Tuesday, January 29, 2013

Kuasa Politik Orang Melayu tetap dipertahan

Walaupun terdapat dakwaan bahawa kaum Melayu berpecah kebelakangan ini khususnya sejak 2008, Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan terhakis sama sekali jika perikatan muda itu menguasai Kerajaan Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad berkata, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, sebahagian kerusi Melayu ditandingi oleh Pas dan sebahagiannya PKR, tetapi hanya sebilangan dimiliki DAP.

"Sebenarnya kerusi Melayu (dalam PR) tetap sama."Kerusi Melayu yang Umno tandingi (dalam kerusi Parlimen) lebih kurang 132. Jumlah kerusi Melayu dalam PR tetap sama.

Maka, walaupun tidak dikuasai oleh satu parti jumlah kerusi Melayu tetap sama," katanya.Menurutnya, jika bilangan kerusi Melayu terbahagi dua maka, tidak wujud penguasaan diktator seperti yang didakwa berlaku dalam Umno.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya PR Hulu Selangor di Jalan Kantan di Bukit Sentosa di sini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau menjelaskan perkara itu berikutan sentimen parti dan perkauman didakwa dilakukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga mencetuskan kebimbangan kononnya Melayu akan hilang kuasa jika PR memerintah.

Menurutnya, setiap parti dalam komponan PR seperti Pas, PKR dan DAP tidak akan berkuasa mutlak kerana mempunyai bilangan kerusi yang seimbang, malah segala dasar yang mahu ditentukan memerlukan kesepakatan serta persetujuan ahli komponan.

"Bila kita dedahkan segala penyelewengan (dalam BN) maka dia nak takutkan Melayu, DAP berkuasa (jika PR menang).

"Pada (PRU) 2008, DAP bertanding 48 kerusi Parlimen dan mungkin bertambah lebih kurang 54 pada 2013.

Adakah DAP boleh memerintah sekiranya menang kesemua 54 kerusi Parlimen (daripada 222)?.

Tidak boleh," katanya.

Katanya, begitu juga dengan Pas jika memenangi kesemua lebih kurang 70 kerusi Parlimen dipertandingkan pada PRU13, tidak akan dapat berkuasa sendirian termasuklah PKR.

Menurutnya, untuk berkuasa PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen iaitu dengan mejoriti mudah.

Wednesday, January 23, 2013

Pengerusi SPR cadang ubah sistem pilihanraya?



KOTA BHARU: “Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk.


“Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (gambar).

Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih.

“Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang,” ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, “Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa” anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin.

Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.

Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam.

Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar.

“Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN.

“Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih,” tambahnya.

Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi.

Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih.

“Kiri tak kena, kanan pun tidak kena. Saya sudah lali dimaki,” katanya lagi.

Saturday, January 19, 2013

Bersih dulu pengundi hantu baru adakan PRU

Perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya diraja (RCI) menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk undi di Sabah memerlukan daftar pemilih dibersihkan seboleh yang mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13, kata bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.

Katanya, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang, walaupun langkah yang lebih sempurna, ialah menangguhkan pilihan raya untuk membersihkan daftar pemilih sepenuhnya."Kita kesuntukan masa, sekurang-kurangnya perlu ada usaha untuk membersihkan pengundi hantu yang jelas dari daftar pemilih," kata bekas setiausaha negeri Sabah itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara - dalam keterangan mereka kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah - mendakwa menerima arahan untuk mengeluarkan resit sementara kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk membolehkanmereka mengundi.

Mereka mengaitkan dua orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang atasan yang mengeluarkan arahan tersebut.

Semalam, dua rakyat India dan Pakistan menceritakan pengalaman mereka menjadi warganegara dalam masa dua tahun selepas tiba di Sabah.Menurut Simon, beliau gembira dengan perjalanan RCI setakat ini walaupun keterangan yang diberikan saksi-saksi RCI adalah perkara yang telah sekian lama 'diketahui' penduduk Sabah.

Menurutnya, beliau tidak menafikan sesiapa sahaja untuk menjadi rakyat Malaysia namun kebanjiran warga asing dengan status kewarganegaraan yang meragukan memberi kesan buruk kepada lanskap ekonomi, sosial, dan politik Sabah.

Friday, January 18, 2013

Mohd Zin dan Politik Air

Setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tuduhan Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan negeri itu bermain politik dalam isu air "umpama menepuk air di dulang, habis terpercik ke muka sendiri". 

Sebaliknya, kata Faekah, usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini yang didakwanya "hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri.

"Faekah mendakwa, rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang didakwanya langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan mereka mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

"Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan sekadar itu, katanya, syarikat konsesi tersebut mendapat sokongan kuat pemimpin Umno yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.

"Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air dari syarikat konsesi?" katanya.

Sehubungan itu, Faekah bertanya mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka, tetapi tidak Selangor. 

Beliau mendakwa, ini kerana BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.

Di samping itu, katanya, sukar untuk mempercayai Mohd Zin (kanan) boleh mengeluarkan hujah kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri. 

"Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini," tegas Faekah .

Sebaliknya, kata beliau, seperti yang dijelaskan menteri besar Selangor bahawa kerajaan negeri hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham terbesar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas.

Saham emas itu, katanya, memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA. 

"Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seeloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan terhadap Pakatan Rakyat," tambahnya.

Wednesday, January 16, 2013

Maaflah kami tak layan HA

Pas berpendirian isu kalimah ALLAH sudah tidak perlu dibangkit lagi selepas Majlis Syura mengumumkan ketetapannya, kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sama ada DAP atau PKR perlu buat pengumuman rasmi mengenainya, semuanya terserah kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

“Kalau nak tahu mereka nak buat pengumuman mengenai perkara itu, kenalah Tanya mereka (PKR dan DAP) sendiri.

“Tetapi, rasanya mereka boleh nilai sendiri berdasarkan pengumuman itu,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ekoran keputusan Majlis Syura Pas, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tampil membuat kenyataan rasmi menerima keputusan yang dicapai badan tertinggi Pas itu.

Mengulas desakan Hasan itu, Mustafa berkata, “kalau pasal Hasan, maaflah... memang kami malas layan.

"Selebihnya saya tidak mahu komen,” ujarnya lagi.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok ketika diminta mengulas perkara sama berkata, kenyataan Hasan itu memang sudah dijangka terutamanya berkaitan apa sahaja isu yang membabitkan PR.

V“Beliau memang dijangka akan buat kenyataan seperti itu dan ini bukan perkara baru. Semua orang pun tahu,” katanya.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts