 2009

Yang tak kena pada bajet Najib

Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor
Sat | Oct 24, 09 | 2:21:21 pm MYT
ANALISIS

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.

Image

(Gambar: Penulis, Dr Dzulkefli Ahmad)

Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.

Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara �regular� atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.

Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu � kanser otak.

Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.

Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi.

Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Image Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.

Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana �knowledge workers� adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.

Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadika negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts' � bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara. _

Thursday, October 22, 2009

Parti Kedai RM2

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang

Dato’ Mahfuz Omar membahaskan Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [21 Oktober 2009]

Monday, October 19, 2009

Bernama TV rugi

Siapa pemilik Bernama TV, Ketua Bahagian Umno?

Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar kepada soalan asal No. 5 – Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kedudukan BERNAMA TV dari segi peranan medianya dan tanggungan hutangnya yang besar sehingga menjejaskan operasi harian stesen tv ini. [19 Okt 2009]

Sunday, October 18, 2009

Umno tiru PAS/PR

Sempena Majlis Eidul Fitri jam 4.08 ptg tadi YB Dr Siti Mariah telah menyampaikan ucapan kepada kira-kira 400 tetamu yang hadir pada waktu tersebut.

Dalam ucapan tadi YB Dr Mariah berkata kita tengok kepada Umno yang telah meniru apa yang PAS telah buat seperti PAS FOR ALL kepada UMNO FOR ALL dan contoh yang lain pula ialah saranan seorang ADUN UBN Kuang Selangor yang menyarankan kepada Kerajaan supaya tidak perlu membuat pembangunan yang besar-besar sebaliknya setakat hanya membantu rakyat, selain itu mereka juga meniru apa yang Kerajaan Selangor buat seperti memberi skim mesra usia emas.
"Ini semua merupakan cabaran untuk kita" kata Dr Mariah.

Bagi kekalahan di Bagan Pinang baru-baru ini pula, beliau mengingatkan semua supaya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana sebenarnya kita sudah tahu bahawa kita bukan melawan BN secara gentlement tetapi melawan keseluruhan jentera Kerajaan Malaysia.

Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Kota Raja

Kemeriahan majlis begitu terasa dengan kehadiran para tetamu dari pelbagai bangsa. Kehadiran ahli kelab penyokong PAS kota raja yang agak ramai memeriahkan lagi sambutan pada hari ini.
Kehadiran YB Dr Siti Mariah pada kira-kira 3.30 ptg tadi disambut meriah oleh semua yang hadir pada jamuan ini.
Makanan masih banyak dan sesiapa yang belum hadir dijemput hadir didalam majlis ini

Majlis Potong Kek Hari Raya PAS Kota Raja

Jam 2.45 majlis potong kek Hari Raya PAS Kota Raja disempurnakan oleh Ketua Muslimat PAS Kota Raja Pn Rosnah Abdul Wahab.
Pada ketika ini tetamu yang hadir telah mencecah 1000 orang, tetapi makanan masih boleh menampung kira-kira 3000 tetamu lagi.

Di jemput seuruh rakyat kota raja dan seluruh malaysia hadir ke majlis yang gilang gemilang ini.

Selamat Datang

Selamat Datang ke Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Kawasan Kota pada hari ini bermula dari jam 2ptg hingga 5 ptg hari ini.

Semua persiapan telah dibuat termasuk penyediaan jamau untuk dinimati oleh semua pengunjung pada hari.

Ramai tetamu telah mula hadir.

Seluruh rakyat di jemput hadir.

Monday, October 12, 2009

Tahniah : Ikon Rasuah Menang Besar

Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat. Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, kita perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan oleh PAS/PR.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat.

Berkaitan dengan posting ini :

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah... (Cina Islam)
Apa Signifikan Keputusan Bagan Pinang ? (Anwar Ibrahim)
Tajuk Karangan Ramalan STPM 2009 : Rasuah (Blog List Malaysia)
Hooray! Isa Samad wins Bagan Pinang (Sokmongkol AK47)
Calon tercalit tebus maruah UMNO-BN | Nizar News (Biaqpila)

Friday, October 9, 2009

Malam pecutan terakhir

Sementara itu TGNA dan DSAI pula akan berceramah di Batu 4 Jalan Pantai Si Rusa Port Dickson pada malam ini juga.

Semua pengundi Bagan Pinang di Jemput Hadir

Minta petugas unit amal dan semua penyokong dan pendokong PAS/PR serta Seluruh Rakyat Malaysia datang beramai-ramai.

Thursday, October 8, 2009

Kisah Benar : Siapa undi untuk mereka?

Seorang bekas tentera berpangkat Leftenan mendakwa selama hampir 30 tahun berkhidmat, beliau tidak pernah mengundi pos atau diberikan penerangan oleh pegawai atasan mengenai haknya sebagai pengundi.

Malakan Kamaruddin, 72, (gambar) yang bersara pada 1985 ketika bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau tidak tahu anggota tentera berhak mengundi secara pos.

Beliau yang mula berkhidmat pada 1958 berkata, anggota bawahannya juga tidak mengetahui mengenai undi pos.

“Memang nama saya ada (dalam undi pos) tetapi saya dan rakan lain tidak pernah mengundi selama berkhidmat dalam tentera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bongek, Rembau, semalam.

Malakan mempersoal kewajaran Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Pertahanan, membenarkan wakil parti bertanding berada semasa proses pengundian dan pengiraan.

“Adakah ia dilaksanakan secara adil dan telus? Saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah,” katanya.

Tuesday, October 6, 2009

Sambungan : Ibuku seorang pembohong (bhg : 4)

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum.

Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

nota : ada 3 posting bhg 1,2 & 3 untuk tajuk diatas jika anda adalah pembaca kali pertama

Manifesto Calun PAS/PR : N31 Bagan Pinang

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.

4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

Sunday, October 4, 2009

Program LPN Selangor di Ldg Siliau sangat berjaya

BAGAN PINANG, 4 Okt - Sambutan Ulang Tahun Ke-2 'PAS For All' telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi di Ladang Siliau, dekat sini. Majlis ini adalah anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor yang di Pengerusikan oleh YB Dr Halimah Ali dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja dan Kelab Penyokong PAS Kota Raja serta petugas-petugas pilihanraya dan Kuala Pilah serta dari Perak.
Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu diadakan sempena genap dua tahun slogan 'PAS For All' dilancarkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat pada 1 September 2007 merupakan pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS.Seramai 100 orang penduduk yang hadir ke malis tersebut majoritinya kaum India yang menetap dan berkerja di Ladang Siliau tersebut, sehingga majlis berakhir jam 10 malam tadi.

Hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Halimah bt Ali yang juga ADUN Selat Kelang. Turut serta adalah Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan YB M.K Arumugam, ADUN Rahang.

Bercakap dalam majlis perasmian malam tadi, Presiden PAS dato' Seri Abdul Hadi Awang yang merasmikan majlis sambutan tersebut dalam ucapannya berkata,

Beliau mengharapkan agar penduduk sekitar Siliau terus memberi sokongan dan bangkit membuat perubahan pada pilihanaraya kecil Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober akan datang.

Beliau turut menjelaskan konsep 'PAS For All' yang menawarkan keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum tanpa mengira perbezaan agama.

Majlis tersebut turut diserikan dengan cabutan bertuah dan sedikit bantuan kepada penduduk setempat yang hadir disampaikan oleh YB Dr. Halimah Ali dan YB Dr. Siti Mariah Mahmud.

Manakala ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud menjelaskan betapa sukarnya menjadi wakil rakyat pembangkang di negeri kerajaan memerintah kerana tidak diberi bantuan kewangan untuk ADUN melaksanakan tugas di DUN masing-masing.

Beliau yang mewakili parlimen Kota Raja yang majoritinya kaum India berkongsi cerita bagaimana sokongan kaum India di kawasannya, sehingga kini permintaan penubuhan kelab penyokong PAS India sentiasa ada.

Turut berucap dalam majlis tersebut, Adun Rahang, M.K Arumugam berkata Bagan Pinang perlu dimenangi bagi menambah kerusi pembangkang dalam sidang DUN Negeri Sembilan sekaligus mengurangkan majoriti BN.

"Kerusi pembangkang perlu ditambah bagi membolehkan kita mencadangkan dan membahaskan usul dalam sidang DUN kerana majoriti yang kurang menyebabkan usul yang dibawa oleh pembangkang tidak boleh dibahaskan dan kita tidak boleh buat apa-apa selagi tidak jadi kerajaan", ujar beliau turut menceritakan bagaimana Adun Pakatan Pakatan Rakyat berhadapan Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts