Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam tidak memfokuskan terhadap dasar kerajaan dan masalah yang dihadapi rakyat sebaliknya hanya berminat meniup api perkauman termasuk cuba menghidupkan kembali ‘hantu 13 Mei’.
Tindakan Umno itu disebabkan timbulnya perasaan ketakutan pemimpin Umno akan kehilangan kuasa apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
“Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu.
“Seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya Umno kehilangan kuasa,” kata Anwar di dalam satu kenyataan akhbar sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku.
Anwar juga berkata tindakan tersebut merupakan suatu hasutan dan boleh dianggap sebagai satu jenayah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam ucapan beliau ketika membuka mesyuarat himpunan Wanita Umno minggu lalu.
Anwar mendakwa kenyataan Shahrizat adalah percubaan untuk menghidupkan kembali karier politiknya setelah didesak meletak jawatan berhubung skandal National Feedlot Corporation.
Dalam persidangan tiga hari itu, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengambil kesempatan menyerang Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
“Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?
“Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas. Supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa bercakap benar dan siapa yang gemar menipu.
“Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang,” ujar Anwar.
Najib turut mendakwa Anwar adalah proksi kepada kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa, murtad akan dilestarikan dan Malaysia dijadikan negara Kristian jika Umno pupus pada pilihanraya akan datang.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah