Wednesday, July 28, 2010

Catatan Pengunjung

Respon pengunjung blog ini Singalautmetro berkaitan Respon Pengarah JPP kajian "makmal pemuda BN" wajar diberikan perhatian oleh penggerak parti bermula dari peringkat yang paling tinggi iaitu peringkat pusat, negeri, kawasan hinggalah keperingkat paling bawah iaitu cawangan.

Tanggungjawab mendekati dan manarik golongan muda ini yang dilihat tidak memperdulikan parti mesti di Juarai oleh Dewan Pemuda PAS sendiri. Ketua Pemuda (KP) mesti menangani perkara ini secara berhemah dan bijaksana supaya undi mereka tidak lari kepada musuh.

Kerja-kerja ini sepatutnya menjadi fokus kepada beliau dan bukannya menyediakan pelan damai dengan UmNo mengikut presepsi sendiri. Penulisan beliau itu sendiri meletakkan PAS macam UmNo. Cakap-cakap belakang tabir mengenai corak kepimpinan dan hala tuju Pemuda yang semakin keliru menjadi semakin ketara kini. KP harus melakukan sesuatu yang berkualiti yang boleh diterima oleh semua pimpinan dan ahli dan bukannya melakukan sesuatu yang syok sendiri sahaja dan dicemuh ramai.

Baru sahaja balik minum-minum bercerita hal undi atas pagar ini. Benar, angka yang diberikan mungkin betul. Cuma satu sahaja yang harus diberi perhatian. Persepsi terhadap golongan atas pagar ini sebenarnya harus diubah.

Golongan atas pagar kalau dulu dikatogerikan oleh sesetengah pihak sebagai tidak berprinsip. Tanggapan ini dibuat hanya kerana melihat golongan berkenaan tidak menunjukkan sikap berpihak pada zahirnya. Maka adalah juga pandangan yang mengatakan golongan ini sukar dibaca. Sebenarnya ini kurang tepat.

Ini kerana saya melihat golongan atas pagar adalah golongan yang lebih baik daripada sesetengah golongan yang secara jelas menunjukkan sikap berpihak. Rasionalnya ialah, sebahagian daripada golongan atas pagar adalah generasi muda yang berpelajaran. Sebenarnya mereka berada di atas pagar sambil membiarkan akal mereka melihat dan membuat pilihan.

Sebenarnya mereka ini akan menyokong pihak yang memiliki prinsip perjuangan dilihat mampu melindungi kepentingan mereka (golongan muda). Maka ketika ini, iaitu ketika golongan atas pagar itu sedang memerhatikan kita, harus kita tunjukkan kesungguhan kita terutama dalam cara membela nasib dan masa depan mereka. Mereka juga ada akal untuk membuat keputusan. Kalau PR mampu menunjukkan kesungguhan dalam perjuangan membela nasib mereka, mereka akan membantu dan menyokong PR. Jangan dikhuatiri, kecuali kita tidak mampu menunjukkan komitmen dalam perjuangan. Maka ketika itu mereka akan lari dan menyerahkan sokongan kepada pihak lawan.

Selagi kita sanggup menumpahkan keringat dan sanggup bersama ketika mereka susah dan kecewa, InsyaAllah golongan atas pagar ini akan tetap menyokong.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts