Saturday, November 19, 2011

Muhyiddin Yassin jilat balik

Untuk memenangi hati rakyat dan pengundi, Umno dan Timbalan Perdana Menterinya sanggup menjilat apa saja asalkan BN menang dalam PRU 13 akan datang.


Kesian Muhyiddin, Kak Rosmah suruh tarik balik ke?

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.


Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.
Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.
Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.
Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.
“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts