Saturday, November 13, 2010

PAS Sudah Sedia ....

Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar esok bagi membincangkan persediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, seminar "PAS sedia ganti Umno" itu terbuka kepada ahli merangkumi pimpinan pusat, dewan harian, pimpinan negeri, kawasan dan cawangan termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu.

"Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily.

Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.

"Kita buat seminar ini untuk bagi penjelasan kepada ahli tentang kesediaan PAS menggantikan Umno.

"Kita mahu daripada seminar ini, ahli akan lebih berjiwa besar untuk merealisasikan matlamat menggantikan Umno dan dapat bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya lagi.

Selain itu kata Idris, PAS turut mengundang pihak luar bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan parti itu dan langkah-langkah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Justeru, beliau berharap agar mereka yang menghadiri seminar tersebut akan lebih jelas mengenai perjananan gerak kerja PAS selepas ini.

"Kita harap daripada seminar ini, semua ahli dapat menanamkan dalam fikiran untuk menguasai Putrajaya dan bersiap sedia menghadapi sebagarang kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat ini, katanya.

Dianggarkan seramai 800 ahli dari seluruh negara akan menghadiri seminar bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala ucapan penutup akan disampiaknaoleh Timbalannya, NasharudinMat Isa.

Dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu "PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan oleh Idris sendiri dan "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu" oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat.Manakala di sebelah petangnya pula akan berlangsung forum bertajuk "PAS Ganti Umno:Harapan dan Cabaran" yang menampilkan penganalisis politik, Ghazali Mayudin dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Wadah dan akan dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts