Dr. Siti Mariah Mahmud [PAS-Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan kenapa pihak Kementerian enggan membawa kembali Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
Demikian soalan beliau bagi jawab lisan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.Berikut ialah soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan bagaimana sokongan pihak Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam memastikan keseimbangan pembangunan kemudahan sukan dan penyelenggaraannya.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status kemajuan pembinaan lebuh raya baru Kuala Lipis-Gua Musang. Berapakah jumlah kenderaan yang melalui jalan sedia ada dan jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah bidang-bidang kurikulum terbaru yang telah diperkenalkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam sejak tahun 2010 hingga 2012.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah keputusan terkini laluan baru keretapi ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan bilakah pembinaan akan bermula.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:(a) berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyediakan dakwat yang digunakan ke atas jari pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu; dan(b) syarikat manakah yang diberi kontrak untuk menyediakan dakwat tersebut.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagi menyediakan blue-print pelestarian mesra alam bandar-bandar bersesuaian dengan usaha menghijaukan negara.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan kenapa Suruhanjaya Pilihanraya tidak diletakkan di bawah Parlimen bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya SPR lebih telus dan adil.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang akan diambil bagi memberi legitimasi kepada Kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.
Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan status MRSM Dungun dan sejauh mana pengoperasian projek berkenaan telah dijalankan.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan Kompleks Kebudayaan Negeri Kelantan yang terletak di atas Tanah Kerajaan Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu, sedangkan persefahaman awalnya kompleks tersebut adalah untuk "Guna Sama" bagi segala kegiatan kebudayaan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sikap Kerajaan Persekutuan terhadap peranan SPR dalam soal menentukan daftar pengundi yang bersih.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah