Friday, July 30, 2010

AL KISAH DEMO UMNO YANG TIDAK MENJADI

Khabarnya hari ini orang-orang UMNO Selangor nak buat demo membantah apa yang dikatakan "penyelewengan di dalam perlombongan pasir" di negeri selangor.

Tapi tidak jadi sebab tidak cukup jumlahnya walaupun di kerah se antaro Selangor.

Maka demo ini ditangguhkan sehingga mereka dapat mengumpul jumlah yang besar untuk menunjukkan rakyat Selangor menyokong UMNO-BN dan menentang pentadbiran Tan Sri Dato' Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Ahli-ahli UMNO biasa Selangor mungkin tak berapa berminat hendak berdemo kerana mereka tahu siapa dalang-dalang sindiket curi pasir semasa zaman Khir Toyo dulu.

Mereka juga tahu puak-puak yang dapat munafaat curi dan jual pasir dulu seperti cacing kepanasan sekarang - pertama kerana poket mereka dah mula kering dan kedua jika SPR atau Polis buat siasatan maka akan terburailah siapa-siapa yang terlibat termasuklah kakitangan-kakitangan kerajaan pelbagai jabatan.

Bak kata orang putih "it will be like opening a can of worms".

Saya juga dengar kerana kegagalan menghimpun UMNO Selangor untuk berdemo maka pimpinan-pimpinan UMNO sudah mula "calling-calling" UMNO negeri-negeri lain untuk menghadirkan diri. 

Jadi jika di masa akan datang ada demo UMNO-BN Selangor, perhatikan betul-betul muka-muka yang hadir!

Wednesday, July 28, 2010

Teruknya negeri dibawah BN, Negeri Najib pulak tu

  1. "PAKCIK TAK BOLEH TERIMA, DAH 34 TAHUN MASIH TAK ADA AIR DI FELDA MAYANG NI"
  2. "ORANG MAKIN LAMA MAKIN MAJU TAPI KITA MAKIN MUNDUR" ... KATA PAKCIK ALI SAMBIL MENANGIS.
  3. "BUKAN SAJA TAK DAPAT AIR BERSIH TAPI DIBIARKAN TERKONGTANG KANGTING, DIBIARKAN JBA"
  4. "ANAK MAKCIK DAH 2 MINGGU TAK SEKOLAH"
  5. " PAIR AIR KOSONG CAJ TINGGI"
  6. KURANG AJAR PUNYA JAWAPAN .... "NAK AIR JUMPA TV 3" ... CAKAP DENGAN ORANG TUA  OK, KALAU DEPAN SAYA LEBAM MUKA.
  7. "NAK MANDI MAYAT PUN PAYAH"
 Ini antara luahan hati rakyat Pahang.

Best juga tengok berita TV 3 jam 8 tadi. Dari Bera Pahang negeri DS Najib.

Memilukan dan menyayat hati. Dalam tempuh 34 tahun masih tidak boleh uruskan air secara sempurna selepas lebih 50 tahun memerintah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Jika anda seorang rakyat Malaysia yang prihatin anda patut menolak kerajaan yang memerintah negeri Pahang ini dan mesti digantikan oleh kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat dalam PRU akan datang.

Pelombong Haram Pencen

Semua cerita atau kisah benar mengenai perlombongan pasir haram di Selangor ada dalam kocek Menteri Besar yang di bersarakan awal setelah inquary yang dijalankan oleh Hakim Mahkamah Rakyat negeri Selangor pada 8 Mac 2008 mendapati terlalu banyak penyelewengan dan kerakusan bekas MB ini didalam mentadbir negeri selangor pada ketika itu.

Keputusan muktamad 28 ~ 20 menyebabkan MB tersebut hilang kuasa dan kini mabuk sakan hendakkan kuasa semula. Untuk mendapatkan kuasa tersebut beliau terpaksa pula bersaing dengan seorang lagi orang mabuk kuasa iaitu Mr NO (Noh Omar).

Sebagai bekas Pelombong Haram dizaman nya, beliau mencari-cari semula bekas-bekas lombong yang dikoreknya secara rakus pada ketika itu tetapi mendatangkan pendapatan yang paling sedikit yang diperolehi oleh kerajaan nya pada ketika itu.

Sebagai seorang yang didapati mempunyai reputasi buruk dan ditolak rakyat MB yang dibersarakan secara paksa ini langsung tidak tahu mengira. Mungkin carta ini boleh membantunya atau dia akan menjadi semakin bingung melihat angka-angka ini.

Catatan Pengunjung

Respon pengunjung blog ini Singalautmetro berkaitan Respon Pengarah JPP kajian "makmal pemuda BN" wajar diberikan perhatian oleh penggerak parti bermula dari peringkat yang paling tinggi iaitu peringkat pusat, negeri, kawasan hinggalah keperingkat paling bawah iaitu cawangan.

Tanggungjawab mendekati dan manarik golongan muda ini yang dilihat tidak memperdulikan parti mesti di Juarai oleh Dewan Pemuda PAS sendiri. Ketua Pemuda (KP) mesti menangani perkara ini secara berhemah dan bijaksana supaya undi mereka tidak lari kepada musuh.

Kerja-kerja ini sepatutnya menjadi fokus kepada beliau dan bukannya menyediakan pelan damai dengan UmNo mengikut presepsi sendiri. Penulisan beliau itu sendiri meletakkan PAS macam UmNo. Cakap-cakap belakang tabir mengenai corak kepimpinan dan hala tuju Pemuda yang semakin keliru menjadi semakin ketara kini. KP harus melakukan sesuatu yang berkualiti yang boleh diterima oleh semua pimpinan dan ahli dan bukannya melakukan sesuatu yang syok sendiri sahaja dan dicemuh ramai.

Baru sahaja balik minum-minum bercerita hal undi atas pagar ini. Benar, angka yang diberikan mungkin betul. Cuma satu sahaja yang harus diberi perhatian. Persepsi terhadap golongan atas pagar ini sebenarnya harus diubah.

Golongan atas pagar kalau dulu dikatogerikan oleh sesetengah pihak sebagai tidak berprinsip. Tanggapan ini dibuat hanya kerana melihat golongan berkenaan tidak menunjukkan sikap berpihak pada zahirnya. Maka adalah juga pandangan yang mengatakan golongan ini sukar dibaca. Sebenarnya ini kurang tepat.

Ini kerana saya melihat golongan atas pagar adalah golongan yang lebih baik daripada sesetengah golongan yang secara jelas menunjukkan sikap berpihak. Rasionalnya ialah, sebahagian daripada golongan atas pagar adalah generasi muda yang berpelajaran. Sebenarnya mereka berada di atas pagar sambil membiarkan akal mereka melihat dan membuat pilihan.

Sebenarnya mereka ini akan menyokong pihak yang memiliki prinsip perjuangan dilihat mampu melindungi kepentingan mereka (golongan muda). Maka ketika ini, iaitu ketika golongan atas pagar itu sedang memerhatikan kita, harus kita tunjukkan kesungguhan kita terutama dalam cara membela nasib dan masa depan mereka. Mereka juga ada akal untuk membuat keputusan. Kalau PR mampu menunjukkan kesungguhan dalam perjuangan membela nasib mereka, mereka akan membantu dan menyokong PR. Jangan dikhuatiri, kecuali kita tidak mampu menunjukkan komitmen dalam perjuangan. Maka ketika itu mereka akan lari dan menyerahkan sokongan kepada pihak lawan.

Selagi kita sanggup menumpahkan keringat dan sanggup bersama ketika mereka susah dan kecewa, InsyaAllah golongan atas pagar ini akan tetap menyokong.

Tuesday, July 27, 2010

Respon Pengarah JPP berkaitan kajian "makmal pemuda BN"

Berikut adalah respon Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berhubung kajian dan artikal Kajian terbaru "Makmal Pemuda BN"
 
Pas sedang mempergiatkan usaha termasuk mewujudkan operasi ‘underground’ untuk menarik sokongan lebih 60 peratus undi muda yang berada dalam situasi ‘atas pagar’ sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar sebelum ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abd Rahman, mengakui bahawa hasil kajian yang dibuat oleh pihaknya mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat oleh pemuda UMNO yang mendapati lebih 60 peratus undi muda berada situasi ‘atas pagar’.

Sehubungan dengan itu katanya, mana-mana parti dari Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN) yang dapat menguasai undi itu akan memperoleh mandat untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) nanti.

“Kajian kita menunjukkan senario yang sama, 64 peratus adalah undi muda yang masih tidak menyokong mana-mana pihak dan mereka bersikap tunggu sehingga tempoh pengundian.

“Bagi pihak Pas bersama PR, kita sedang merangka gerak kerja yang rapi termasuk mengadakan operasi ‘underground’ untuk memastikan undi ini mampu dimiliki Pas dan pakatan,” katanya.

Mengulas mengenai trend undi Melayu kepada Pas, Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pangkalan Chepa menafikan bahawa sokongan kepada parti itu menurun sejak PRU-12 yang lalu.

“Pas mempunyai “culture voter’(undi setia) yang tidak berubah walaupun apa senario yang berlaku, satu lagi peringkat kita mempunyai undi dari ahli UMNO dan pengundi atas pagar.

“Apa yang berlaku kini, undi Melayu tidak menurun walaupun banyak cerita dikaitkan dengan perubahan parti, malah kita sedang bekerja keras untuk mendapatkan undi muda untuk memastikan kemenangan dalam PRU-13 nanti,” katanya.

Sunday, July 25, 2010

Siri ceramah UmNo ibarat persembahan sarkas

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh menerima kritikan dan pendedahan yang dibuat oleh UMNO Selangor dalam siri ceramah ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ (SSDE) sekiranya ia berasas dan mempunyai bukti.

Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pentadbiran sesebuah kerajaan akan lebih berkesan sekiranya dikritik dengan berasas dan bernas.

“Kita menggalakkan orang membongkar perkara yang berasaskan bukti dan sesuatu pembongkaran mestilah dipisahkan daripada pembohongan kerana dengan kritikan dan pendedahan yang berasas, barulah kerajaan boleh mentadbir dengan berkesan.

“Siri ceramah yang berasas dan bernas tidak akan menggugat Pakatan Rakyat kerana sistem demokrasi membenarkan ceramah yang tidak merosakkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program SSDE yang dianjurkan UMNO Selangor di seluruh negeri itu yang bermula kelmarin untuk memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, siri ceramah tersebut adalah ibarat persembahan sarkas untuk menghiburkan penonton semata-mata.

“Kita (Pakatan Rakyat) sedikit pun tidak tergugat dengan program ceramah seperti ini kerana ia hanyalah umpama pertunjukan dan lakonan sarkas untuk menghiburkan rakyat Selangor,” katanya.

Saturday, July 24, 2010

Jawapan Hassan Ali

SHAH ALAM, 24 Julai: Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut diadakan secara terbuka dan ditempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukannya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemimpin dan ahli PAS khasnya agar jangan berprasangka jahat terhadap beliau dan menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

"Pertemuan  tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya hari ini.

Hasan mengulas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa beliau ada bertemu dengan Harussani. Ini ekoran kenyataan Harussani bahawa beliau ditemui oleh pimpinan PAS dan Umno yang memintanya menyatukan PAS dan Umno.

Berikut adalah kenyataan penuh Hasan Ali mengenainya:-

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu  daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat  Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali  mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan  tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah  diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum  Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.
24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Friday, July 23, 2010

Selamatkan Selangor versi UmNo

Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.

ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.

Suhaimi berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.

Sebanyak 19 ceramah diatur bagi setiap bahagian Umno di negeri itu, yang akan dimulakan di Shah Alam malam ini -- bagi menjelaskan mengenai 'pembohongan' yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Noh dan Khir masing-masing telah menafikan wujudkan pertelingkahan di antara mereka, malah kedua-dua mereka juga akan menyertai kempen berkenaan akan turut disertai Khir.

Namun, menurut Shuhaimi kempen itu didakwa akan menonjolkan lagi pertembungan Noh-Khir.

"Umno boleh beri penerangan, itu memang tanggungjawab dia untuk tunjukkan siapa lebih jaguh di kalangan mereka.

"Pada saya, tindakan mereka buka cerita tentang pasir ini lebih kepada buka pekung sendiri. Lebih banyak mereka bercerita, lebih banyak lagi mereka akan dedahkan bahawa kecurian ini berleluasa akibat kecuaian pentadbiran BN terdahulu," kata Shuhaimi ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, serangan melalui kempen tersebut dilancarkan seolah-olah dengan menjadikan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor sebagai sasaran, namun mangsa sebenar ialah Khir.

"Mereka nampak macam serang PKR tapi sebenarnya ini mendedahkan pekung (ketua pembangkang Datuk Seri) Khir Toyo sebab semuanya (aktiviti kecurian) ini berlaku di zaman Khir Toyo.

"Mereka sebanarnya hendak cari populariti sebab pergaduhan di antara Noh Omar dan Khir Toyo ini semua ketua bahagian Umno sudah tahu," katanya lagi.

Shuhami juga mendakwa, serangan tersebut juga dilancarkan memandangkan sumber pendapatan pemimpin Umno tersebut kini berkurangan akibat dari tindakan kerajaan negeri Selangor mengawal pengeluaran pasir.

"Mereka marah sekarang sebab sumber duit poket mereka sudah hilang. Apa yang kerajaan negeri buat ialah pengeluaran itu secara terkawal dan kesemua aktiviti melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd itu dapat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.

"Mereka bayar hasil untuk 20,000 tan metrik tapi yang dia keluarkan adalah lebih daripada itu. Ini untuk duit poket dialah.

"Jadi sekarang mereka tidak boleh buat begitu lagi kerana kerajaan negeri buat pemantauan termasuk meletakkan CCTV (di kawasan perlombongan). Inilah yang beri tekanan kepada mereka. Jadi mereka marah sebab sudah tidak ada sumber duit poket lagi," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Shuhaimi juga berkata rakyat Selangor telah mempunyai pendapat mereka sendiri dalam isu berkenaan.

"Mereka boleh buat ceramah hingga 20 minggu sekalipun, tapi rakyat sudah ada persepsi. Kalau mereka hendak serang, rakyat sudah tahu siapa yang sebenarnya mencuri dan merompak khazanah negeri," katanya.

Monday, July 19, 2010

1 lawan 1

Majlis Pakatan Rakyat Sarawak yang baru ditubuhkan pada dasarnya bersetuju mereka akan berdepan satu lawan satu ketika menentang BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Majlis 20 anggota itu diwakili oleh lima anggota dari setiap parti komponen Pakatan, iaitu - DAP, PKR, PAS dan Snap.

Antara mereka yang menggotai majlis itu adalah Chong Chien Jien dan Wong Ho Leng, dari DAP dan wakil PKR, Baru Bian.

Ia berikutan pengumuman Pakatan Rakyat bahawa jentera pilihan rayanya akan diaktifkan bagi menghadapi pilihan raya mengejut khususnya di Sarawak.

“Kami percaya pilihan raya negeri tidak lama lagi,” kata timbalan presiden PKR,Syed Husin Ali yang senada dengan apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

Pakatan telah membuat persiapan di Sarawak kerana pilihan raya negeri itu mesti diadakan selewat-lewatnya sebelum Julai tahun depan.

Syed Husin menghadiri mesyuarat sulung Pakatan Rakyat Sarawak bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa malam semalam bagi membincangkan strategi mereka.

Pakatan Rakyat Sarawak ditubuhkan pada April tahun ini dan ini adalah kali pertama majlis itu mengadakan mesyuarakat mereka.

Friday, July 16, 2010

BN menghina institusi Parlimen

Pakatan Rakyat kesal pengumuman kenaikan harga minyak, gula dan gas cecair (LPG) dibuat tanpa melalui persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia adalah satu penghinaan kepada institusi Parlimen yang baru berakhir semalam.

“Seharusnya isu ini dibahaskan terlebih dahulu sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat. Namun, agenda ini jelas melihatkan Barisan Nasional gentar untuk berhadapan dengan pembangkang sekiranya di bahaskan.

“Tindakan ini jelas membebankan rakyat dan me-nunjukkan kerajaan kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa ‘merompak’ subsidi daripada rakyat,”

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Thursday, July 15, 2010

UmNo terlalu lemah

Bila Datuk Seri Najib Tun Razak menolak sebarang dakwaan bahawa UMNO kini berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga terpaksa mencari rakan baru termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pas. 

Soalan yang kemukakan kepada Najib bukan omongan kosong, sebaliknya itulah realiti sebenar keadaan UmNo masa kini. Dalam keadaan yang terlalu lemah dan tidak bermaya kini UmNo hilang maruah diri dan parti bila masih terhegeh-hegeh mengheret mengajak PAS untuk bersama mereka demi survival Melayu kononnya.

Tapi dalam keadaan mabuk laut, Perdana Menteri berkata, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tiada sesiapa yang harus meragui bahawa parti itu juga memperjuangkan Islam sebagai salah satu teras perjuangannya selama ini.

Memang setiap orang Islam yang menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka amat-amat meragui jika UmNo kata ia sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Mengatakan UmNo sebuah parti yang mendaulatkan Islam dan meletakkan Islam ditempat tertinggi memperlihatkan kelemahan pimpinan UmNo itu sendiri dalam memahami Islam.

UMNO tidak perlu melihat perkembangan selanjutnya berhubung saranan pelbagai pihak agar parti itu menjalin kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk mengukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Ahli UmNo diingatkan bahawa UmNo memang sudah terlalu lemah dan tiada harapan untuk diselamatkan kerana sedang sakit tenat dan nazak.

PAS yang semakin kuat dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum yang mula menerima secara total perjuangan PAS akan menentukan pembentukan masa depan negara bersama Pakatan Rakyat dengan meninggalkan UmNo yang sedang sakit ini.

Wednesday, July 14, 2010

Kenapa Pusat tak nak tolong?

Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi kegiatan ini.

Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.

"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau.

"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini.

Tuesday, July 13, 2010

Bai'ah, DHPP akur

Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyokong penuh dasar-dasar ditetapkan Pas, termasuk bai’ah baru dan ikrar aku janji meletakkan jawatan dan membayar ganti rugi, jika tidak lagi bersama Pas.

Setiausaha DHPP, K Deepakaran berkata, sekiranya Pas menetapkan syarat sama jika DHPP dicalonkan sebagai wakil pilihan raya umum akan datang, menjadi tanggungjawab DHPP mendukung segala dasar diberikan Pas dengan amanah.

Menurutnya, apabila seseorang wakil dilantik sebagai ahli majlis atau calon pilihan raya, mereka adalah pendukung amanah rakyat dan jika mereka berpaling bererti mereka mengkhianati rakyat serta wajar menerima hukuman seperti disyaratkan dalam aku janji.

“Sebagai sayap Pas, ahli DHPP sudah sedia maklum dengan dasar parti itu dan ia tidak menjadi masalah.

“Jika hendak berjuang kita perlu yakin dengan perjuangan kita. Pasti tidak masalah untuk keluar parti atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau, yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang berkata, Pas melakukan tindakan yang betul sebagai langkah mengelakkan ahli atau penyokong meninggalkan parti.

Mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan aku janji patut dikenakan tindakan sedemikian kerana sebagai penyokong mereka perlu bersedia akur dengan dasar-dasar ditetapkan Pas.

“Sebagai penyokong yang bersama-sama dengan perjuangan Pas, kita perlu ikut dasar itu, kalau tidak bersedia, dari awal sudah beritahu dan tidak perlu sertai,” katanya.

Harakahdaily.net melaporkan, parti itu mendapati 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, Pas memberikan tempat kepada ahli DHPP apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kuota parti itu iaitu S Arun, yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor; S Lakshmanan, Kuala Selangor; Low Hock Khieng, Selayang serta Deepakaran.

Mereka yang dilantik telah mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hassan Ali.

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperoleh ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis jika mereka tidak lagi bersama Pas.

Sunday, July 11, 2010

Antara DS Najib & DS Anwar, Siapa sebenarnya agen Amerika?

"For many years U.S. and Malaysian forces have cooperated on a wide range of missions with virtually no fanfare or public acknowledgement. And in spite of its success, our bilateral defense relationship seems to be an all too well-kept secret," said Najib Tun Razak on 3rd May 2002 at The Heritage Foundation.

I considered titling my talk today: "Malaysia-U.S. Defense Cooperation: The Untold Story." The reason is that for many years U.S. and Malaysian forces have cooperated on a wide range of missions with virtually no fanfare or public acknowledgement. And in spite of its success, our bilateral defense relationship seems to be an all too well-kept secret.

So I very much appreciate the chance The Heritage Foundation and the Center for Strategic and International Studies have provided for me to reveal this well-kept secret. I would particularly like to thank Dr. Ed Feulner of Heritage, not only for his kind introduction, but also for his ongoing contributions to enhancing Malaysia-U.S. understanding. I'd like to thank Dr. John Hamre as well, both for the hospitality CSIS is providing today and for his leadership on defense issues. Dr. Hamre may be among the few to whom our bilateral defense cooperation is not in fact a secret.

Before I begin, I'd like to touch briefly on our bilateral relationship as a whole--as a kind of preview to Prime Minister Mahathir's official visit to Washington in two weeks.

Certainly, I am aware that a visit by a head of state to Washington, D.C., is not a rare occurrence, especially these days. So why is this particular visit significant?

Historically, Malaysia has been a steady, reliable friend of the United States. Our multitude of common interests include trade and investment on a sizeable scale and security cooperation across a range of fronts. An equally important point is the common values our two countries share, including a commitment to democracy, religious tolerance, and equality for all our diverse citizens. In times like these--in a time of war--it is these values that bind nations together.

But I would point out that there is still another factor that makes our relationship important. Malaysia--though a small country halfway around the globe--occupies a somewhat unique position. We are an Islamic country. We are stable. We are prosperous. And our Prime Minister, Dr. Mahathir, has gained a certain status and sway, not only in the Southeast Asian region, but throughout the Islamic world.

An Unsung Story

I would like to elaborate on this subject later, but--to alleviate any suspense--I will first address the unsung story of our defense cooperation.

Take the recent hit film Black Hawk Down. The scene was Somalia, 1993. And although Hollywood saw it differently--I guess you could say Malaysia's role was left on the cutting room floor--the fact is this: More than 100 Malaysian peacekeeping forces engaged in that fierce fighting to try to rescue the trapped U.S. Army Rangers. Fighting together with the U.S. Rangers, one of our troops made the ultimate sacrifice, along with the 18 U.S. soldiers who died.

Fortunately, our troops do not serve to become stars in Hollywood.

We were indeed gratified, however, when we were honored by the Pentagon for our contributions. And then, in New York this past March, a total of 23 Malaysian peacekeepers were awarded the Dag Hammarskjöld Medal, which is presented by the United Nations to peacekeepers killed in the line of duty.

In fact, since 1960, Malaysia has participated in more than 20 United Nations missions, from East Timor to Kosovo. For Malaysia, peacekeeping operations are an integral part of our foreign policy. Like the United States, we believe that nations--even small ones--have the responsibility to contribute when and wherever possible to a stable world order.

A Special Relationship with the U.S.

Malaysian forces regularly conduct joint training with United States counterparts, and the United States routinely enjoys access to Malaysian airfields and ports. Also, Malaysia provides one of the few bases outside the United States for U.S. military jungle-warfare training. U.S. troops are warmly welcomed in Malaysia and enjoy training there. In particular:
  • There have been more than 75 U.S. military ship visits in the past two and a half years.
  • The United States conducts training exercises with the Royal Malaysian Air Force, flying with and against them in mock battles.
  • U.S. Navy SEALs conduct training in Malaysia twice a year.
  • The U.S. Army does field exercises with the Malaysian army. I might mention here that, for their expertise in jungle warfare, Malaysians are known in the business as "whispering death."
  • Finally, 1,500 Malaysian defense personnel have benefited from the U.S.-sponsored IMET (international military education and training) program.
As you can see, cooperation between our two nations started long before September 11, 2001. But the horrific events of that day galvanized our relationship as never before. Prime Minster Mahathir has been vocal in condemning the attacks, and we have been happy to provide an elevated level of cooperation with the United States on the range of fronts. For example:
  • The United States averages more than 1,000 overflights per year. Since September 11, this number has increased dramatically, and all requests have been approved.
  • The United States has excellent access to Malaysian intelligence.
  • Malaysia occupies a strategic location along the Strait of Malacca and southern South China Sea, and devotes considerable resources to maintaining safe and free shipping lanes for commercial and military vessels. Since September 11, Malaysian forces have been protecting U.S. ships in the Strait.
  • Malaysia has a considerable number of troops and military assets on our islands to thwart the threat of Abu Sayyaf terrorists in the Southern Philippines.
  • In addition, Malaysia is actively identifying assets of terrorists and teaching Indonesia and other ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) countries how to freeze assets.
READ MORE HERE

Raja Petra Kamarudin 

Saturday, July 10, 2010

RM 200 juta nilai seorang pengundi

Tahukah anda berapa nilai seorang pengundi baru yang didaftarkan?

Percayakah anda bahawa di Malaysia nilai tertinggi  seorang pengundi adalah sebanyak RM200 juta, bagaimana ini terjadi.

Pada tahun 2004 selepas PRK Permatang Pasir, Pasir Mas Kelantan, kerajaan PAS pimpinan TGNA pada ketika hanya mendahului BN dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada ketika sangat tipis dan kritikal ia itu PAS 23, manakala BN 22.

Pada pilihanraya ke 11 tersebut bagi DUN "N35 Kemuning" Calun BN Wan Mohammad Zin bin Mat Amin mendapat undi sebanyak 6,076, manakala calun PAS Haji Zakaria bin Yaacob mendapat 6,078 undi. Ini bermakna Calun PAS menang dengan 2 undi sahaja.

Dengan 2 Undi tersebutlah TGNA masih dapat meneruskan pemerinthana di negeri Kelantan hingga kini sudah mencapai lebih 20 tahun dan pada ketika itu TGNA membelanjakan sebanyak RM 400 juta sebagai perbelanjaan mengurus negeri Kelantan.

Jika nilaian ini diambil kira bermakna "Nilai satu Undi ialah RM200 juta" kerana dengan 2 undi tersebutlah TGNA dapat memerintah Kelantan.
Jika nilaian ini diambil kira, jangan tunggu lagi teruslah mendaftar sebagai pengundi, kerana undi anda mat bernilai. Baca seterusnya DAP contoh terbaik

Friday, July 9, 2010

Persiapan menghadapi PRU 13

PAS mengadakan pemukiman tiga hari mulai hari ini bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, pemukiman itu antaranya bagi memperkemaskan jentera pilihan raya parti Islam itu.

"Ia lebih untuk melihat semula keberkesanan kita selama setahun dan menyusun langkah ke depan," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Menurut Salahuddin, pemukiman yang melibatkan semua ahli jawatankuasa pusatnya itu akan turut membincangkan beberapa isu-isu dalaman parti.

Bagaimanapun perkara tersebut enggan didedahkannya dengan alasan ia merupakan perkara sulit.

"Semua sesi tertutup kepada media," jelas Salahuddin lagi.

Malaysiakini difahahamkan, pemukiman yang dilangsungkan di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan itu akan dimulakan selepas mesyuarat bulanan jawatankuasa pusatnya di tempat sama.

Beberapa kertas kerja akan dibentangkan seterusnya dibuka kepada perbincangan.

Kali terakhir PAS dilaporkan mengadakan pemukimannya pada tahun lepas di Alor Setar, antaranya membincangkan isu kelab penyokongnya yang kini dinamakan sebagai dewan dalam parti itu.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan semua pimpinan utamanya, termasuk mursyidul am, presiden dan ahli-ahli majlis syura dijangka menyertai pemukiman itu.

"Fokus kita kali ini adalah membincangkan pengundi luar bandar khasnya pengundi Melayu," Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata.

Akhbar web rasmi parti Islam itu juga difahamkan, satu kajian terperinci dibuat oleh Ilham Centre, sebuah badan penyelidikan bebas, bagi membantu PAS membuat penilaian dan keputusan dalam pemukiman kali ini.

"Kita telah mendapat hasil yang menarik berdasarkan kajian kita di Parlimen Tanjung Karang dan kita telah serahkan kepada Pemuda PAS yang telah meminta kita membuat kajian ini," kata seorang pengarah NGO itu.

Thursday, July 8, 2010

Siapa sebenarnya yang Sesat

UmNo mencari pasal, selepas Shafie Afdal tuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, kini tiba pula giliran PAS menjawab tuduhan tersebut dan perang pun bermula :

Jika Pas parti ajaran sesat, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat perisytiharan mengenai perkara itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya. Baca seterusnya disini

Tuesday, July 6, 2010

Hak mengundi adalah hak rakyat

Rakyat Malaysia di luar negara digesa menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan hak mereka untuk mengundi bagi membina semula negara ini melalui pendekatan dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sebagai rakyat mereka berhak menjalankan tanggungjawab itu walaupun berada jauh di luar negara sekali gus meleraikan definisi ‘Pengundi tidak hadir’ yang diguna pakai sebelum ini.

Zaid dalam ucapannya di majlis pelancaran Sahabat Pakatan Rakyat (SPR) di Holborn, London, baru-baru ini dipetik sebagai berkata, selama dua dekad Malaysia berada di bawah pimpinan kerajaan UMNO, negara ini kian lemah.

“Perlembagaan hari ini semakin parah akibat penyalahgunaan kuasa serta kepentingan politik yang semakin berleluasa. Kita telah kembali kepada krisis Perlembagaan Malaysia 1988 di mana keberkesanan undang-undang negara ini semakin tipis dan telah dikurangkan.

“Sebuah negara yang bersandarkan kepada perlembagaan kini menuju ke arah negara yang gagal. Ini bukan dilema Melayu, Cina, India, Iban, kadazan atau Senai, tapi ini adalah dilema kebangsaan,” katanya.

Sekiranya rakyat menyokong PR katanya, parti itu berjanji akan membawa perpaduan yang sebenar kepada Malaysia dengan membasmi rasuah, memulihkan pentadbiran dan memupuk kembali semangat berperlembagaan.

Monday, July 5, 2010

Pengakuan Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memerlukan kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannnya sendiri dalam menjalankan tugas kerana perkara tersebut bukanlah bidang kepakarannya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, badan-badan kerajaan lain seperti Jabatan Peguam Negara dan pihak polis sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan suruhanjaya itu.

"Kalau semua kita jaga berkuasa sungguhlah kita. Dalam badan kita ini pun, anggota (tubuh) bukan untuk buat semua benda. Hidung untuk tarik nafas, telinga untuk mendengar.

"Kalaulah ditakdirkan satu sahaja (anggota), hidung saja, itu (untuk) dengar, itu makan, alangkah mudah.

"Allah taala jadikan begitu sebab dalam dunia ini kita tidak boleh jadi Superman, semua kita kena buat," kata Abdul Aziz sambil ketawa kecil.

Beliau diminta mengulas sama ada suruhanjaya yang dipimpinnya mengambil langkah selamat dan 'cuci tangan' kerana tidak ingin meminta kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannya sendiri bagi melancarkan perjalanan sesebuah pilihan raya.

Diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putraja baru-baru ini, Abdul Aziz memberikan analogi mudah bahawa bagi menjamin kerja yang berkesan, pengkhususan amat penting diamalkan.

"Doktor kena jadi doktor. Peguam kena jadi peguam. Kalau tidak, doktor pun dia, peguam pun dia, jurutera pun dia.Itu sebabnya dalam jabatan pun kita ada bahagian-bahagian.

Ulas kontroversi 'you help me, I help you'
"Itu sebabnya dalam kerajaan pun ada eksekutif, ada yang perundangan, dia bahagi-bahagi (peranan). Sama juga yang ini, SPR kena mahir dalam pilihan raya.

"Tentang pendakwaan, tak perlulah buat pandai-pandai. Ada orang lain lebih pandai. Pergi minta tolong dia," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang 'pembelian undi' dalam pilihan raya melalui pengumuman 'projek segera' dan bantuan tertentu kepada pemilih, Abdul Aziz berkata perkara tersebut sukar dibuktikan walaupun dibawa ke muka pengadilan.

Menyentuh kontroversi janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini - yang didakwa pembangkang sebagai rasuah, Abdul Aziz menjawab:

"Bila beliau (Najib) berkata 'you help me, I help you' (kamu tolong saya, saya tolong kamu) beliau tidak bercakap kepada individu tertentu. Beliau bercakap kepada kumpulan yang besar...

"Untuk mengatakannya salah, ia mesti dibuktikan di mahkamah. Ia mesti dibuktikan bahawa ia mempengaruhi pemilih dan mereka memilih calon tertentu disebabkan perkara ini. Tetapi bagaimana untuk buktikan perkara ini? Undi adalah rahsia.

"Saya bukan peguam, jadi kita biarkan mahkamah tentukannya." jelasnya.

Menurut Abdul Aziz lagi, seperti lumrahnya amalan dalam politik, parti lain seperti PAS juga berlaku perkara yang hampir sama apabila dikatakan mengundi parti berkenaan dijanjikan balasan syurga di akhirat kelak.

Sunday, July 4, 2010

Agenda jahat UmNo & SPR

Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

“Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.

“Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.

SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.

Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

Bila tiada kuasa

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka.

"Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.

Friday, July 2, 2010

Sikap anak muda kita terhadap Kempen Daftar Pemilih

Pelbagai reaksi diperolehi apabila beberapa orang belia disoal tentang kepentingan mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka mengundi semasa pilihan raya.

Ada yang memberi reaksi positif malah tidak kurang yang bersifat negatif dengan mengaitkannya dengan suasana politik semasa yang menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendaftar dan seterusnya mengundi.

"Saya tidak berminat untuk mendaftar kerana tiada pendedahan tentang calon (pilihan raya) yang akan bertanding. Saya juga kurang arif tentang apa yang mereka janjikan kepada rakyat jika mereka terpilih," kata seorang pekerja kilang Adnan Mat Johari, 22.

Nada yang serupa diluahkan oleh seorang penganggur Daniel T. Puaneswaran, 25.

"Selagi manifesto yang dibentangkan parti-parti semasa berkempen tidak dilaksanakan sepenuhnya, saya enggan mendaftar sebagai pengundi.

"Bakal pemimpin seharusnya memikirkan kepentingan rakyat dan berhenti bertelagah sesama sendiri," katanya.

Seorang jurugambar bebas, Haslinda Ahmad Ramli, 29, pula berpendapat semua parti politik harus berkongsi idea untuk kebaikan rakyat.

"Setiap parti mempunyai fokus yang berlainan. Tetapi keadaan akan bertambah baik jika mereka menghormati idea masing-masing dan bukannya menuding jari sesama sendiri apabila berlaku ketidaksefahaman," katanya yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Lain pula dengan Lillian Ng, 28, seorang peniaga yang berkata beliau tidak mendaftar kerana tidak tahu di mana boleh berbuat demikian.

"Saya langsung tidak tahu di mana saya boleh pergi mendaftar. Tetapi saya bercadang mendaftar sedikit masa lagi apabila dapat maklumat dalam laman web SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengenai tempat untuk mendaftar," katanya yang tidak arif bahawa beliau juga boleh mendaftar di Pejabat Pos dan secara online.

Namun dengan nada positif, Nora Aimi Sulaiman, 24, pelajar jurusan perniagaan di institusi pengajian tinggi swasta berkata, beliau bercadang untuk mendaftar dalam masa terdekat kerana berpendapat setiap undi merupakan suara rakyat.

"Rakyat suarakan hajat mereka dengan membuang undi semasa pilihan raya. Setiap undi penting dan diambil kira supaya calon yang terpilih dapat memperjuangkan nasib rakyat," katanya... Bernama

Thursday, July 1, 2010

Terkini 8.00pm, dari SPRM Putrajaya

Tepat jam 7.30 petang tadi, menjelang solat maghrib ADUN Sri Muda Shuhaimi telah selesai di soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Untuk maklumat semua, kedua-dua YB Shuhaimi dan YB Ameruddin Shaari dipanggil sebagai saksi dan bukan suspek dalam kes belum diketahui lagi

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts