Wednesday, April 24, 2013

Saya yakin pertahan kemenangan

Dipetik dari Harakahdaily : 

Calon PAS yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yakin pengundi di kawasan tersebut akan bersamanya pada PIlihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Biarpun kali ini berlaku persaingan empat penjuru, namun beliau yakin PAS mempunyai kelebihan memandangkan khidmat lima tahun beliau sebagai wakil rakyat

"Saya sudah berada lima tahun di sini dan rakyat sendiri tahu bahawa saya sentiasa turun padang dan menerima kehadiran orang ramai di Pusat Khidmat DUN pada bila-bila masa.

"Saya rasa mereka (rakyat) mengenali saya. Lima tahun ini, kita bukan macam wakil rakyat sebelum 2008.

"Kami merakyatkan diri kami dan kami tak merasa bahawa menyandang yang berhormat itu adalah satu penghormatan (orang hormat pada kita) tapi kita adalah ‘khadam’ rakyat,” katanya dipetik Selangorku.

Dr Mariah bagaimanapun tidak mahu memandang ringan pencabarnya memandangkan PRU13 adalah pertarungan sengit.

“Saya tahu bahawa saya kurang serba serbi. Orang sebut bahawa BN ada banyak bendera, poster dan pelekat. Tapi PAS tak mempunyai banyak dana, yang keluarnya daripada poket kami sendiri.

"Kami negeri hanya bagi poster dan bendera tertentu sahaja. Tak cukup, kami terpaksa cari duit. Yang ada pada kami ialah keperihatinan yang kami berikan lima tahun dan rakyat tahu perkara itu,” katanya.

6 comments:

  1. InsyaAllah DR dua undi daripada saya dan isteri, kami akan balik untuk mengundi. Islam menerajui tarnsformasi.

    ReplyDelete
  2. inshaallah, ana juga mungkin balik drpd kampus utk mempertahankan perjuangan Islam di tmpt sndiri.

    ReplyDelete
  3. I,m a chinese which stay in kota raja for 25 years but being honest i never saw dr siti mariah before maybe event that dr always attend we never being invited.Especially if held in mosque i think we non muslim are not really been welcome too.

    But Dr Siti my vote for the will be on PR and I hope you if you been the mp please do concern about us as non muslim in kota raja or selangor.

    Sorry for the racist wording i been use but i really hope you will concern about it.
    we have 4 member at home and all our vote will be on PAS..

    ReplyDelete
  4. Saya amat kecewa undi anda & Dr Xavier pada 2008 kerana apa dah jadi dengan rumah-rumah yang kami beli di Jalan Hulubalang, Taman Sentosa jadi macam taman hantu dan kami terpaksa keluar dari kawasan tersebut. Inikah yang dikatakan colan mewakili rakyat dan saya pohon dengan Allah agar kamu kalah dalam pemilihan ini.

    ReplyDelete
  5. Dr doakan keselamatan sy sekeluarga utk pulang mengundi Dr dlm PRU 13 ini.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Dr atas mandat yang diperolehi untuk menerajui Parlimen Kota Raja. Sy doakan Dr diberi kekuatan untuk memperjuangkan nasib rakyat dalam kawasan Dr.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts