Sunday, October 18, 2009

Umno tiru PAS/PR

Sempena Majlis Eidul Fitri jam 4.08 ptg tadi YB Dr Siti Mariah telah menyampaikan ucapan kepada kira-kira 400 tetamu yang hadir pada waktu tersebut.

Dalam ucapan tadi YB Dr Mariah berkata kita tengok kepada Umno yang telah meniru apa yang PAS telah buat seperti PAS FOR ALL kepada UMNO FOR ALL dan contoh yang lain pula ialah saranan seorang ADUN UBN Kuang Selangor yang menyarankan kepada Kerajaan supaya tidak perlu membuat pembangunan yang besar-besar sebaliknya setakat hanya membantu rakyat, selain itu mereka juga meniru apa yang Kerajaan Selangor buat seperti memberi skim mesra usia emas.
"Ini semua merupakan cabaran untuk kita" kata Dr Mariah.

Bagi kekalahan di Bagan Pinang baru-baru ini pula, beliau mengingatkan semua supaya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana sebenarnya kita sudah tahu bahawa kita bukan melawan BN secara gentlement tetapi melawan keseluruhan jentera Kerajaan Malaysia.

2 comments:

  1. Salam Dr dan sectretariat KOta Raja.

    Saya baru saja pulang menziarahi sahabat di Bagan Pinang. Sempat juga mencuit orang kampung mengenai kekalahan PAS. Apa yang sedih mereka membuat komen tentang samsengnya para penyokong PAS dimana pada satu pagi solat subuh disebuah masjid yang dipenuhi dengan penyokong PAS. Sebaik saja habis iqamat mereka terus sembahyang subuh diimami oleh orang PAS langsung tidak pedulikan imam masjid. Insiden ini sangat sensitif oleh orang kampong. dimanakah letaknya sifat lemah lembut orang beriman, sifat menghormati tuan rumah? Adakah ini akhlak orang islam PAS? para pemimpin PAS perlu bertindak atas teguran ini agar ianya tidak berulang lagi. Yang sedihnya juga selesai sahaja solat subuh mereka terus bertakbir dan terus bangun meninggalkan masjid tanpa berwirid dan berdoa yang lazimnya orang islam melayu lakukan selepas solat berjemaah.Sedih kerana ia diperlakukan oleh orang PAS. Nampaknya akhlak Tok Guru gagal menjadi ikutan penyokong PAS. Tok guru Nik Aziz kalau kemasjid orang lain tidak beregegas untuk menjadi imam. Malah sewaktu PRK sungai Pinang Tok Guru Nik Aziz jadi makmum solat yang diimamkan oleh pelajar tahfiz belasan tahun umurnya. Inilah akhlak muslim sejati.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam,

    Kami setuju dengan tuan dan akan cuba siasat kenapa perkara ini berlaku dan apa punca kejadian ini berlaku.

    Apa pun terima kasih atas info ini.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts