Gejala rasuah terbesar negara adalah melibatkan kemasukan pendatang asing yang memasuki negara secara haram.
Menurut Tan Sri Zaman Khan, gejala pendatang asing tiada kesudahan dalam agensi keselamatan negara.
“Kita bukan bercakap tentang pegawai tidak bagus atau undang-undang yang tidak bagus, saya rasa ini semua persekitaran kita. Tidak boleh salahkan polis sahaja, lihat isu pendatang haram yang merupakan punca rasuah terbesar.“
Kenapa kita tidak betulkan, ada masanya ada tindakan, ada masanya tidak, dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam wacana Sinar Harian siri ke-23, ‘Polis Hilang Sengat: Apa Selepas EO’ yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini semalam.Kata beliau, tindakan tegas bagi membanteras gejala rasuah perlu diambil serius kerajaan.
Bukan sahaja polis, tapi semua terlibat, jadi kalau polis tahan jadi orang cakap polis makan duit. Jadi saya rasa ini satu perkara yang perlu dibanteras,” ujarnya.
Sementara itu, Datuk Akhbar Satar yang bertindak sebagai moderator berkata, tindakan tegas perlu diterapkan dalam operasi terutamanya di sempadan negara.
Saya setuju kerana jangan mengharapkan sahaja kepada polis, tetapi juga Imigresen, Kastam, terutamanya melibatkan isu senjata api, tapi yang terlepas itu satu perkara yang tidak baik. Ini yang berlaku di sempadan contohnya di Sungai Golok, pegawai Imigresen hanya tanya awak bawa barang apa?
“Kita tidak pentingkan semak atau pemeriksaan, orang dari Sungai Golok yang selalu masuk ke Rantau Panjang sama ada bawa senjata, dadah atau sebagainya, negara kita tidak prihatin kepada keselamatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah