Friday, September 18, 2009

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamulaikum WBT,

Ramadhan kali ini berlalu dengan begitu cepat. Suasana sambutan di Kota Raja pun dapat dirasakan kelainannya.

Hampir semua masjid dan surau yang saya kunjungi untuk beriftar dan berterawih penuh dengan jemaah (sehingga semalam Ramadhan 28hb) berterawih. Kebiasaanya masjid penuh sesak hanya pada dua minggu pertama.

Tahniah kepada warga Islam Kota Raja kerana istiqamah menghidupkan masjid di malam-malam Ramadhan. Kesemua masjid dan surau mengadakan program tadarus serta mengutip dan mengagih sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Doa saya untuk semua yang berjaya menjalani Ramadhan seperti yang dikehendaki Allah SWT dan Rasullillah SAW, semoga kemenangan ini dikekalkan dengan kita sama-sama meneruskan amalan-amalan sunat (kecuali solat terawih) semasa Ramadhan.

Jangan kita cemari sambutan kemenangan, Eidul Fitr, dengan perkara-perkara yang maksiat dan mungkar terhadap Allah SWT.

Kepada semua warga Kota Raja, saya memohon ampun dan ma'af jika ada kesalahan terhadap anda atau sekiranya ada kekurangan di dalam khidmat saya.

Kepada petugas-petugas dan sukarelawan PR, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampong, ahli-ahli JKP/MPP, Nazir / pengerusi serta JK masjid dan surau yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada saya dalam melayani aduan dan masalah rakyat - Selamat Hari Raya

Kepada semua yang akan balik kampong, berhati-hati di jalan raya dan sampaikan salam saya kepada keluarga anda.

Dr Siti Mariah Mahmud

Klik DI SINI untuk ucapan Hari Raya dari Sekretariat Parlimen KR

2 comments:

  1. assalamualaikum dr.
    saya wakil dr persatuan mahasiswa selangor ingin bertanya,
    sekiranya kami ingin mengajak dr bersama-sama kami dalam program khidmat masyarakat ke rumah org tua2, dr boleh turut serta tak?

    http://permas-um.blogspot.com

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts