Thursday, September 30, 2010

Kota Siputeh by-election

As the Galas state constituency in Kelantan prepares for a by-election following the death of assemblyman Che Hashim Sulaiman, PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man has drawn attention to the Appeals Court's much delayed judgement on the fate of Jerlun UMNO division head Abu Hassan Sarip as the state assemblyman for Kota Siputeh.
Tuan Ibrahim reminded the Election Commission (EC) to pressure the Court over the pending judgement, which todate has been delayed by eight months.
In February 2010, the EC said the Appeals Court would decide on the status of the Kota Siputeh state seat, whether it would remain with Barisan Nasional, following a move by the Kedah state assembly to declare the seat vacant because Abu Hassan had been absent at two state assembly sittings consecutively.
“We are awaiting the decision of the Appeals Court after the panel of judges study the written judgment by the High Court Judge,” EC deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar had said.
Recalling the statement, Tuan Ibrahim urged the Appeal Court to expedite its judgement, saying it was not right to leave the seat vacant for too long.
“The people in Kota Seputih has been left without a legal representative," he said.
Abu Hassan's absence violated Article 51 of the Kedah state constitution, prompting the state speaker Dr Abdul Isa Ismail Abu Hassan to prevent him from attending the State Assembly’s budget sitting in November last year.
On Nov 23 2009, High Court (Appellate and Special Powers) judge Alizatul Khair Osman Khairuddin dismissed the application by the EC to postpone the order made by him earlier at the High Court on Nov 16, 2009 when he declared the Kota Siputeh state seat vacant and that Abu Hassan was no longer its assemblyman.
He had also ordered the Commission to issue a writ for a by-election. However, EC later had instead filed an appeal at the Putrajaya Appeals Court.

Kegagalan wawasan Mahathir kerana kelemahan Najib

Arkitek Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sasaran untuk mencapai matlamatnya pada 1991, berkemungkinan tidak menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun akan datang.


"Sama ada Wawasan 2020 boleh dicapai atau tidak, kebimbangan saya ialah ianya tidak dapat dicapai pada tahun 2020 ... mungkin kemudiannya," katanya.


Dr Mahathir berkata, sasaran matlamat tersebut masih boleh dicapai jika kerajaan menukar cara bertindak dan mencari "halatuju baru dan strategi yang berbeza", daripada terus bergantung kepada pelaburan langsung asing.


Beliau juga menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang sebagai tidak cukup kuat untuk memastikan kestabilan.


Walaupun angka pertumbuhan ekonomi agak baik pada kadar 6 peratus, Dr Mahathir berpendapat bahawa cabarannya ialah supaya rakyat dapat merasainya.

Tuesday, September 28, 2010

Jentera PAS siap sedia

PAS berkeyakinan penuh bahawa kita akan dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dalam PRK nanti.
 
Keyakinan ini berdasarkan Jentera PAS sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan" kata seorang pemimpin kanan PAS diibu kota sebentar tadi.
 
Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas, Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau lagi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula 6 di DUN Kelantan.

Monday, September 27, 2010

Utusan bakal terima padah

Polisi yang dibuat ketua pengarang dan pengarang kanan Utusan Malaysia yang bertentangan dengan etika kewartawanan harus dihapus bagi mengelakkan edaran akhbar berkenaan, terus merudum.

"Tidak mustahil akhbar Utusan Malaysia juga akan menerima nasib seperti akhbar Utusan Melayu yang kini menjadi sisiapan mingguan dalam Utusan Malaysia," kata Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari.

"Mungkin satu hari nanti Utusan Malaysia akan menjadi sisipan Kosmo memandangkan edaran akhbar kompak itu semakin meningkat setiap tahun," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Berbanding Utusan Malaysia, Kosmo lebih banyak menyiarkan berita sensasi dan jarang membawakan berita politik keterlaluan yang menjadi imej akhbar utama Kumpulan Utusan itu

Edaran Utusan Malaysia merudum dari 213,000 kepada 169,000 atau mengecil 21 peratus dalam tempoh 2005-2009 mengikut perangkaan ABC (Audit Bureau of Circulations) pada 10 September lalu.
.
Hata mendakwa, polisi laporan berat sebelah yang menampilkan laporan positif melibatkan kerajaan dan Umno tetapi menonjolkan laporan negatif apabila membabitkan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.

"Sehubungan itu, NUJ meminta ketua pengarang dan pengarang kanan Utusan Malaysia untuk menghapuskan polisi yang tidak menguntungkan Utusan Malaysia," katanya.

Beliau juga menyatakan Utusan juga tidak memberi peluang kepada orang yang berdepan tuduhan tertentu untuk menjawab dan disiarkan dalam akhbar berkenaan.

"Dalam perkara ini, Utusan Malaysia melaksanakan polisi untuk tidak menyiarkan kenyataan balas yang dibuat parti politik atau individu apabila laporan negatif dibuat terhadap mereka.

"Contoh terbaik ialah kenyataan balas Datuk Seri Nazri Aziz tidak disiarkan walaupun ruang pojok Awang Selamat menghentam Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,” katanya.

Hata berkata, Utusan Malaysia juga  hanya menyiarkan berita satu kaum sahaja menyebabkan pembaca akhbar bukan Melayu  tidak berminat membeli walaupun mempunyai keupayaan  membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia.

"Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang menggunakan bahasa Kebangsaan, sepatutnya mengambil kira juga keperluan kaum lain," katanya.

Sunday, September 26, 2010

Rumah Terbuka PAS Kota Raja

26 Sept 2010  bersamaan 17 Syawal 1431 H berlangsung majlis rumah terbuka Eidulfitri PAS kawasan Kota Raja di markaz PAS Kota Raja dengan meriahnya. Sejak jam 11 pagi lagi orang ramai mula berpusu-pusu mengunjungi rumah terbuka ini meraikan Eidulfitri mengiratkan silaturrahim, bermaaf-maafan sambil menikmati juadah yang disediakan. Pimpinan PAS, Jawatankuasa, Dewan-dewan PAS, dan DHPP, Pimpinan Pakatan Rakyat turut hadir memeriahkan lagi majlis ini.

Yang Dipertua PAS  Kawasan Kota Raja, Cikgu Jaafar Shamsudin di dalam ucapannya mengucapkan Selamat Hari Raya kpd semua tetamu yang hadir. Turut berucap adalah Tn Norhalim Sirome, Timbalan YDP yang juga Ahli Majlis MBSA Zon 11, dan Tn Hj Termizi bin Ismail, NYDP merangkap Pengarah Program.












Saturday, September 25, 2010

Tun Mahathir setaraf Raja Lawak Astro

"Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi.

Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.

"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang.

Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang.

"Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu.

"Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.

Thursday, September 23, 2010

"First Ladies" Rosmah membelakangi Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah  (gambar kiri) disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.

"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.

Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara.

"Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.

"Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.

"Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.

"Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.

Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia.

Kena Serbu

Rumah Terbuka Eidulfitri Kota Raja anjuran Parlimen Kota Raja bersama ADUN Sri Muda dan ADUN Sri Andalas di Dewan MBSA malam tadi telah diserbu oleh hampir 5,000 rakyat Kota Raja.

Majlis yang turut dimeriahkan oleh persembahana Kombo dari Majlis Perbandaran Klang turut menampilkan kelainan kerana pada kali ini setiap tetamu yang hadir akan menggunakan satu pinggan sahaja. Pinggan yang dikeluarkan oleh GO Green merupakan pinggan yang mesra alam sekitan dimana ianya diperbuat dari bahan yang boleh lupus.

Berucap semasa pelancaran majlis ini Dr Mariah menerangkan pada ketika ini jika ada sesuatu majlis adalah lumrah untuk semua pengendali majlis menyediakan pinggan atau mangkuk serta cawan yang diperbuat dari bahan yang tidak boleh dilupuskan dan biasanya setiap tetamu yang hadir nmenggunakan sekurang-kurangnya 3 biji pinggan tersebut. Inilah yang menjadi punca pecemaran alam.

Untuk memastikan tetamu yang hadir menggunakan pinggan yang sama dan tidak akan membuangnya untuk sekali sahaja tetapi mengguna dan menyimpannya hingga majlis habis maka pihak penganjur telah menyediakan meletakkan nombor bertuah pada pinggan tersebut dan banyak hamper disediakian untuk tetamu yang bertuah.

Akhirnya kita dapat melihat disiplin para tetamu yang hanya menggunakan satu pinggan dan cawan dari mula hingga akhir dan yang bertuah pula dapat membawa pulang hamper sebagai hadiah.

Semasa majlis pelancaran
Bersama Dr Xavier, Dr Hakim, Ahli Majlis MBSA, MPK mengedarkan pinggan kepada tetamu yang hadir disamping mempromosi pinggan GO Green kepad tetamu yang hadir.

YB Shuhaimi , Tan Ah Kaw bersama petugas penyambaut tetamu majlis tersebut

Friday, September 17, 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI KOTA RAJA 22hb Sept

Saya belum mengucapkan Selamat Hari Raya melalui blog ini. Tapi saya sudah menghantar ucapan Aidilfitri melalui SMS kepada 4 ribu lebih pengundi di Kota Raja. Saya juga menerima beratus ucapan melalui SMS sehingga saya tidak terbalas kesemuanya. Jika saya tidak membalas SMS anda, harap ma'af ye.

Maaf kalau anda terkilan YB sorang ni tidak berapa update dengan media baru ni. Untuk makluman , saya tiada komputer sudah lebih sebulan. Komputer saya kena tahan di Bukit Aman. Sedang disiasat. Saya sedang disiasat kerana kononnya menghasut di bawah Akta SKK. Jadi Bukit Aman sedang mencari samada saya menulis artikel tertentu dari komputer tersebut. Saya dah puas bertanya bila hendak dapat balik komputer saya.

Tak tahu bila sebab lepas ni laporan pegawai penyiasat perlu ke Putra Jaya pula. Kalau Peguam Negara kata cukup bukti hendak mendakwa saya alamat saya tidak dapat komputer saya balik sehingga habis perbicaraan sebabnya ia akan menjadi barang bukti lah pula. Jadi saya terpaksa mencari sebuah lagi komputer untuk kegunaan di pejabat...Ada sesiapa nak derma komputer tak?

Saya pasrah. Kalau pihak pembangkang bukan main cepat siasatan dan begitu menyeluruh. Aduan saya mengenai Khir Toyo pada tahun 2008 apabila beliau menulis dalam blognya mendakwa YB Teresa Kok menghalang laungan azan sampai sekarang tiada berita. Entah siasat entah tidak.

Saya sudah penat follow up dengan pegawai penyiasat. Ada saja alasannya. Dalam kesibukan saya langsung terlupa sehinggalah bila pihak polis Bukit Aman datang ke pejabat saya baru saya teringat laporan polis saya 2 tahun sudah.

Sebenarnya saya hendak menjemput anda ke Majlis sambutan Hari Raya. membebel pula pasal komputer.

Tahun ini ketiga-tiga YB di Kota Raja akan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bersama. Biasanya ADUN Sri Andalas, YB Dr Xavier (merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor) dan YB Suhaimi Mat Shafie, ADUN Sri Muda mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri secara berasingan. Saya seperti biasa menempek atau menumpang majlis kedua-dua ADUN (maklumlah, bajet saya ciput- Alhamdulillah) tak mampu hendak mengadakan majlis bersendirian untuk rakyat Kota Raja.

Kali ini kami bertiga bergabung untuk mengadakan satu majlis sahaja memandangkan kesuntukan masa. Yang penting ianya tidak akan kurang meriahnya dan kemesraanya.

Jadi datang-lah beramai-ramai ke Dewan MBSA Bukit Naga pada 22hb (Rabu) malam dari pukul 7 ptg hingga ke 10 malam. Kami bertiga akan bersama melayan rakyat.

Sedikit kelainan kali ini. Memang lain daripada majlis jamuan Hari Raya kami yang lepas-lepas. Datang sendiri kalau hendak tahu. Ada cabutan bertuah juga. Ada hiburan untuk seisi keluarga lagi.

Hujung minggu , 26hb rumah terbuka PAS Kawasan pula di Markaz PAS Kawasan di Bukit Naga juga.

Kita jumpa nanti.

Tuesday, September 14, 2010

Pemilihan PKR : PAS berkecuali

Sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor saya menasihatkan ahli-ahli PAS Selangor agar tidak campur tangan di dalam kempen pemilihan pimpinan Cabang-Cabang PKR yang sedang berlangsung.

Walaupun mereka mempunyai pilihan siapa yang serasi bekerja sama dengan mereka atau terdapat kawan-kawan mereka yang bertanding tetapi mereka mestilah bersifat berkecuali. Mereka tidak seharusnya dilihat cuba mempengaruhi pemilihan tersebut. Biarlah ahli-ahli PKR menentukan siapa pimpinan Cabang-Cabang mereka.

Sebagai ahli-ahli PAS mereka juga tidak mahu sekiranya ahli-ahli PKR campur tangan di dalam pemilihan pimpinan PAS Kawasan-Kawasan.

Tetapi setakat ini tidak ada lagi sebarang laporan yang diterima tentang ahli-ahli PAS campur tangan di dalam kempen pilihanraya pimpinan PKR tersebut.

Iskandar A. Samad
Timbalan Pesuruhjaya 2
PAS Negeri Selangor
14 September 2010

Monday, September 13, 2010

PPS Selangor catat ke 2 tertinggi

Parti-parti politik bersaing dalam pendaftaran pemilih baru, dengan lebih separuh daripada 301,653 pemilih baru didaftarkan melalui saluran parti sejak awal tahun hingga Jun lalu.

Sebanyak 56 peratus atau sejumlah 169,850 pemilih baru didaftar oleh penolong pendaftar daripada kalangan wakil parti politik, kata pengerusi jawatankuasa panel pendaftaran dan penyediaan daftar pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Zainal Abidin Mat Said.

Daripada jumlah itu, DAP mencatat pendaftaran pemilih paling tinggi iaitu 55,321 orang, diikuti oleh Umno dengan 54,872 pemilih didaftar manakala PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,618 dan 13,098 pemilih.

Katanya penolong pendaftar daripada wakil parti politik dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran.

Zainal Abidin berkata selain melalui saluran parti politik, pendaftaran pemilih luar pejabat dan program outreach yang dijalankan oleh SPR berjaya mendaftar 72,434 pemilih baru dan 24,663 penukaran alamat bagi tempoh yang sama.

Pada masa yang sama, kaunter pejabat pos turut menjadi pilihan orang ramai mendaftar sebagai pemilih apabila ia mencatatkan 37,142 pendaftaran baru dan 11,903 penukaran alamat.


Zainal Abidin berkata sejumlah 345,261 pendaftaran pemilih dicatat dari Jan hingga Jun lalu, dengan 301,653 pemilih baru dan 43,608 penukaran alamat.

Daripada jumlah itu, Johor merupakan negeri yang mencatat pendaftaran paling tinggi iaitu 56,663 orang, diikuti Selangor (46,764 orang) dan Pulau Pinang (36,841 orang).

Wednesday, September 8, 2010

Saat kritikal buat UBN

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sokongan orang bukan Melayu kepada Umno Barisan Nasional (BN) sekarang berada pada tahap paling kritikal.

Ini, katanya menyebabkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) mengeluarkan kenyataan kononnya PAS adalah parti ekstrem.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri menegaskan kenyataan itu dikeluarkan apabila dilihat sokongan rakyat bukan Melayu kini lebih memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Statement itu dibuat oleh pihak pemimpin yang tidak lagi berada di dalam kepimpinan Umno seperti Zam itu.

“Tujuan dia memang jelas di mana sekarang ini sokongan orang bukan Melayu kepada Umno BN sudah di peringkat yang paling kritikal. Itu sajalah puncanya,” katanya kepada media selepas mempengerusikan satu sidang media khas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sini, pagi tadi.

Zainuddin mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merampas harta-harta orang Cina semasa tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pula, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Ekoran itu laporan polis dibuat Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib (2 September), Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di Balai Polis Sungai Senam (2 September), Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yakub Abu Seman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar (2 September) dan Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Jamid Jamah di Balai Polis Batu Pahat (5 September).

“Sekarang ini sokongan rakyat bukan Melayu lebih memihak kepada Pakatan Rakyat yang mengandungi parti campuran Melayu iaitu PAS dan juga parti campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP iaitu parti yang didominasi orang-orang Cina.

 “Jadi statement-statement seumpama itu, pada pandangan saya ialah statement yang cuba untuk memecahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat, itu saja, dengan harapan apabila orang Melayu marah kepada PAS maka PAS akan berpecah dan mengharap PAS sendiri akan menimbulkan pertelingkahan terhadap PKR dan DAP.  Saya fikir, itu sajalah sebabnya,” kata Takiyuddin.

Thursday, September 2, 2010

Di Kota Raja orang Hindu & Kristian datang Tazkirah.... UmNo?

Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden dapat melihat sendiri dan tersenyum bangga melihat kebangkitan luar biasa sokongan non-muslim terhadapat perjuangan Parti PAS. Tidak cukup dengan itu mereka yang non-muslim ini yang kini menjadi sayap parti yang dipanggil DHPP terkadang lebih terkehadapan dalam memperjuang dan mempertahankan kemenangan PAS dalam PRU 12 yang lalu.

Kota Raja sendiri menampilkan kekuatan dan kesungguhan non-muslim melalui DHPP dalam semua aktiviti parti, mereka tidak pernah meminggirkan diri dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh PAS Kawasan. melalui Lajnah Perpaduan Nasional. Dalam kes-kes tertentu umpamanya gerakan Daftar Pemilih mereka dilihat jauh kehadapan berbanding sesetengah cawangan yang sudah Futhur atau Kawasan tertentu.
Bukanlah sesuatu yang aneh jika anda terlihat sekumpulan Ahli DHPP yang terdiri dari orang Kristian, Hindu dan Islam dari LPN dan PAS Kawasan duduk dalam satu majlis yang dipanggil diskusi agama yang biasanya akan dipimpin oleh seorang moderator bagi membincangkan sesuatu tajuk yang telah ditentukan.
Hasilnya kini di Kota Raja Dr Mariah tidak perlu lagi memakai sarong tangan bila berjumpa dengan orang India dan Cina (kerana mereka sangat sensitif dan mudah terasa hati jika tidak bersalaman dengan mereka) kerana kini bagi yang lelaki mereka sudah faham sangat dan tidak akan menghulurkan tangan lagi kepada Dr Mariah. Kadang kala kita boleh tersenyum simpul melihat wanita non-muslim bukan Islam ni bila berjumpa dengan Dr Mariah dan Muslimat PAS siap cium-ciuman lagi.
Sempena Ramadhan pada tahun ini satu Iftar bersama DHPP telah diadakan oleh LPN PAS Kota Raja, satu majlis yang mendapat sokongan dan tajaan bersama dari ahli DHPP sendiri.

Seperti tahun yang lalu oleh kerana Ust Wan Ji dapat memahami, mengawal keadaan dan memikul tanggung jawab untuk mendekatkan orang Hindu dan Kristian ini maka sekali lagi beliau dijemput untuk menyampaikan Tazkirah kepada mereka.

Bila hal ini berlaku didepan mata teringat kita kepada Almarhum Dato Presiden Ust Fadhil Nor yang tidak dapat melihat apa yang belaku kini didepan mata kerana Almarhumlah perintis kepada semua yang berlaku pada hari ini. Al Fatihah untuk Ust Fadhil Nor.

Ikuti catatan peribadi AF Wan Ji @ Al-Bakistani dalam program ini.
sampai giliranku menyampaikan tazkirah di hadapan hadirin yang bercampur antara muslim dan tidak muslim. yang muslim, agak senang untuk menyampaikan tazkirah, kerana ia adalah satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. jika dibaca sebarang ayat Al-Quran dan hadis pun, ia tidak menjadi satu perkara yang janggal.

Namun, bertazkirah tentang islam dihadapan non Muslim, agak susah sedikit. ada perkara yang kadangkala diterangkan dalam bahasa yang tidak boleh melahirkan persepsi buruk kepada islam itu sendiri.

kupasanku bermula dari kisah yang berlaku di zaman nabi yang mempunyai kaitan rapat dengan dua ayat Al-Quran, iaitu surah An-nisa' ayat pertama dan surah Al-hujurat ayat ke 13. gambaran perjuangan nabi SAW yang membela hak manusia yang ditindas, menyebabkan nabi SAW mendapat tentangan dari pihak penindas.

Diungkapkan juga kemurkaan Allah terhadap orang-orang munafiq yang memperlekeh Bilal bin rabah ekoran kulitnya yang berwarna hitam, menerusi kisah asbab An-Nuzul dari ayat 13 surah Al-hujurat. Dinyatakan, Islam mengharamkan penafian hak atas alasan warna kulit dan bangsa, malahan islam menilai semua manusia itu sama kecuali mereka yang melakukan kebaikan [taqwa].

[7]

dikupas juga isu yang sedang hangat dibincangkan. Antaranya adalah doa hidayah terhadap Lim Guan Eng, dan juga isu YB Teo dari parti DAP yang menziarahi salah sebuah surau di dalam parlimennya.

dikemukakan beberapa kisah yang berkaitan, dan dinyatakan konsep pemahaman islam mengikut aturan nabi muhammad SAW, yang jauh berbeda dengan konsep Islam yang dibawa oleh UMNO.

"Islam nabi jangan disamakan dengan Islam melayu" ujarku dalam ucapan yang sengaja aku ulang-ulangkan agar non muslim faham, bahawa segala kecelaruan yang dilihat negatif pada Islam yang berlaku di malaysia kebelakangan ini adalah mainan politik UMNO.

 ... bersambung BERTAZKIRAH DI HADAPAN MASYARAKAT HINDU (oleh : Al-Bakistani) dan gambar-gambar disini

Wednesday, September 1, 2010

Lintah darat ni sudah melampau

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri Sultan Selangor. Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam), tanpa beri peluang pemimpin PR berucap sepatah pun" kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.

PAS setuju PM

Parti Islam Se-Malaysia PAS  bersetuju dengan  kenyataan Datuk Seri Najib Razak sempena kemerdekaan negara ke 53, menyatakan  bahawa  masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan dirosakkan oleh budaya kejumudan serta sikap melampau menerusi isu perkauman dan agama. Kenyataan ini perlu ditujukan kepada pemimpin Umno dan BN yang sering mengeluarkan kenyataan yang memanaskan suasana politik seperti panasnya cuaca di negara pada hari ini.

Sebenarnya suasana politik negara ini menjadi panas selepas keputusan PRU 12, apabila BN tidak mendapat sokongan 2/3 di Parlimen dan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. Beberapa siri demo dan provokasi seperti demo di Pulau Pinang pada 14 Mac 2008 kononnya YAB Lim Guan Eng hendak hapus Dasar Ekonomi Baru, Demo di Perak 16 mac 2008 kononnya kerajaan Pakatan Rakyat menindas orang Melayu, demo pijak kepala lembu, sehinggalah yang terakhir ucapan yang diucap oleh seorang Pengetua Sekolah di Kulai Jaya Johor dan Guru Sekolah di Bukit Selambau Kedah. Sebenarnya berlaku ini adalah kerana Umno/BN tidak boleh belajar menjadi orang kalah. Ditambah pula kenyataan dan tindakan PERKASA yang  memanaskan suasana politik di negara ini.

Tindakan yang melampau dalam agama seperti pembakaran gereja ketika isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Peristiwa kepala babi dilemparkan di dalam Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun Petaling Jaya Selatan. Mutakhir ini isu doa untuk memberi hidayah kepada YAB Lim Guan Eng telah digambarkan,  kononnya Lim Guan Eng mengganti Yang Dipertuan Agong, semuanya ini bertujuan untuk menanamkan prejudis  dikalangan rakyat di negara ini. 

Sekali lagi Umno bersikap memperalatkan agama untuk kepentingan politik dalam isu lawatan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang ke Surau Al-Huda Kajang  pada 22 Ogos 2010. Membuat fitnah bahawa YB Teo memberi tazkirah dan  memberi bantuan kepada ahli PAS. Sedangkan apa yang berlaku ialah beliau memberi derma RM1000 kepada surau dan memberi taklimat berkenaan skim pendidikan kerajaan Selangor. Kenapa Umno tidak pernah marah selama ini, kerana ada di kalangan wakil rakyat bukan Islam dari kalangan BN yang datang ke surau/masjid.

PAS menganggap bahawa negara menyambut kemerdekaan negara kali ke 53 dalam suasana yang agak suram dengan sentimen perkauman dan tindakan melampau dalam agama yang dilakukan oleh pimpinan Umno. Sepatutnya negara yang sudah mencapai umur kematangan setelah negara merdeka. Tetapi apa yang berlaku ialah keadaan seolah-olah negara baru sahaja mencapai lima tahun merdeka. Ini adalah gambaran bahawa BN gagal memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat di negara ini. 

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada generasi selepas merdeka. PAS sebagai sebuah parti yang berpegang dengan prinsip Islam, akan sentiasa bergerak di atas landasan agama. Walaupun kadang-kadang umno melihat PAS pelik, kerana tidak menyokong tindakan Umno seperti isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam dan isu orang bukan Islam masuk masjid atau surau. Perlu diingat pemimpin PAS ada kemampuan untuk merujuk satu hukum berdasarkan ilmu yang Allah kurniakan. PAS tidak mahu tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam.

Ust Idris Ahmad.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts