Tuesday, February 26, 2013
Semakin dekat PRU semakin menurun sokongan kepada Najib
Seramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.
Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.
Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.
Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajay Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.
Pakatan tolak perkauman
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.
"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.
Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.
"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.
Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.
"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.
Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu.
"Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam.
Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya.
Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi.
"Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya.
Monday, February 18, 2013
Dividen KWSP 6.15%
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.
"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.
Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.
Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.
Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.
"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.
"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.
Katanya berikutan beberapa transaksi sekali bayaran (one-off) pasaran modal pada 2012, pendapatan daripada pinjaman dan bon menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding 2011.
Pelaburan dalam kelas aset ini menyumbang RM9.68 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar, naik 33.62 peratus atau RM2.44 bilion berbanding 2011.
Selaras dengan kadar faedah yang rendah, Samsudin berkata, KWSP beransur-ansur mengurangkan pendedahannya dalam aset berpendapatan tetap konvensional dan mengalihkan aset yang telah matang kepada aset yang menghasilkan pulangan lebih tinggi seperti ekuiti dan hartanah dalam had risiko yang boleh diterima.
Bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion pendapatan bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar, katanya.
Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta.
Menurut Samsudin, aset pelaburan KWSP setakat 31 Disember 2012 berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan caruman tahunan bersih pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan dalam semua kelas aset, katanya.
Dengan peningkatan jumlah keahlian, KWSP memerlukan RM4.46 bilion untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2012, peningkatan 9.34 peratus daripada RM4.08 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2011.
Antara urus niaga utama pada 2012 ialah perluasan pelaburan hartanah KWSP dalam dan luar negara termasuk projek Battersea Power Station di London dan memuktamadkan pembelian 932 hektar tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dengan haga RM2.28 bilion untuk membangunkan sebuah kawasan perbandaran baharu.
Sejajar dengan strategi diversifikasi untuk mengoptimumkan pulangan jangka panjang kepada pencarum, jumlah pendedahan KWSP di luar negara setakat 31 Disember 2012 ialah 15.7 peratus daripada jumlah aset pelaburan, menurut kenyataan itu.
Pada 2012, tambahan US$7.1 bilion pelaburan telah dibuat dalam ekuiti global, bon global dan hartanah.
Samsudin berkata, dalam menguruskan dana berjumlah lebih setengah trilion ringgit, KWSP berdepan cabaran besar untuk terus memberi pulangan kukuh di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang rendah, ketidaktentuan berterusan ekonomi global serta kekangan dalam pasaran modal domestik.
"Bagaimanapun, sebagai dana persaraan, KWSP akan terus berpandukan objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah bagi memastikan kemampanan dan pulangan konsisten untuk kesejahteraan persaraan anggotanya.
Pencarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira masing-masing bagi menyemak pengkreditan dividen 2012 sama ada di kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.Pencarum berumur 55 tahun dan ke atas pula boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang menjadi antara pilihan bayaran di bawah Skim Pengeluaran Umur 55 Tahun. ..Bernama
Saturday, February 16, 2013
Himpunan Kebangkitan Tentera
Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) mengajak orang ramai khususnya anggota dan bekas tentera ke Himpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari ini.
Menurut Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, himpunan itu akan diadakan di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 9 malam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan amanat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) manakala Timbalannya, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman serta Nazari sendiri akan turut menyampaikan ceramah.
Selain itu, semua jentera PAS dan Adun di Dun yang mempunyai pengundi pos di kalangan tentera dialu-alukan untuk hadir sebagai persediaan menghadapi PRU13.
"Kita menjangkakan 10 ribu tentera dan veteran akan hadir dan kata hikmat dari Presiden dan Timbalan Presiden amat penting sebagai azimat menghadapi PRU13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Kerabat merupakan organisasi bebas yang ditubuhkan pada 18 Julai 2011 bertujuan menuntut hak dan kebajikan bekas tentera.
Thursday, February 7, 2013
Kerajaan adil datangnya daripada pemimpin yang adil
Saturday, February 2, 2013
PRU13 : PAS berpantang 90 hari
PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13.
"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia.
"Jadi sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya.Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini.
Husam juga berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting untuk membantu kemenangan parti.
Undi yang dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda yang sebelum ini berpihak kepada BN.
"Kali ini kita mensasarkan 45 peratus undi tentera. Kita tak boleh abaikan undi tentera.
"Begitu juga undi Felda. Sebab itu kita memberikan fokus khas kepada Felda dengan program-program yang diatur," katanya di hadapan kira-kira 1,000 jentera dari setiap negeri yang hadir.
Jentera yang hadir merupakan wakil dari 60 Parlimen yang disasarkan bertanding pada PRU13.
Tambah Husam juga, ahli khususnya jentera harus mendekati pengundi dengan komunikasi yang paling baik selain menjaga hubungan dengan Allah.
"Dalam tempoh ini kita mesti berhubung dengan manusia lain dengan komunikasi paling baik.
"Hubungan kita dengan Allah juga harus diperbaiki dengan memperbanyak doa dan munajat kepada Allah," katanya.
Friday, February 1, 2013
1kan perkara sama...raikan perkara berbeza
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh yakin, konsep pakatan yang dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat akan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.
Ini kerana, kata beliau, konsep yang diterima oleh Pakatan adalah "mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.
"Memang kita ada perbezaan tetapi dengan pakatan kita akan dapat capai yang terbaik," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.
Beliau mengulas pendapat yang mengatakan Pakatan sukar untuk memerintah negara akibat dari perbezaan yang ada dalam Pakatan Rakyat.
Bagi beliau, sekiranya Pakatan tidak boleh bersama, sudah lama berkecai Pakatan Rakyat ini tetapi sampai kini masih boleh bersama.
"Kita masih dapat bermesyuarat bersama, berhimpun bersama, dapat anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka secara bersama dan pelbagai lagi.
"Apa yang berlaku adalah berbeza pendapat. Ya memang ada perbezaan pendapat, tetapi kita memilih titik-titik pertemuan yang boleh menyatukan.
"Kita menerima konsep pilihan raya yang adil, yang telus, pilihanraya yang sebenarnya, menentang kezaliman, keadilan untuk semua. Ini konsep yang diterima oleh semua pihak," jelas beliau.
Beliau mengakui memanglah halal dan haram berbeza antara Islam dan bukan Islam "tetapi Islam membenarkan kita berniaga dengan bukan Islam, membenarkan kita bermuamalah dengan bukan Islam. Ini semua diajar oleh Islam.
"Menurut beliau, Pakatan mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.
"Dengan sebab itu kita namakan Pakatan bukan Barisan. Pakatan ini bermakna kita berpakat dalam perkara yang sama. Dalam perkara yang berbeza masing-masing berpakat juga," katanya.
Bagi beliau, konsep ini wujud sejak zaman Nabi Muhamad saw lagi apabila menyatu Islam dan bukan Islam di bawah negara Madinah.
"Semua diizinkan bebas dengan syarat tidak menimbulkan huru hara. Apa yang penting tidak menimbulkan huru hara," katanya.
Bagi beliau perbezaan pendapat dan perbalahan ada di mana-mana.
"Dalam satu keluarga pun ada tetapi jangan bercerai. Inilah pendekatan yang kita ambil dalam Pakatan," katanya.
Menurutnya, dalam melaksanakan semua ini, ada flexible dan ada juga konsisten.
Dalam pelaksanaan sebuah kerajaan jika Pakatan memerintah juga satu perkara yang mudah, tegasnya.
"Ini perkara mudah. Kita apa sistem federalisme. Ada kuasa negeri ada kuasa pusat.
"DAP misalnya boleh melaksanakan dasarnya di negeri Pulau Pinang yang dia perintah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberikan hak kepada orang Islam dalam bidang agama kita.
"Kita (PAS) pula boleh menunjukkan konsep Islam di Kelantan yang kita perintah.
Dalam masa yang sama orang bukan Islam tidak tertindas di Kelantan," katanya.Di peringkat pusat pula, katanya, pelaksanaan dibuat secara pakatan.
"Dalam masa yang sama, kita ada kerajaan pusat yang boleh menyelaraskan perkara-perkara yang umum. Saya yakin ia sangat mudah," katanya.
Bagi beliau, ia tidak berlaku semasa BN kerana tidak menangani hal ini dengan baik dan berlaku kecelaruan.
"Negeri-negeri yang kaya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu paling miskin rakyatnya, paling ketinggalan infrastruktornya daripada negeri-negeri lain.
"Negeri pantai barat lebih maju dari negeri pantai timur. Negeri Malaysia Timur lebih teruk, ini warisan British dan Umno dan BN tidak boleh selesaikan warisan Bristih ini dalam kadar yang sepatutnya selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan," jelas beliau lagi.
Recent Posts ; Parlimen Kota Raja
Recent Post
Popular Posts
-
Muqaddimah Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan ses...
-
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkaw...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan...
-
Oleh: Dr. Yaacob bin Haji Yusof Awang [ Dr. YaHYA] A. PENDAHULUAN Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua jenis dari sudut cara kewuju...
-
Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali ......... Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepa...