Saturday, November 13, 2010

PAS Sudah Sedia ....

Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar esok bagi membincangkan persediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, seminar "PAS sedia ganti Umno" itu terbuka kepada ahli merangkumi pimpinan pusat, dewan harian, pimpinan negeri, kawasan dan cawangan termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu.

"Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily.

Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.

"Kita buat seminar ini untuk bagi penjelasan kepada ahli tentang kesediaan PAS menggantikan Umno.

"Kita mahu daripada seminar ini, ahli akan lebih berjiwa besar untuk merealisasikan matlamat menggantikan Umno dan dapat bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya lagi.

Selain itu kata Idris, PAS turut mengundang pihak luar bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan parti itu dan langkah-langkah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Justeru, beliau berharap agar mereka yang menghadiri seminar tersebut akan lebih jelas mengenai perjananan gerak kerja PAS selepas ini.

"Kita harap daripada seminar ini, semua ahli dapat menanamkan dalam fikiran untuk menguasai Putrajaya dan bersiap sedia menghadapi sebagarang kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat ini, katanya.

Dianggarkan seramai 800 ahli dari seluruh negara akan menghadiri seminar bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala ucapan penutup akan disampiaknaoleh Timbalannya, NasharudinMat Isa.

Dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu "PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan oleh Idris sendiri dan "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu" oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat.Manakala di sebelah petangnya pula akan berlangsung forum bertajuk "PAS Ganti Umno:Harapan dan Cabaran" yang menampilkan penganalisis politik, Ghazali Mayudin dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Wadah dan akan dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat.

Tuesday, November 9, 2010

Pertambahan Undi POS di Selangor?

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)  seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik umno Bn untuk menawan Selangor melalui tektik undi pos. Pas mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. Pas memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama Pas menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi ‘hilang layak undi awam’ yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan,  jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Pas menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok umno Bn tidak runtuh  dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.
Pas mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. Pas mengharapkan jentera Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.  BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen umno.

Thursday, November 4, 2010

Update bil. (5) Galas : TGNA di Kampung Baru Gua Musang

Gambar ini menceritakan betapa bersungguh-sungguh TGNA bagi menggapai kemenangan, beliau turun dari satu pusat pengundian kesatu pusat pengundian yang lain bagi membantu Dr Zul menang di Galas. TGNA benar-benar menggalas tugas yang diamanahkan.
Jika takdir menentukan PAS menang ianya adalah hasil kerja keras seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat. Ini adalah kemenangan rakyat.

Update dari Galas - d-day

Berita sila klik Live dari Galas : D-day
 Suasana dihadapan pusat mengundi di Sek Men Indra Putra Bandar Gua Musang Lama
Op kereta ni pun datang jugak, cepat parking dan terus merayu undi, jerit seorang petugas Kota Raja
Tuan kereta ini ialah Tn Hj Faizal, mantan Pengerusi Tetap PAS Kawasan Kota Raja, beliau kini berada di Mekah mengerjakan ibadah haji tetapi beriya-iya meminta kepada NYD Kawasan Tn hj Termizi dan rakan-rakan yang ke Galas membawa kereta beliau sebagai ganti diri, hebat payah nak cari insan mulia seperti ini.

Terus setia melayari ke dua-dua blog ini untuk update semasa sehingga keputusan pilihanraya di pusat penjumlahan malam ini.

Wednesday, November 3, 2010

Semua Petugas/Penyokong PAS diminta bermunajat

Sejak jumaat lepas Dr Mariah selaku Timbalan Pengarah 3 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat merangkap Ketua Pengarah HELWA berada di Galas bagi menggerakan Jentera Pilihanraya Parti bagi memenangkan Dr Zul dalam PRK ini.

Sebentar tadi beliau menghantar SMS kepada saya untuk hebahan.

" Salam, untuk sahabat-sahabat sekelian, bangunlah dan bermunajatlah kepada Allah untuk memberikan pertolonganNYA dan kemenangan  kepada PAS/PR di Galas dan Batu Sapi. Kita mendahului di Galas tetapi Umno/BN akan menggunakan apa juga cara bagi memastikan kemenangan dipihak mereka walaupun dengan cara yang salah  "

Dr Siti Mariah Mahmud
Bilik Gerakan HELWA Galas.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts