Ucapan yang diposkan di blog ini merupakan ucapan persediaan. Namun seperti biasa, bila membahas saya tidaklah terikat sepenuhnya dengannya. Jadi penyampaian sebenarnya adalah seperti dalam hansard (Insyaallah akan di kepilkan nanti bila dikeluarkan)
Dalam masa 20 minit, banyak yang belum sempat dikemukakan di dalam Dewan Rakyat. Insyaallah akan disambungkan bila berpeluang.
Saya tidak berhasrat untuk mencadangkan yang arak diharamkan terus di Malaysia kerana hak bangsa-bangsa lain perlu diberi pertimbangan. Walaupun kesemua agama lain sependapat dengan Islam yang arak tidak baik untuk penganut mereka ianya setakat nasihat dan bukan hukum atau larangan mutlak seperti dalam agama kita.
Apa yang saya hendak perjuangkan ialah kawalan ketat supaya ianya tidak terdapat dengan begitu mudah di kedai-kedai runcit atau kedai-kedai kopi atau diminum ditempat-tempat awam dan penguatkuasaan had umur untuk rakyat umum dan supaya undang-undang syariah yang melarang orang Islam dari terlibat dengan pegilangan, pengangkutan, pengedaran, penjualan dan pengambilan arak diserap masuk ke Akta Eksais atau mana-mana akta yang relevan. Akta ini perlu dipinda supaya selaras dengan enakmen syariah negeri-negeri.
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dilakukan dan kita perlu membawanya secara berperingkat.
Saya mengharapkan kepada pemimpin dan ahli PAS tidak secara melulu meminta arak diharamkan terus dari bumi Malaysia dalam konteks realiti kemajmukan pelbagai bangsa, adat dan agama. Di Kelantan pun tidak di haramkan terus. Orang bukan Islam dan bukan Melayu tidak boleh menerima hukum Islam ke atas mereka dan kita pun tidak boleh memaksa agama kita ke atas orang bukan Islam.
Saya sudah mula beberapa perbincangan dengan beberapa pihak dari kalangan bukan Islam untuk mendapat maklum balas mereka. Setakat ini mereka positif cuma mereka tidak setuju menidakkan hak pengambilan arak secara total. Saya tidak mahu kenyataan yang tidak berhikmah dan tidak berstrategi akan menyebabkan pintu dakwah kepada bukan Islam tertutup bila kita dituduh ekstrim lagi.
Untuk makluman, kajian saya di dalam perkara-perkara yang membabitkan perkara-perkara maksiat, di seluruh dunia, pengharaman mutlak tidak berjaya mengawal serta membenteras perbuatan haram (pelacuran, arak, judi, homoseksual, dadah) malah aktiviti tersebut beralih kepada aktiviti bawah tanah yang semakin sukar untuk dipantau dan dikawal.
Bila menjadi aktiviti bawah tanah maka ia membuka pintu kepada rasuah, pasaran gelap, penyeludupan, eksploitasi mangsa, penyakit serta pembenterasan secara mendidik dan dakwah. Maka kita lihat dalam usaha mengurangkan gejala-gejala negatif seperti pengambilan dadah dan pencegahan AIDS/HIV, program-program "harm reduction" atau "mengekang kemudaratan" di mana penagih dadah digalakkan menukar jarum dan picagari (syringe).
Kita tidak semestinya bersetuju tetapi kita perlu mengemukakan penyelesaian alternatif.
Jangan salah tafsir yang saya menolak hukum Islam. Sesungguhnya hukum Allah SWT adalah yang terbaik dan tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Wallahua'lam
Salam Dr,
ReplyDeleteDi Selangor, saya cadangkan pendekatan pertama ialah memberi notis 15 tahun kp kilang2 arak di selangor untuk pindah operasi. Kedua dlm tempoh ini buat kajian dan cari alternatif utk kerajaan negeri dapat gantian dari cukai arak. Serupa kilang rokok bagi notis dulu sebab premis di mana kilang arak & rokok adalah di atas tanah kerajaan negeri. Ini adalah langkah awal bagi memberi isyarat bhw kerajaan negeri bersungguh untuk membanteras arak dan rokok. Hendak mencegah perlu kepada asas dan pokoknya bukan ranting2.
Mungkinkah perkara ini berlaku? Beranikah Kerajaan negeri yang Dipimpin Oleh Pakatan Rakyat diberi tekanan Oleh Pemimpin PAS yang kononya memperjuangkan Islam dan Hanya Berani Becakap dari buat kerja.
ReplyDeleteLaksanakan... Bukan Cakap sajer!