Friday, December 14, 2012

Che Det kini komandan perang Umno

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pasukan penyerang dan pertahanan Umno ketika pimpinan yang lain tidak mampu melawan tsunami kebencian rakyat kepada Umno.

Justeru, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Mahathir terpaksa mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai kepentingan peribadi, bukan kepentingan rakyat.

“Beliau sedar jika BN kalah nasib beliau dan anak beliau akan menerima musibah. Kebetulan Najib pula mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan anak beliau,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Dengan itu, katanya, Mukhriz tetap dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri walau pun kalah di dalam perebutan Ketua Pemuda Umno.

Bagi Idris, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin tetap ‘menganggur’ kerana tidak mendapat tempat di dalam kabinet, semuanya gara-gara Tun Mahathir.

Beliau turut menyentuh berhubung Petron Malaysia (Petron) dan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) membekal dan membeli minyak untuk penggunaan pesawat Airbus A380 pada 2 Julai lalu.

“Kenapa Petronas, syarikat negara tidak diberikan peluang sedangkan beliau pengerusi Petronas?

“Semuanya gara-gara Petron adalah milik Mirzan,” ujarnya lagi.

Beliau percaya Mahathir terus membela Najib kononnya seorang pemimpin yang berwibawa dan membelasah Tun Abdullah Badwi tidak kira masa dan tempat.

Idris berpandangan Mahathir memang seorang pendendam.

“Beliau marah kepada Tun Abdullah kerana membatal projek Jambatan Bengkok, dan zaman Pak Lah juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

“Tun Mahathir juga mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor bukan masalah kepada pentadbiran Najib sedangkan semua orang tahu bahawa Rosmah adalah isteri Perdana Menteri yang keterlaluan dan menjadi buah mulut rakyat, dan tidak pernah dilakukan oleh orang lain,” katanya.

Sehubungan itu, kata Idris Mahathir akan mempertahankan Najib selagi mengikut telunjuknya dan boleh menjaga kepentingan anaknya.

1 comment:

  1. Panglima Perang amat besar maknanya. Saya memang pasti beliau kini telah menggerakkan angkatannya untuk bersedia menggempur musuh-musuh UMNO. Impaknya amat parah dan akan menelan angka korban yang maha dasyat dan maha memusnahkan seperti mana jadinya apabila Yugoslavia berpecah. Amat-amatilah pemerhatian saya ini demi kerana ketakutan kehilangan kuasa sekaligus akan kehilangan segalanya. Takuitilah Panglima Perang ini!!!!!!

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts