Monday, March 8, 2010

Pastikan Pakatan pertahankan Selangor

Harakahdaily   

RAWANG, 8 Mac: Para ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diberikan amaran jika mereka gagal mempertahankan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang ini, mereka tidak akan berjaya mendapatkan negeri ini sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

Untuk itu, menjadi tanggungjawab para ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi memastikan Pakatan kekal mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum ke 13 nanti.

Amaran ini diberikan oleh AJK PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri Sabtu lepas.

Kini, semua cawangan PAS di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat agung. Muktamar Tahunan PAS dijangka akan diadakan pertengahan tahun ini.

"Tahu tak kenapa Umno berusaha keras untuk membeli seramai mungkin anggota Parlimen kita sekarang...kerana mereka mahukan kuasa 2/3 dalam Dewan Rakyat.

"Dengan kuasa 2/3 ini, mereka boleh pinda perlembagaan termasuk meminda persempadanan kawasan pilihan raya ala gerymendaring yang membolehkan mereka menyusun penduduk dan pengundi ikut kehendak mereka," kata Dr Mariah.

Dr Mariah yang juga Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat berkata, Umno juga sedang berusaha keras untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi menjelang pilihan raya umum nanti.


"Sehingga kini, 80 peratus pengundi baru yang didaftarkan di Selangor adalah dibuat oleh Umno melalui agen-agennya. Di mana petugas pilihan raya kita?" soal Dr Mariah.


Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak bekerja keras untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru bagi membolehkan mereka mengundi Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagi beliau, adalah malang bagi rakyat negara ini jika Umno terus berkuasa di negara ini.

"Lihat apa yang berlaku sekarang, antara 40 terkaya, adik PM dan anak bekas PM. Menteri Dalam Negeri sepupu PM. Bagi saya ini adalah kolonialisme bentuk baru...apakah kita nak biarkan perkara ini," kata Dr Mariah dalam ucapannya itu.

Bagi memastikan kekuatan PAS terus berkembang, beliau mencadangkan agar cawangan-cawangan PAS di perbanyakkan di samping ahli-ahli PAS diramaikan.

"Satu cawangan PAS perlukan 25 orang sahaja ahli. Kalau satu cawangan sudah 100 ahli, pecahkan ke beberapa cawangan. Ini kerana, bila banyak cawangan ramailah pemimpin yang dilahirkan. Kalau tidak hanya beberapa kerat pemimpin yang sama sahaja yang aktif," kata beliau.

Di majlis itu, Dr Mariah (Gambar atas) menerima borang permohonan menjadi ahli dari 15 ahli yang baru mendaftar. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli-ahli Umno dan yang masih belum menyertai mana-mana parti politik.

2 comments:

  1. Tu la kan jangan leka diulit mimpi...kelak tergadai lagi.

    Pastikan kerja keras khusus pihak atasan yang tak jemu2 turun padang bagi menggalas amanah rakyat.

    Selangor pencabar utama yang membuatkan UMNO tak tidur lena.

    ReplyDelete
  2. AYU pun berpendapat agar pihak yang bertanggungjawab teruskan usaha(PAS) yang gigih terutama bagi kalangan muda-mudi di setiap kawasan penempatan.jangan kita terleka ,hari dah semakin suntuk,bekerja keras sedikit agar kita tak jatuh ke tangan UMNO.salam.PAS FOR ALL>

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts