Monday, September 28, 2009

Ibuku seorang pembohong (bhg ke-3)

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.

Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.

Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Sunday, September 27, 2009

Ibuku seorang pembohong (bhg ke-2)

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.

Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :

"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Nota : akan bersambung siri ke-3 (jika anda tidak mengikuti cerpen pendek ini dari mula, sila mulakan dengan bacaan siri pertama)

Saturday, September 26, 2009

Ibuku seorang pembohong (Bhg Pertama)

Terdapat 8 siri cerita pendek ini yang akan di paparkan setiap hari dan bermula hari ini merupakan bahagian pertama (nota ; cerita ini tiada kena mengena dengan kehidupan YB, sekadar untuk dijadikan pengajaran)

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak perempuan dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

..... (bhg Kedua) akan bersambung esok.

Friday, September 18, 2009

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamulaikum WBT,

Ramadhan kali ini berlalu dengan begitu cepat. Suasana sambutan di Kota Raja pun dapat dirasakan kelainannya.

Hampir semua masjid dan surau yang saya kunjungi untuk beriftar dan berterawih penuh dengan jemaah (sehingga semalam Ramadhan 28hb) berterawih. Kebiasaanya masjid penuh sesak hanya pada dua minggu pertama.

Tahniah kepada warga Islam Kota Raja kerana istiqamah menghidupkan masjid di malam-malam Ramadhan. Kesemua masjid dan surau mengadakan program tadarus serta mengutip dan mengagih sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Doa saya untuk semua yang berjaya menjalani Ramadhan seperti yang dikehendaki Allah SWT dan Rasullillah SAW, semoga kemenangan ini dikekalkan dengan kita sama-sama meneruskan amalan-amalan sunat (kecuali solat terawih) semasa Ramadhan.

Jangan kita cemari sambutan kemenangan, Eidul Fitr, dengan perkara-perkara yang maksiat dan mungkar terhadap Allah SWT.

Kepada semua warga Kota Raja, saya memohon ampun dan ma'af jika ada kesalahan terhadap anda atau sekiranya ada kekurangan di dalam khidmat saya.

Kepada petugas-petugas dan sukarelawan PR, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampong, ahli-ahli JKP/MPP, Nazir / pengerusi serta JK masjid dan surau yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada saya dalam melayani aduan dan masalah rakyat - Selamat Hari Raya

Kepada semua yang akan balik kampong, berhati-hati di jalan raya dan sampaikan salam saya kepada keluarga anda.

Dr Siti Mariah Mahmud

Klik DI SINI untuk ucapan Hari Raya dari Sekretariat Parlimen KR

Monday, September 14, 2009

Ihya Ramadhan bersama Kelab Penyokong PAS Kota Raja

Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja dengan kerjasama MTD Sri Andalas telah menganjurkan program diatas semalam.

Lebih 100 orang non-muslim dari Kelab Penyokong PAS Kota Raja telah hadir sejak jam 5.00 petang lagi.

Majlis bermula dengan tayangan video aktiviti Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja dan selepas itu ditayangkan pula aksi pihak tertentu yang membawa kepala lembu berdarah seterus memijak kepada lembu tersebut di perkarangan bangunan SUK Shah Alam.

Selepas itu YB Khalid Samad menyampaikan ceramah isu-isu semasa. Para hadirin yang begitu asyik dan khusuk mendengar ceramah dan penjelasan oleh beliau.

YB Khalid terpaksa pulang kira-kira jam 6.20ptg setelah berceramah kira-kira 45 minit dan selepas itu AL Fadhil Ustaz Wan Ji pula mengambil giliran untuk menyampaikan Tazkirah Ramadhan kepada non-muslim yang terdiri dari ahli Kelab Penyokong PAS Kota Raja. Baca seterusnya catatan Ustaz Wan Ji dalam Blog beliau yang bertajuk TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

Akhir sekali YB Dr Siti Mariah menyampaikan ucapan seterusnya menyampaikan bantuan kerusi roda kepada 5 orang OKU. Ke lima-lima kerusi roda tersebut disumbangkan oleh En Letchumanan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kota Raja.Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang yang menjayakan program ini terutama Pengarah MTD Sri Andalas Tn Hj Termizi dan Sdr Syed Abd Malek yang telah berjaya menganjurkan program ini dengan cemerlang serta jamuan yang begitu enak sekali serta pimpinan Kawasan yang hadir termasuk YDP, TYDP, NYDP, Setiausaha, Bendahari.

Jemputan YB Khalid Samad, Ust Wan Ji, Mr Song dan semua pimpinan KPP.

Berkaitan dengan catatan ini :-

TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

Teman Respect Al-Bakistani...

AKU BENCI JUMUD !!

Gambar & Peristiwa Menarik

Sunday, September 13, 2009

Majlis Penerangan dan Berbuka Puasa bersama KPP Andalas

Tarikh : 13 September 2009 (Ahad)
Masa : Mulai 4:45 petang
Tempat : Dewan Lipat Kajang, Taman Sri Andalas, (berdekatan Dewan Sukan Andalas, Klang - rujuk peta lampiran)

Tentatif Majlis:
04:45 petang – Ketibaan para hadirin dan tetamu
05:00 petang – Ucapan Pengerusi Majlis
05:05 petang – Ucapan Aluan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional
05:10 petang – Ucapan Aluan Yang Dipertua / YDP PAS Kawasan Kota Raja
05:15 petang – Penerangan Isu-Isu Semasa (oleh YB Khalid Abd Samad)
06.20 petang - Ucapan YB Dr Siti Mariah Mahmud (MP Kota Raja)
06:45 petang – Tazkirah Ramadhan (oleh Ustaz Wan Ji Wan Hussin)
07:17 malam – Berbuka Puasa / Solat Maghrib Berjemaah / Jamuan
08:15 malam – Bersurai

Thursday, September 10, 2009

PAS FOR ALL

Esok 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan. Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2007 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Malah tempias itu juga turut terpalit pada PAS, sebuah parti politik yang rata-rata mengetahui Islam sebagai dasar perjuangannya.

Fenomena tersebut sekaligus memberi kebimbangan bahawa matlamat PAS untuk menarik sokongan bukan Islam akan terbantut.

Ianya juga bakal menyukarkan lagi gerak kerja PAS sebagai sebuah parti dakwah untuk mendekati gologan bukan islam itu.

Namun siapa sangka, kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini sejak dua tahun lalu, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan Islam Fobia yang cuba di doktrin barat, bahkan ianya juga telah mengubah landskap politik PAS itu sendiri.

Menyoroti kembali sejarah, sumbangan dan matlamat slogan tersebut kepada PAS dan Islam umumnya, wartawan Harakahdaily telah menemubual pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa iaitu tulang belakang yang telah mencetuskan inisiatif ini bersama ahli jawatankuasa LPN yang lain.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, slogan PAS Untuk Semua, kini semakin mencapai matlamat utamanya. Impian melihat orang bukan Islam menjadi ahli PAS dan Kelab penyokong PAS menjadi sayap penting parti kini hampir direalisasikan. Kesemua pertimbangan sedang dikaji dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.

"Untuk pengetahuan, pada retreat PAS di Kedah baru-baru ini, jawatankuasa teknikal diketuai Ust Hassan Syukri telah membentangkan draf pertama kajian mereka. Sekarang sedang kumpul feedback (maklum balas) dari AJK Pas Pusat."

"Tapi secara dasar, tiada sebarang halangan dan masalah. InsayaAllah, awal tahun depan perkara ini kita rasa akan selesai," ujarnya.

Katanya, LPN sekarang melangkah selangkah lagi ke hadapan apabila berjaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikan program dialog peradaban. Program ini katanya bakal menyaksikan PAS dan orang bukan Islam duduk berbincang antara lain tentang perbandingan agama, ketamadunan dan pelbagai cabang lagi.

"Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'engage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara. Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain-lain.

"Ini cabang baru untuk setahun akan datang. Saya sendiri ambil tanggungjawab itu," ujarnya.

Image Ikuti temubual penuh beliau dengan wartawan Mohd Nazri Abdullah.

H: Bagaimana tercetusnya idea untuk melancarkan slogan PAS For All ini?

M: Sebenarnya kita dalam Lajnah perpaduan Nasional LPN sentiasa memikirkan bagaimana untuk memecah tembok antara PAS dengan bukan islam.

Masalah ini lebih rumit lagi bila berlaku serangan ke atas WTC pada 11/9 sehingga menularnya fenomena Islam Fobia.

Selepas membuat sedikit kajian maka kita bersetuju lancar selogan PAS for All dan kita pilih tarikh sama dengan serangan ke atas WTC iaitu 11/9 2007 untuk melncarkan slogan tersebut.

Alhamdulillah selepas dua tahun dilancarkan kita dapati sambutan sangat menggalakkan. Kalau kita tengok logo PAS For All sekarang ini dipakai di mana-mana khusnya pada pilihanraya termasuk pada banner, baju dan lencana.

H: Selain itu, adakah matlamat lebih khusus khasnya kepada PAS itu sendiri?

M: Ya, selain untuk mengikis perasaan islam phobia, kita juga ada matlamat khusus kepada masyarakat bukan Islam negara kita.

Selain menarik sokongan mereka, kita juga ingin jadikan slogan ini sebagai medan untuk ahli PAS menyebar luaskan dakwah islam itu sendiri.

Sebab itu lah, saya fiki-fikir, akhirnya setuju dengan slogan itu dengan membayangkan bahawa pas ini adalah untuk semua. Jadi senang, slogan mudah nak faham, tak payah nak ceramah panjang.

Image H: Bagaimana sambutan terhadap kempen itu dan kenggotaan Kelab Penyokong PAS, KPP setakat hari ini?

M: Kelab Penyokong pas diusahakan pada tahun 2005, kini kelab ini ada di seluruh negara. Dalam daftar kita hampir 20 ribu terdiri dari masyarakat kaum india, cina, siam, iban dan terbaru kita berjaya tubuhkan kelab penyokong Pas di Tawau, Sabah.

H: KPP dilihat telah banyak memberi sumbangan khususnya kepada PAS itu sendiri, Apa komen saudara?

M: Ya sudah tentu, saya kira LPN sudah membuka satu frontier baru. Inisiatif penubuhan kelab penyokong dan selogan PAS for all ini telah diterima oleh PAS Pusat termasuk dalam ucaptama Presiden diletakkan tema khas.

Saya gerakkan mereka pada kempen pilihanraya. Kita lihat KPP diletak dalam struktor Jawatankuasa Pilihanraya Pusat JPP iaitu dalam jawatankuasa operasi jentera kempen. KPP bergerak dengan stuktur mereka sendiri, buat markas sendiri.

Kita berkempen rumah ke rumah dan umpu kepada masyarakat pengundi bukan islam dan ada pemimpin kelab yang berceramah bersama pimpinan PAS.

Image H: Bagaimana perkembangan usaha untuk melihat KPP diserap menjadi sayap penting PAS setadaf Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat?

M: Perkembangan cukup menggalakkan. Sehingga hari ni kita di peringkat PAS Pusat bersedia melihatt ruang dan peluang menjadikan kelab ini menjadi sayap penting parti dengan maksud mereka ada perlembagaan sendiri di mana boleh mewakili dalam muktamar dan mesyuarat parti.

Untuk pengetahuan, retreat PAS di Kedah baru baru ini, Jawatankuasa teknikal di ketuai Ust Hassan Syukri telah bentang draft pertama, sekarang tunggu 'feedback' dari AJK pas pusat.

Secara dasar tiada sebarang halangan dan masalah. Dan lebih penting apa yang kita fokus untuk pilihanraya umum akan datang ialah, bagaimana kita boleh sediakan ruang kepada mereka bertangding atas tiket pas. Ini lah yang LPN sedang gerakkan dan asasnya adalah PAS For All.

H: Dalam dua tahun sebelum ini, slogan ini dilihat telah banyak mencipta kejayaan tersendiri. Apa pula target untuk tahun ketiga ini?

M: Sebenarnya LPN sejak dua tahun ni berkerja atas mtlamat yang jelas. Kita buat KPP mulanya susah sebab benda baru, tapi akhirnya sekarang diterima oleh ahli pas. Kita sekarang ke tahap tranformasi penting.

Image Saya rasa akan selesai awal tahun hadapan iaitu menjadikan KPP sebagai sayap dan entiti penting parti yang saya kira belum pernah dibuat sepanjang berpuluh tahun pas wujud. Itu fokos paling besar.

Dia tidak habis di situ, saya pun tak nak tua dengan kelab ni saje. Kita sentiasa cari ruang baru dan saya namakan ia sebagai 'The New Frontier' Kita sentiasa fokus memperkasa KPP.

Sekarang kita dah wujudkan Unit Keahlian LPN, Unit Latihan dan Bimbingan, Unit Penyelaras Kelab yang dilantik dikalangan YB kita di setiap zon iaitu utara, selatan, timur dan berat.

Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'enggage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara.

Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain lain. Ini cabang baru untuk setahun dua akan datang. Saya sendiri ambil tanggunag jawab itu.

Image H: Kita melihat kejayaan LPN menggerakkan KPP dan kempen PAS for All bukan sahaja menjadi kebanggaan ahli PAS, tetapi juga turut dicemburui oleh parti lawan. Apa komen saudara?

M: Inilah saya kira satu keunikan kelab ini, kerana ia cuba memecah tembok politik selama ini di mana PAS atau Umno yang kita kata melayu dominan, hanya lihat melayu sahaja sebagai sasaran.

Cina kita lepas kepada DAP dan PKR, Umno pula lepas kepada MCA dan GERAKAN. Dengan KPP, kita telah memecah persepsi itu, kita tak boleh lagi serahkan sesuatu kaum atas nama perkauman dia.

Kita perlu melihat sasaran kita melalui pendekatan kita, bukan parti lain. Inilah yang telah meletakkan PAS pada tahap sekarang. Kita sedang menerima sokongan oleh semua kaum. Dan semestinya parti lawan mencemburui kita.

Pengalaman saya pergi luar negara dengan Presiden, saya diminta bentang tentang hubungan kita dengan bukan islam. Gerakan Islam di sana semua terpegun sebab mereka tiada suasana itu. Kita kena pecah pemikiran ini, kita akan pelopor dalam hal ini.

H: Menjelang ulang tahun ke-2 esok, adakah LPN merancang mengadakan apa-apa sambutan?

M: Timbalan saya, Dr. Halimah adalah org kuat yang telah berusaha menjayakan kempen PAS For All ini. Dia serupa orang kanan saya lah. Saya telah diberitahu pasal sambutan ni. Cuma kita sekarang ni satunya dalam bulan puasa, kedua baru habis PRK dan lepasni kena tumpu di Bagan Pinang Pulak.

Saya kira susah untuk kita adakan sambutan esok. Saya serah kepada peringkat muslimat yang diketuai Dr. Halimah untuk buat keputusan bila nak di adakan sambutan, kami pusat ni tumpang je. Mungkin lepas puasa, ataupun dilancarkan di Bagan Pinang, sebab kita memang akan turun berkampung di sana.

H: Apakah mesej yang saudara ingin sampaikan kepada ahli PAS sempena ulang tahun kedua pelancaran slogan PAS For All ini?

M: Dengan wujudnya Pas For All dan KPP ini, ianya telah berjaya mendidik ahli PAS supaya melihat orang bukan adalah saran dakwah yang paling penting bagi kita. Kita tidak boleh sekadar bercakap kita parti dakwah sahaja.

Jadi dengan penubuhan KPP ini, LPN telah menyediakan ruang dan peluang kepada ahli PAS untuk melaksanakan tugas dakwah.

Ini adalah sumbangan besar LPN. Bukan saya nak bangga, tapi saya rasakan ini satu transformasi baru wajah politik PAS itu sendiri yang kita perlu jaga, pelihara, pupuk dan kekalkan.

Tuesday, September 8, 2009

Sampul duit raya


Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja ada menyediakan dan akan menjual sampul duit raya yang direkacipta khas untuk kegunaan muslimin dan muslimat sempena Eidul Fitri pada tahun untuk mengisi tabung LPN KR bagi menampung aktiviti bersama Kelab Penyokong PAS Kota Raja.

Terdapat 3 jenis sampul yang disediakan dan tuan puan boleh membuat tempahan melalui email saya razifpas@gmail.com atau tel no 013-3610603.

Harga untuk 100 keping RM14.00 tidak termasuk belanja penghantaran. Sila dapatkan segera sementara stock masih ada.

Saturday, September 5, 2009

PASTI Venikam

Jika kita ke Ladang Rubana, Matang Guntung, Seberang Perak, kira-kira 15 km dari Bandar Teluk Intan terdapat sebuah PASTI untuk masyarakat kaum India.
PASTI tersebut dinamakan PASTI Venikam. Menurut wakil masyarakat kaum India En.Kumar, PASTI tersebut dibuka memandangkan tiada prasekolah di kawasan tersebut dan tadika PASTI pula terbukti adalah yang terbaik. Mungkin sudah tiba masanya PASTI Venikam ini dapat direalisasikan pula di Parlimen Kota Raja. Tentunya Pasti dan Lajnah Perpaduan Nasional boleh mula mengorak langkah ke arah cita-cita tersebut.

Sesi penerangan dan taklimat telah diadakan oleh PASTI terhadap masyarakat kaum India tersebut. Pengarah PASTI Negeri Perak, Tn. Hj.Hashan Aladi bin Ahmad merakamkan ucapan tahniah di atas penubuhan PASTI Venikam semasa memberikan taklimat berhubung sistem persekolahan di PASTI.

Friday, September 4, 2009

Ihya Ramadhan

Pada hari Rabu yang lalu secara mengejut dan tidak dirancang YB Dr Siti Mariah telah datang berbuka puasa, tarawikh dan mendengar tazkirah di Surau Al Ikhwan Taman Setia. Tazkirah pada malam tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Tunggul Wahidin Sukarno.

Pada kesempatan tersebut YB Dr Siti Mariah telah menyampaikan ucapan ringkas disamping mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli khariah yang hadir pada malam tersebut.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts