Thursday, July 12, 2012

Mood Perubahan Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan “momentum” semakin kuat untuk menuju ke Putrajaya.
“Mood perubahan itu ada,” kata Anwar dalam temuramah bersama akhbar British The Guardian hari ini.
Dan sama seperti yang telah dinyatakan pada Financial Times, Anwar mengulangi kenyataan bahawa ini adalah peluang terakhir beliau untuk menang dalam PRU.
Akhbar itu menggelar Anwar sebagai “lelaki yang paling digemari untuk dibenci di Malaysia”, dengan menekankan dua isu liwat yang dikatakan sebagai politik kotor oleh ketua pembangkang itu, di samping dituduh sebagai agen Zionis serta anti Islam dan juga seorang gay.
Kali ini Anwar muncul dalam apa yang dikatakan sebagai perjuangan politiknya yang terakhir, selepas beliau menyatakan hasratnya untuk bersara dalam Financial Times baru-baru ini sekiranya tewas dalam PRU akan datang.
“Saya yakin kita akan menang dan membawa perubahan,” kata Anwar kepada The Guardian.
Laporan The Guardian juga menyatakan terdapat ramai yang tidak menyukai Anwar tetapi bersamanya untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dikatakan autoktratik dan tidak lagi memahami aspirasi rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membawa imej yang lebih baik untuk Barisan Nasional — menghapuskan imej negatif, iaitu dengan menghapuskan undang-undang keselamatan dalam negeri yang penuh kontroversi dan menggubal undang-undang kebebasan berhimpun.
Walaupun sudah menggubal undang-undang baru, pertempuran ganas antara polis dan penunjuk perasaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu - mencalarkan imej pentadbiran Najib yang seterusnya mengakibatkan beliau menangguhkan pilihan raya walaupun sebelum ini dijangka akan diadakan pada bulan Jun.
Puak berhaluan kanan dalam UMNO menjadi halangan bagi program transformasi Najib dalam kerajaan.
Kolumnis dan peguam terkemuka, Art Harun berkata, Bersih telah menyebabkan jarak antara kerajaan dan rakyat melebar — berlaku lebih banyak lagi pembongkaran hal ehwal rasuah dan salah guna kuasa.
Pilihan raya yang adil dan bersih juga ditekankan dalam hal ini.
“Daftar pemilih yang tidak bersih mungkin menjadi punca kekalahan kami dan cara mereka untuk memenangi undi, itu yang merisaukan kami,” kata Nurul Izzah, anak kepada Anwar yang berusia 31 tahun itu.
“Dahulu, kami ada sedikit maklumat, tetapi kini kami berjaya memperoleh banyak pembohongan dan penipuan mereka.”
Beliau mendakwa bahawa ada 10,000 nama muncul tiba-tiba dalam daftar pemilih di kawasannya.
Anwar yang dilihat menjadi tonggak kekuatan antara parti-parti pembangkang yang berlainan ideologi untuk menumpaskan Barisan Nasional, memberitahu The Guardian Pakatan terpaksa melupakan perbezaan mereka dan bekerjasama demi rakyat dalam masyarakat yang berbilang agama dan kaum.
“Kita telah berbincang dalam membentuk polisi ekonomi, polisi sosial serta kedudukan agama, kemudian kita cari titik persetujuan,” kata beliau yang mewakili PR.
“Jurang antara mereka yang fanatik dengan ekstremisme semakin melebar, kita perlu ada pendekatan liberal.
“Kami gelar diri kami sebagai golongan liberal, kita harus memastikan nilai intelektual berkembang, dan tidak menggunakan kuasa ganas untuk tujuan politik,” kata Anwar

1 comment:

  1. salam,
    m from mapang.heard about how you help a family and give them support,move them to subang bistari etc.also untuk berniaga this ramadhan.very very touch.tq yb.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts