Wednesday, February 17, 2010

US-Islamic World Forum

Assalamulaikum WBT

Saya baru balik menghadiri US-Islamic World Forum di DOHA(13hb ke 15hb Feb). Banyak pengalaman dan pengetahuan dalam masa yang sesingkat 3 hari. 

Saya sendiri terlibat di dalam perbincangan di antara wakil-wakil dari pertubuhan dan parti-parti islam dengan wakil-wakil daripada kerajaan Amerika. Kebanyakan pertubuhan Islam yang hadir tidak mewakili kerajaan mereka malah kebanyakan mereka sering di tuduh ekstremis dan pelampau agama oleh kerajaan masing-masing. Anggapan Amerika parti-parti Islam tidak demokratik ,tidak menghormati hak asasi manusia dan hak wanita. 

Tiga wakil wanita dari parti Islam di Indonesia (PKS), Sudan dan Malaysia (PAS) memberi penjelasan bahawa kurangnya partisipasi wanita dalam parti-parti yang memperjuangkan islam bukan kerana agama Islam tidak membenarkan tetapi bergantung kepada keadaan politik dan sosio budaya negara terbabit (social-cultural context). Penglibatan wanita Islam di dalam politik untuk memenuhi tanggung jawab untuk membawa perspektif kewanitaan dalam perjuangan di dalam menegakkan keadilan dan menyampaikan mesej Islam. 

Timbalan Yang Di Pertua sebuah Parlimen negara Arab yang juga pemimpin tinggi sebuah parti Islam menceritakan bagaimana 5 orang pemimpin wanita partinya yang terpilih menduduki majlis tertinggi parti terpaksa dipujuk berulang kali untuk menerima jawatan. Malah parti Islam lain senegaranya yang berfahaman salafi tidak bersetuju yang wanita menjadi ahli parlimen. 

Sementara itu sebuah gerakan Islam di Mesir, Ikhwan Muslimin, yang juga mengambil bahagian di dalam pilihanraya, pernah meminta maklumbalas mengenai manifesto PR yang di antaranya menyatakan yang mereka tidak akan meletakkan wanita atau kaum minoriti sebagai presiden telah menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak. Ada parti-parti islam yang bersedia memberi tempat kepada wanita namun pengundi mereka belum. Kalau mereka meletak wanita sebagai calon, mereka akan kehilangan sokongan ramai. 

Kesimpulannya, kepimpinan wanita dalam politik bukanlah isu agama tetapi lebih kepada pertimbangan politik, kesediaan rakyat terbanyak menerima pemimpin wanita dan kesediaan wanita sendiri menerima amanah tersebut. Wakil-wakil parti islam juga meluahkan kehairanan mereka kenapa Amerika beria-ia benar hendak memantau amalan parti-parti Islam didalam hak asasi manusia, hak wanita dan amalan demokrasi sedangkan Amerika menjadi pendokong kuat beberapa kerajaan negara umat Islam atau negara Islam yang mengamalkan hukum syariah, tidak demokratik dan menindas hak wanita dan manusia? 

Kenapa ada double standard? Jawapan pegawai-pegawai mereka amat jelas: Keutamaan kerajaan Amerika ialah menjaga kepentingan Amerika!!

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts