Ketika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan.
Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu."itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah.
Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam."
Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan)mengulas isu ini.
Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%, DAP- 15.4% dan PKR-20%).
Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen.Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja.
Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya.
Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13.
Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.
Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah