Thursday, May 9, 2013

‘Chinese swing’...‘Malay swing


Peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di sini membantu kemenangan DAP di tiga kerusi Dun iaitu Sabai, Bilut dan Ketari.

Adun Ketari, Lim Chin Chen berkata, peningkatan sokongan pengundi Melayu berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk keterbukaan minda mereka menerima maklumat berkaitan isu semasa.

Katanya, kesedaran mereka berkaitan pelbagai isu semasa terutama rasuah dan penyelewengan secara tidak langsung membantu PR.

“Sekiranya pengundi Melayu tidak memberikan sokongan, sudah pasti kemenangan tidak berpihak kepada DAP.

“Berdasarkan peratusan, hampir 40 peratus pengundi Melayu di kawasan Dun Ketari mengundi DAP dan ia menunjukkan orang Melayu kini tidak lagi takut pada parti ini,” katanya.

Chin Chen juga berkata, kemenangan di tiga kerusi Dun juga adalah hasil kesepakatan jentera PR terutama Pas yang banyak membantu khususnya di kawasan Melayu.

Sementara itu, Adun Bilut, Chow Yui Hui berkata, pilihan raya kali ini bukan sahaja menunjukkan berlakunya ‘Chinese swing’, tetapi juga ‘Malay swing’.

Katanya, pengundi Melayu kini tidak lagi takut menyatakan pendirian mereka walaupun ditakutkan dengan pelbagai perkara tidak benar.

“Kami menghargai undi mereka dan akan berkhidmat dengan baik di kawasan dimenangi,” katanya.

Sementara itu, D Kamache berkata, angin perubahan berlaku di daerah ini kerana sebelum ini, PR tidak memenangi mana-mana kerusi.

Katanya, kubu kuat Barisan Nasional di sini sudah runtuh berikutan kesedaran pengundi terutama Melayu.

“Di Sabai, saya akan mengambil berat soal kebajikan kaum Melayu terutama di Kampung Lengkong, Kampung Jambu Rias dan Felda Sertik.

“Berdasarkan pertemuan saya dengan pengundi Melayu, mereka sememangnya mengharapkan perubahan di kawasan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts