Monday, August 3, 2009

Skim Khairat Kematian

Semalam jadual agak penuh bermula dari pagi saya bersama YB Shuhaimi ADUN Sri Muda hadir dalam program hari keluarga penduduk Seksyen 28 Shah Alam, selepas itu saya berkejar ke Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Seksyen 19 Shah Alam anjuran BBPNS, manakala pada sebelah petang saya ke Hospital Sg Buluh menziarahi 2 orang ahli PAS yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa ingin pergi ke himpunan GMI dimana bas meraka terbalik.Malam tadi menghadirkan diri ke Majlis Peresmian Penubungan Cawangan Kelab Penyokong Pas, Taman Alam Nyata Fasa 5, Jalan Raja Nong, Kampung Jawa Klang atas jemputan En Ramu.

Pada majlis tersebut saya mengucapkan syabas dah tahniah kepada KPP kerana terus memberi sokongan padu kepada PAS. Selain itu pertambahan cawangan KPP di Parlimen Kota Raja terus bertambah dari semasa kesemasa dan segan untuk saya nyatakan bahawa Cawangan PAS agak berkurangan pada masa kini jika dibandingkan dengan KPP. Di Taman Alam Nyata sendiri PAS tidak mempunyai cawangan tetapi KPP telah ada dengan 102 orang ahli.
Dalam majlis tersebut saya telah meminta agar KPP mengambil langkah untuk membantu antara satu sama lain dengan menubuhkan khairat kematian bagi KPP dicawangan tersebut supaya nasib keluarga yang mana ahli keluarganya meninggal dunia atau mendapat bencana dapat dibela. Ini adalah antara aktiviti yang akan membantu ahli-ahli KPP sesama mereka.Saya berharap KPP di Parlimen Kota Raja cuba menjayakan penubuhan skim khairat kematian dan dalam masa terdekat kita akan dapat melihat hasilnya tentu mengembirakan ahli KPP sendiri.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts