Saturday, November 14, 2009

Perjumpaan dengan Nazir dan Ketua Kampung Parlimen Kota Raja

Jalan Kebun ~ Malam tadi bertempat di Dewan Mesyuarat Masjid An Naim Jalan Kebun telah berlangsung pertemuan diantara YB Dr Siti Mariah Mahmud dengan semua Ketua Kampung dan Nazir Masjid seluruh Parlimen Kota Raja.

Turut hadir ialah Penyelaras Masjid Daerah Klang Ybhg Ustaz Farid, serta Ahlijawatankuasa PAS Kota Raja yang diketuai oleh YDP Cikgu Jaafar.
Majlis di Pengerusi kan oleh Sdr Azmi Jusoh (PA Dr Mariah).

Dalam ucapannya YB Dr Mariah mahu semua Nazir dan Ketua Kampung yang dilantik menjalankan tugas dengan baik serta adil. Beliau menegaskan agar jika memberi bantuan dan sebagainya supaya tidak memilih bulu sebaliknya membantu semua anak khariah walau pun dari kalangan Umno yang tidak menyokong kita.

Selain itu beliau juga berharap berharap agar para Nazir melakukan kerja secara 'work smart' dengan melibatkan surau-surau dibawah khariah masjid tersebut melalui sistem net-working yang teratur dimana dengan cara yang demikian penglibatan lebih ramai masyrakat dan anak khariah akan terserlah.

"Saya juga ingin mencadangkan agar di sediakan ruang untuk kanak-kanak supaya ibu bapa dapat hadir keprogram ilmu di Masjid tanpa alasan lagi" kata nya."Bersempena musim cuti sekolah ini saya berharap agar Nazir dan AJK Masjid menyediakan program yang bersesuian dengan anak-anak supaya masa mereka tidak terbuang begitu sahaja" ujar beliau.

Sebelum itu Penyelaras Masjid Daerah Klang diberi peluang untuk menyampaikan ucapan beliau, diikuti oleh YDP Cikgu Jaafar yang menerangkan fungsi Jawatankuasa Masjid dan memberikan beberapa cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan institusi Masjid supaya ianya menjadi tempat berkumpul terbaik masyarakat setempat.

Selepas itu para Nazir mengambil kesempatan bertanyakan beberapa soalan panas

1 comment:

  1. salam,
    Subhanallah sememangnya patut diberikan pujian pada YB Dr Mariah n team.Kerja kuat. sebab itu Allah uji dengan kemenangan..tahniah..rasa-rasa macam nak balik dok klang balik..Tapi ingatlah pejuang tidak boleh lari medan perang...

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts