Semalam hujan. Semenjak jadi yb bila hujan saya bimbang air naik dan rakyat terpaksa menghadapi banjir kilat lagi. Walaupun belum ada yang mati kelemasan, namun banjir yg kerap menyusahkan rakyat dan menyebabkan kerugian. Bila berulang kali berlaku siapa yang tahan sabar.
Sudah ada penambahbaikan di kawasan klang disegi pembesaran sungai atau parit dan pembinaan longkang2 baru dalam kawasan kota raja. Namun masih ada bbrp "bottleneck" yg sukar yang blm diambil tindakan. Longkang yg ada berlainan tuan. JKR, JPS dan MPK/MBSA. Semua diasak oleh pejabat adun dan parlimen utk mengambil tindakan. Kerajaan negeri pun telah memperuntukan jutaan ringgit utk memastikan banjir tidak berulang.
Cuma bagaimana baik sistem perparitan nanti pun, bila hujan lebat dikala air laut pasang, kunci air tidak dapat dibuka. Air akan naik dikawasan rendah. Pam pam yg sedia ada tidak mampu utk mengalih air dari anak2 sungai ke laut. Saya sudah melihat perkara ini sudah lima tahun. Dah muak dgn alasan. Saya tidak dengar ada peruntukan baru utk meningkatkan kuasa pam pam di kunci air yg sedia ada. Setiap kali para jurutera jps atau pbt akan menyebut KALAU pam air kuat kita boleh cepat alih air dari sungai ke laut, cepatlah turun paras air sungai. Saya tanya kenapa tak buat, mereka kata mahal. Jutaan ringgit. Siapa punya tanggung jawab... mereka diam. Kjaan pusat? Kjaan negeri?
Namun saya tak mahu nak minta kerajaan pusat lagi utk membina pam pam ini. Jawapan mereka stereotype di parlimen ialah tiada bajet. Mereka dah buat itu dan ini. (Kalaulah duit BRIM yang berbillion itu digunakan utk menambah pam, nilainya lbh tinggi kpd penduduk di kawasan klang. )
FORGET abt kerajaan pusat.
Saya merayu kepada kerajaan negeri utk menggunakan simpanan berbillion tu. Ambil sedikit utk bina pam pam yg lebih berkuasa. Saya tak fikir ia akan membangkrapkan negeri selangor. Harap para ADUN dapat menggesa kerajaan negeri selangor di dalam dan diluar dewan undangan utk kebajikan rakyat jangka masa panjang.
Dalam masa dua tahun pertama utk sesi 3013 -2018 ni semua ADUN perlu menyelesaikan masalah yg di bawah kuasa kerajaan negeri atau PBT dlm DUN mereka. Jangan hanya harapkan ahli ahli majlis sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts ; Parlimen Kota Raja
Recent Post
Popular Posts
-
Muqaddimah Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan ses...
-
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkaw...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan...
-
Oleh: Dr. Yaacob bin Haji Yusof Awang [ Dr. YaHYA] A. PENDAHULUAN Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua jenis dari sudut cara kewuju...
-
Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali ......... Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepa...
Ana setuju dgn pandangan YB, agar Kerajaan negeri dapat ambil tindakan segera utk meluluskan bajet menyediakan kemudahan utk rakyat. Duit yg di simpan berbillion tak ada faedah nya kalau rakyat terpaksa bersusah mcm ini. Rakyat Selangor sudah beri mandat kpd kita jadi jangan khianati kepercayaan mrereka.
ReplyDelete