Saturday, February 2, 2013

PRU13 : PAS berpantang 90 hari

PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya,  Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13.

"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia.

"Jadi sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya.Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Husam juga berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting untuk membantu kemenangan parti.

Undi yang dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda  yang sebelum ini berpihak kepada BN.

"Kali ini kita mensasarkan 45 peratus undi tentera. Kita tak boleh abaikan undi tentera.

"Begitu juga undi Felda. Sebab itu kita memberikan fokus khas kepada Felda dengan program-program yang diatur," katanya di hadapan kira-kira 1,000 jentera dari setiap negeri yang hadir.

Jentera yang hadir merupakan wakil dari 60 Parlimen yang disasarkan bertanding pada PRU13.

Tambah Husam juga, ahli khususnya jentera harus mendekati pengundi dengan komunikasi yang paling baik selain menjaga hubungan dengan Allah.

"Dalam tempoh ini kita mesti berhubung dengan manusia lain dengan komunikasi paling baik.

"Hubungan kita dengan Allah juga harus diperbaiki dengan memperbanyak doa dan munajat kepada Allah," katanya. 

1 comment:

  1. This is a little motivation song for all Malaysians, please share it:

    Malaysia Maju Jaya Ini Kali Lah
    http://www.youtube.com/watch?v=M2OMv7ezhqM

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts