Tuesday, January 12, 2010

Slogan ... satu impian yang sia-sia

Kempen Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini seakan memberi gambaran sejelasnya bahawa selama ini UMNO tidak pernah menjuarakan rakyat, mereka hanya tahu 'menjuarakan' diri para pemimpin UMNO itu sendiri.

Kenapa apabila UMNO sudah hampir separa mati, barulah macam-macam slogan, cogankata dan kempen di lancarkan? Kenapa apabila para pemimpin UMNO merasakan bila retak hanya menanti belah sahaja, barulah perhatian diberikan kepada rakyat ? Kenapa disaat UMNO telah mula merasa bahang-bahang kelemasan barulah rakyat di pandang ? Kononnya didahulukan, Kenapa tidak dari dahulu lagi rakyat Malaysia diberikan perhatian sewajarnya, tidak kira kaum dan agama dibantu?

Sekarang ini jika kita lihat iklan-iklan, semuanya bertemakan 1Malaysia, mesti ada Melayu, Cina dan India. Adakah para pemimpin UMNO dapat rasakan bahawasanya telah begitu terlihat betapa mereka kini semakin kurang di yakini oleh setiap kaum utama di negara ini ? Apa sebabnya ?

Tidakkah para pemimpin UMNO sedar bahawa setiap slogan, cogankata dalam berkempen yang mereka lancarkan ini adalah terlambat ? Setelah rakyat mula beralih arah kepada Pakatan Rakyat barulah kepala para pemimpin UMNO terhantuk dalam 'setengah sedar' ? Apa gunanya semua slogan 'Juara Rakyat' dan cogankata '1Malaysia' Najib ini kalau cuma hanya dipersendakan oleh rakyat sahaja ?

Setelah hampir 'pupus' dalam PRU12 ? Setelah hampir 'lupus' semasa pembentangan dan pengundian bajet tahunan di Parlimen baru baru ini ? Apa akan terjadi seandainya lebih banyak ahli-ahli Parlimen hadir di hari pengundian bajet tersebut ? Waima menang 1 undi, PRU terpaksa di diadakan lagi, dan andainya ia berlaku apa yang bakal terjadi pada para pemimpin UMNO ? Kita khuatir ianya hanya tinggal nama. Lebih tepat UMNO 'tinggal kenangan' sahaja.

Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya lagi. Dalam situasi politik yang kian hangat kini, para pemimpin UMNO terpaksa 'main kotor'. Agenda-agenda negatif disusun satu persatu demi untuk memudarkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Tidakkah mereka sedar, semakin mereka galak 'memusnahkan' Pakatan Rakyat, semakin rakyat bersimpati dan yakin dengan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat ! How sad .

Di saat para pemimpin UMNO cuba meyakinkan diri masing-masing bahawa rakyat masih sayangkan mereka, jangan pula mereka terkejut, rakyat lebih selesa berada di naungan Pakatan Rakyat. Kemenangan dua kerusi dalam pilihanraya kecil baru-baru ini bukanlah kayu pengukur bahawa rakyat sudah kembali kepangkuan UMNO. Kerana kawasan itu adalah kawasan undi pos UMNO.

8 comments:

  1. Bn menang semasa pilihanraya Batang Ai adalah kerana BN menggunakan SPR mensabotaj peti undi. Sebagai peribumi sarawak, saya menyaksikan Berbagai-bagai janji BN dendangkan semasa berkempen. Peruntukan diberi dan ditabur sehingga RM 6o juta.Maka berlakulah cerita hikayat 1001 malam. Jalan2 kampung ditar dalam masa 1 malam sahaja. Tiang2 elektrik didirikan dalam 1 hari sahaja. Dari pasar lubok antu hingga ke kampung2. Ini menyaksikan betapa takutnya BN terhadap pakatan rakyat. Selama ini BN boleh menang tanpa bertanding.

    Tapi kini selepas pilihanraya,
    Rm 60 juta entah kemana,
    Janji tinggal janji,
    Tiang2 elektirik ditinggalkan tanpa tali,
    Jalan diturap pecah kembali, Macam2 cara nak ambik undi,
    Election tahun ini,
    BN kami tolak tepi.

    ReplyDelete
  2. Kamu harus bersyukur kerana BN mampu juga menagkkan tiang letrik dan menurap jalan dalam masa satu malam sahaja... Mampukah Pakatan rakayat melakukannya jika diberi peluang memenangi kawasan tersebut? Lihat saja di selangor tempat tumpah darahku masih banyak yang belum tertunai walaupun bertahun sudah berlalu... apa Kata dr Mariah?

    ReplyDelete
  3. PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

    Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.

    Program Juara Rakya titu dilancarkan Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.

    Mahfuz berkata, Umno perlu menjelaskan bahawa keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.

    Katanya, ia termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.

    "Umno kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program Umno dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata, sekiranya perkara itu dapat dijelaskan, maka barulah Umno boleh mendabik dada sebagai juara rakyat, seperti yang diuar-uarkan.

    "Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus," katanya lagi.

    Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

    "Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?

    "Persoalannya ialah kalau Umno hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri?

    "Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung (pangsapuri di Taman Bukit Sentosa). Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat?" soalnya lagi.

    ReplyDelete
  4. Umno dengan tema kempennya Umno Juara Rakyat, sekali lagi menjadi juara dalam menggunakan duit rakyat untuk menghalalkan kepentingan politiknya.

    Pelancaran majlis itu di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor baru-baru ini disusuli pula dengan pengumuman Najib Razak peruntukan sebanyak RM15.6 juta untuk membaiki bumbung flat di Bandar Bukit Sentosa yang rosak teruk akibat dipukul ribut lapan tahun lalu.

    Bayangkan lapan tahun sudah berlaku, ramai yang sudah berpindah kerana tidak tahan dengan masalah bumbung bocor dan infrastruktur lain, barulah kini PM 1Malaysia ini mahu agihkan peruntukan.

    Tidak kisahlah kalau Umno nak bantu kerana Umno sudah kata dia mahu jadi juara rakyat.

    Adalah hak bagi mana-mana parti politik untuk menjadi juara kepada rakyat supaya mereka dipilih bila datang pilihanraya umum nanti.

    Tetapi apa yang menyakitkan mata rakyat ialah bila duit peruntukan itu yang sebenarnya duit milik rakyat, diumumkan pula di dalam majlis Umno seolah-olah peruntukan itu datangnya daripada Umno.

    Kalaulah Najib dan Umno ada moral dan etika, mereka boleh buat majlis bersama rakyat atas nama kementerian atau kerajaan pusat. Kemudian umumkanlah peruntukan berkenaan.

    Tetapi bila ia dibuat di dalam majlis Umno yang tujuannya sudah tentu kerana kepentingan politik, ini menunjukkan Umno sudah tidak lagi membezakan antara yang mana duit rakyat dan yang mana duit Umno.

    Kalaulah duit rakyat pun sudah sanggup diperalatkan ke majlis Umno, maka tidakkah kelak ada kemungkinan duit rakyat jugalah yang akan diguna untuk menampung kos roadshow kempen Umno Juara Rakyat ke seluruh negara selepas ini?

    Menganjurkan suatu program sebegitu bukanlah sedikit kosnya, apatah lagi jika mahu dibuat secara berterusan. Ini mengundang persoalan duit siapakah yang Umno guna untuk menanggung kempen mengarut mereka ini?

    Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, pula mempersoalkan mengapa peruntukan membaiki flat di sekitar Bandar Bukit Sentosa disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Di sini jelas satu salahguna kuasa telah berlaku apabila kakitangan kerajaan pusat yang gajinya dibayar oleh rakyat, diperalatkan untuk kepentingan politik Umno. Lainlah kalau gaji mereka Umno yang bayar atau peruntukan itu duit Umno yang punya.

    Dalam isu ini tidak ditolak pembangunan mahu pun kewajipan membantu rakyat. Itu sememangnya tanggungjawab pemimpin. Namun yang dipertikai adalah cara bantuan dihulur yang mana ia adalah wang milik rakyat yang dipolitikkan sedangkan ketika penduduk sangat memerlukannya sejak lima tahun lepas tidak pula pemimpin Umno peduli.

    bersambung .....

    ReplyDelete
  5. Malah ada banyak lagi pangsapuri atau flat kos rendah yang terus daif keadaannya namun tidak pun mendapat perhatian kerajaan dan Umno. Masalah lif di flat Taman Sentul Utama terus berlarutan, kedaifan di Flat Desa Tasik, Kuala Lumpur, atau kerosakan sana sini di kebanyakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah antara sekian banyak masalah yang
    wajar diberi perhatian yang sama seperti dinikmati warga flat Bukit Sentosa.

    Masih ada rakyat yang hidup gelandangan tetapi itu tidak menginsafkan kerajaan untuk memastikan peruntukan projek PPRT sampai betul-betul kepada rakyat dan bukan suku sakat ketua Umno cawangan saja.

    Malangnya Najib lebih berminat dengan masalah di Hulu Selangor kerana terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang tersebar. Najib ternyata mengamalkan budaya menghulur sogokan untuk dapat undi. Dan malangnya Najib cuma “kena main” oleh gerombolan Umno Selangor yang masih bersemangat asap selepas mendapat tempias angin Bagan Pinang.

    Selepas ini jelajah Umno akan bergerak ke seluruh negara, dan kita akan lihat lebih banyak duit rakyat akan mengalir keluar untuk menanggung majlis biawak hidup ini.

    Kita juga akan terus mendengar pengumuman demi pengumuman tentang peruntukan itu dan ini yang sudah pasti ianya adalah duit rakyat yang dibelanjakan sesuka hati seolah-olah ianya duit Umno, berselindung di sebalik nama pembangunan dan keprihatinan.

    Jika Umno sudah rasa duit rakyat adalah duit Umno juga, alamatnya sia-sialah jerih payah rakyat bekerja dan membayar cukai selama ini, kerana ada kemungkinan duit kita itu sudah ‘selamat’ menjadi lauk Umno.

    ReplyDelete
  6. melayu vs melayu sapa yg untung? kamu semua fikir la wahai manusia?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Pas ingin memerentah ikut susur jalir Islam, tetapi kebelakangan ini banyak sangat bau busuk yang terhidu di Kelantan. Sepatutnya Pas menyelesaikan perkara ini, tetapi nampaknya Pas buat tak kesah,. Ini akan merugikan Pas. Di harap wakil rakyat Pas tak kira di Kelantan atau negeri lain berbincang dan minta TGNA menyelesaikan perkara ini.
    Kudis semasa kecil senang di ubati, tetapi jika sudah jadi pekong nanti, agak merumitkan.

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dgn 'yes'

    Ini bukan kudis, ini cancer, ubatnya buang saje almenantunya

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts