Thursday, January 22, 2009

Lawatan Kerja Kelab Penyokong PAS Kota Raja ke Kelantan

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja dan Kelab Penyokong PAS Kota Raja akan melakukan lawatan kerja ke Kelantan bermula pada hari Jumaat 23hb Januari hingga 25hb Januari 2009.
Menurut Penolong Setiausaha LPN KR, Sdr Syed Abd Malek seramai 53 orang ahli kelab penyokong yang terdiri dari Sri Muda, Sri Andalas dan Taman Kelang Jaya menyertai lawatan ini dengan menaiki 2 buah bas. Beliau juga memaklumkan dari jumlah tersebut masih ramai lagi yang ingin pergi tetapi tidak semua dapat menyertainya kali ini kerana tempat telah penuh.
Satu taklimat kepada peserta lawatan ini berkenaan dengan objektif lawatan ini telah diadakan pada hari rabu yang lalu oleh Ketua Penyelaras LPN Kota Raja. Selesai taklimat setiap peserta dengan penuh semangat memberikan komitmen yang tinggi untuk menjadi penceramah bila balik dari Kelantan nanti.
Menurut ketua rombongan Azmi Jusoh merangkap Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah, majlis pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan TG Nik Aziz akan berlangsung pada Ahad 25.1.2009 jam 10 pagi di JKR 10. TGNA sendiri akan menerima kunjungan ini hingga selesai makan tengahari. Sementara majlis pelepasan akan dibuat di Markaz Bukit Naga oleh YB Dr Siti Mariah jam 9.00 malam esok.

1 comment:

  1. Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts