Berucap dimajlis Kempen Jom Sertai PAS pagi tadi di Tapak Pasar Tani Taman Sri Andalas, Dr Mariah memberi tahu hadirin bahawa majlis pada pagi ini adalah yang resmi dianjurkan oleh PAS Kawasan Kota Raja.
Kempen ini adalah bertujuan bagi mengajak orang Melayu dan bukan Melayu agar sama-sama menyertai PAS dan perjuangan nya kerana Parti PAS adalah yang terbaik dan PAS juga untuk semua "PAS FOR ALL".
Walau pun PAS tidak merubah dasarnya yang berteraskan Islam namun jika bernaung di bawah parti ini semu ahli dan rakyat akan sama-sama dijaga, dibela dan mendapat keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Ini telah dibuktikan oleh negeri-negeri yang di perintah oleh PAS dan Pakatan Rakyat seperti di Kedah dan Kelantan dimana tidak terdapat sebarang aduan dari rakyat bukan Islam bahawa mereka ditindas oleh pemerintah sekarang. Sebaliknya mereka gembira dengan kerjasama, kesetabilan dan keadilan yang mereka terima pada ketika ini. Jika anda berjumpa dengan orang Cina dan Kelantan anda pasti mendengar hujjah yang sama dimana mereka merasa amat selesa dengan pemerintahan kerjaan sedia ada berbanding semasa diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional yang jelas mengamalkan korupsi dimana-mana.
Pada ketika ini semua sudah sedia maklum bahawa PAS telah melangkah jauh kehadapan dengan menarik minat bukan islam untuk menyertainya.
PAS juga merupakan satu-satunya parti didalam dunia ini yang merukan parti Islam yang menerima dan diterima oleh bukan Islam sebagai ahlinya. Selain PAS tidak ada lagi mana-mana parti yang mencapai kejayaan seperti yang diterima oleh PAS.
minta dibuat juga dtmpt lain. Hebat
ReplyDelete