Pas berpendirian isu kalimah ALLAH sudah tidak perlu dibangkit lagi selepas Majlis Syura mengumumkan ketetapannya, kelmarin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sama ada DAP atau PKR perlu buat pengumuman rasmi mengenainya, semuanya terserah kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.
“Kalau nak tahu mereka nak buat pengumuman mengenai perkara itu, kenalah Tanya mereka (PKR dan DAP) sendiri.
“Tetapi, rasanya mereka boleh nilai sendiri berdasarkan pengumuman itu,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Ekoran keputusan Majlis Syura Pas, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tampil membuat kenyataan rasmi menerima keputusan yang dicapai badan tertinggi Pas itu.
Mengulas desakan Hasan itu, Mustafa berkata, “kalau pasal Hasan, maaflah... memang kami malas layan.
"Selebihnya saya tidak mahu komen,” ujarnya lagi.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok ketika diminta mengulas perkara sama berkata, kenyataan Hasan itu memang sudah dijangka terutamanya berkaitan apa sahaja isu yang membabitkan PR.
V“Beliau memang dijangka akan buat kenyataan seperti itu dan ini bukan perkara baru. Semua orang pun tahu,” katanya.
Hasan Angau...
ReplyDeleteYB, dicadangkan majlis syura berbincang dgn pihak gereja.
ReplyDelete