Friday, March 11, 2011

Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat

Parlimen Kota Raja 10.03.2011 ~ Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan pada malam semalam bertempat di Dewan Sukan Andalas telah berlansung dengan jayanya.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Exco DAP Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Exco merangkap ADUN Sri Andalas Dr Xavier, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiee. ADUN Sekinchan, YDP PAS Kawasan Kota Raja dan lain-lain.

Tahniah kepada penganjur dan semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program ini walau pun terdapat banyak halangan dan rintanga yang dihadapi.

1 comment:

  1. Salam,

    sehingga kini apa reaksi PAS terhadap isu Bible dalam bahasa Melayu yang dibantah keras penahanannya oleh PKR? Ini isu yang berkait langsung dengan penyebaran agama selain Islam, yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara umat Islam. Ketika PKR sedang hebat membantah penahanan Bible ini, nampaknya PAS hingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan samada bersetuju atau tidak. Saya bukan nak mempertahankan kerajaan sekular hari ini. tetapi sekiranya kerajaan membenarkan penyebaran Bible Bahasa Melayu, apakah PAS boleh menerimanya? Dan sekarang apabila ia ditahan, rakan seperjuangan PAS dari PKR menghentamnya, PAS mendiamkan diri. Tahalluf ini untuk Islam atau Putrajaya?

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts