Thursday, May 16, 2013

Ketokohan Khalid menangkan Selangor

 Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati bahawa kejayaan cemerlang Tan Sri Abd Khalid Ibrahim mentadbir negeri Selangor telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Pakatan Rakyat negeri itu dalam PRU yang lalu, disamping sumbangan pihak lain.

Kejayaan Pakatan Rakyat Selangor itu bukan saja dapat mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan Barisan Nasioal, bahkan dapat meningkatkan pencapaiannya dengan majoriti lebih besar, 44 kerusi Dun, sementara Barisan hanya berjaya memenangi 12 kerusi Dun.

Namun kejayaan Tan Sri Abd Khalid ini dikongsi bersama oleh barisan exconya, seluruh jentera piliharaya Pakatan Rakyat dan sokongan rakyat Selangor sendiri.

Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, Profesor Datuk Dr Mohd Redzuan Othman menyatakan kekagumannya atas kejayaan kepimpian Tan Sri Abd Khalid ini dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran ABIM, PKPIM dan Wadah di Kajang malam kelmarin.

Turut menjadi ahli panel wacana yang berlangsung itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator.

Dalam wacana itu juga Dr Mohd Redzuan memuji ketokohan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kerana berjaya memimpin kerajaan Kelantan hingga mampu mempertahakannya dalam PRU yang lalu.

Dr Mohd Redzuan melihat bahawa kejayaan sesebuah kerajaan banyak bergantung kepada kemampuan tokoh yang memimpin serta pasukan kerjanya.

Kekuatan parti saja tidak cukup, katanya, tapi mesti dipimpin oleh tokoh yang berintegriti. 

Tiga negeri yang masih dapat dipertahakan oleh Pakatan dalam PRU yang lalu – Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang – dipimpin oleh tokoh berwibawa dan mendapat sokongan kuat dari rakyat.

Ini berdasarkan kajian UMCEDEL di bawah pimpian Dr Mohd Redzuan sendiri.

Dalam wacana yang dihadiri ramai intelektual, penulis, aktivis parti dan tokoh masyarakat, beliau mengenengahkan analisis terperinci mengenai keputusan PRU itu disandarkan dengan fakta.

Menurut kajian pihaknya, Pakatan Rakyat jauh ke depan dengan cara baru gaya kempen, poster, risalah dan sebagaiya, berbanding dengan kempen BN masih dengan cara lama.

Kata  Dr Mohd Redzuan, BN terpaksa menjemput orang ramai datang ke programnya, malah diberi makan, berbeza dengan kempen dan ceramah Pakatan di mana orang ramai datang sendiri.

Beliau juga menyebut, bahawa bandar di mana banyak terdapat universiti dan kolej serta ekses maklumat yang banyak melalui internet meyebabkan pengundi bandar menyokong Pakatan Rakyat dan inilah kelebihan pengundi bermaklumat.

Dr Mohd Redzuan juga menyatakan bahawa kempen kotor dalam PRU yang lalu tidak berkesan sama sekali. Tetapi, katanya, pemberian BRIM RM500 oleh kerajaan BN berkesan kepada pegundi kampung. 

Sementara itu, Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, momentum PRU ke-12 dulu berterusan hingga ke-PRU ke-13 di mana isu rasuah, nepotisme, isu kronisme yang diketengahkan oleh Pakatan begitu berkesan, sementara isu perkauman menjadi ‘pelaburan’ paling mahal bagi BN.

Dr Mujahid juga menegaskan betapa petingnya menyediakan kepimpinan parti yang berwibawa, mampu menarik pengundi muda, di samping benar-benar memahami dan menguasai realiti masyarakat.

Dr Mujahid menyebut bagaimana pengundi muda membentuk pemikiran tersendiri, sangat bermaklumat dan menolak perkauman. Mereka ini, katanya, kebanyakannya menyokong Pakatan. Ertinya di sini, katanya, mereka yang terpelajar dan bermaklumat akan menyokong Pakatan Rakyat.

Pendapat ini disokong oleh Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang menyatakan bahawa betapa perlunya Pakatan Rakyat medaftar pengundi muda sebanyak-banyaknya supaya Pakatan menang lebih banyak lagi dalam PRU akan datang.

Tokoh veteran pendakwah dan kini Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi pula meyarankan supaya diadakan sekolah latihan politik untuk pendakwah/ahli politik yang boleh memahami realiti politik masa kini.

Beliau juga menyatakan bahawa Umno kini hidup dengan semangat perkauman. Jika habis semangat perkauman, habislah Umno, katanya.

Pada wacana itu Datuk Idris, menceritakan pengalamannya mendekati pengundi, kebanyakannya orang kampung, hingga dapat menawan hati mereka dan mengundi beliau dalam PRU yang lalu.

Kawasan parlimennya, Batu Pahat Johor, adalah separuh kampung dan separuh bandar di mana kawasan bandar ramai pengundi Cina di samping pengundi Melayu.

Namun dengan kebjaksanaanya berinteraksi dengan pengundi, akhirnya beliau dapat menewaskan bekas timbalan menteri, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.Ada beberapa persoalan ditimbulkan dalam Wacana Isu Semasa itu.

Pertama, fenomena pengundi muda di mana semua ahli panel bersetuju bahawa dalam PRU yag lalu, pengundi muda muncul secara besar-besaran.

Ada sesetengah tempat mengundi di bandar di mana pengundi muda beratur hingga dua jam untuk mengundi. Pengundi muda ini menunjukkan minat luar biasa untuk menentukan aliran politik negaranya.

Mereka bukan dari golongan remaja yang biasa muncul dalam program hiburan di TV, tetapi mereka adalah para pemuda yang serius untuk menentukan haluan politik negara.

Kedua, isu perkauman di mana semua ahli panel wacana menolak pendekatan perkauman.
Menurut mereka perkauman adalah musuh kemanusiaan dan menimpakan kerosakan besar kepada negara.

Ketiga, rakyat memilih parti dan calon yang mempunyai integriti. 

1 comment:

  1. Seorang ayah tentu gembira apabila anak-anaknya ( masih remaja) bersama menyokong PAKATAN RAKYAT.Bersama berada di PONDOK PANAS PAS ketika hari mengundi.Bertambah gembira apabila melihat gelagat cucu yang baru berusia 2 tahun sudah pandai BERTAKBIR " ALLAH HUAKHBAR ".Kehairanan juga pada awalnya.Rupanya cucuku ini belajarnya dari ceramah yg dilihat dalam you tube.Inilah anak kecil yang bermaklumat. HANCOS UMNO/HANCOS BN.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts