Tuesday, July 6, 2010

Hak mengundi adalah hak rakyat

Rakyat Malaysia di luar negara digesa menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan hak mereka untuk mengundi bagi membina semula negara ini melalui pendekatan dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sebagai rakyat mereka berhak menjalankan tanggungjawab itu walaupun berada jauh di luar negara sekali gus meleraikan definisi ‘Pengundi tidak hadir’ yang diguna pakai sebelum ini.

Zaid dalam ucapannya di majlis pelancaran Sahabat Pakatan Rakyat (SPR) di Holborn, London, baru-baru ini dipetik sebagai berkata, selama dua dekad Malaysia berada di bawah pimpinan kerajaan UMNO, negara ini kian lemah.

“Perlembagaan hari ini semakin parah akibat penyalahgunaan kuasa serta kepentingan politik yang semakin berleluasa. Kita telah kembali kepada krisis Perlembagaan Malaysia 1988 di mana keberkesanan undang-undang negara ini semakin tipis dan telah dikurangkan.

“Sebuah negara yang bersandarkan kepada perlembagaan kini menuju ke arah negara yang gagal. Ini bukan dilema Melayu, Cina, India, Iban, kadazan atau Senai, tapi ini adalah dilema kebangsaan,” katanya.

Sekiranya rakyat menyokong PR katanya, parti itu berjanji akan membawa perpaduan yang sebenar kepada Malaysia dengan membasmi rasuah, memulihkan pentadbiran dan memupuk kembali semangat berperlembagaan.

1 comment:

  1. SPR telah gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai badan yang sepatutnya kelihatan telus dan adil. Persepsi rakyat goyah, setiap kali berbicara tentang peranan dan hala tuju SPR sebagai badan bebas mengawal selia segala urusan berkaitan pilihan raya di negara ini.

    Sebagai misalannya, tanggungjawab memastikan mereka yang layak mengundi dipandang remeh. Rakyat yang digesa mendaftarkan diri, sedang mekanisme terbaik adalah dengan mendaftarkan pemilih secara automatik.

    Contoh lain ialah sehingga kini tiada pengumuman dalam media atau notis pemberitahuan rasmi tentang senarai pemilih mengikut zon atau sempadan kawasan pilihanraya yang dikatakan terbabit dalam pindaan terbaru. Apabila berlaku pilihanraya kecil mengejut nanti, barulah dikatakan ada pembetulan sempadan kawasan pilihanraya dan ada pula semakan senarai pemilih berlaku. Contohnya seperti di Hulu Selangor, baru -baru ini.

    SPR mesti bebas dari kelihatan condong kepada kerajaan terutama apabila membuat sesuatu kenyataan atau pengumuman. Sebagai badan bebas, SPR tidak boleh tidak harus kelihatan tidak berpihak selain wajar kelihatan bersih, adil dan telus.

    SPR akan hanya berjaya memiliki identiti sendiri apabila rakyat semakin kurang mempertikai atau melempar kritik. Jadilah entiti yang tidak goyah di mata, tidak goyang di hati rakyat!

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts