Wednesday, July 28, 2010

Pelombong Haram Pencen

Semua cerita atau kisah benar mengenai perlombongan pasir haram di Selangor ada dalam kocek Menteri Besar yang di bersarakan awal setelah inquary yang dijalankan oleh Hakim Mahkamah Rakyat negeri Selangor pada 8 Mac 2008 mendapati terlalu banyak penyelewengan dan kerakusan bekas MB ini didalam mentadbir negeri selangor pada ketika itu.

Keputusan muktamad 28 ~ 20 menyebabkan MB tersebut hilang kuasa dan kini mabuk sakan hendakkan kuasa semula. Untuk mendapatkan kuasa tersebut beliau terpaksa pula bersaing dengan seorang lagi orang mabuk kuasa iaitu Mr NO (Noh Omar).

Sebagai bekas Pelombong Haram dizaman nya, beliau mencari-cari semula bekas-bekas lombong yang dikoreknya secara rakus pada ketika itu tetapi mendatangkan pendapatan yang paling sedikit yang diperolehi oleh kerajaan nya pada ketika itu.

Sebagai seorang yang didapati mempunyai reputasi buruk dan ditolak rakyat MB yang dibersarakan secara paksa ini langsung tidak tahu mengira. Mungkin carta ini boleh membantunya atau dia akan menjadi semakin bingung melihat angka-angka ini.

1 comment:

  1. Ramai akan tabik pada keupayaan kita menguruskan kewangan atau ekonomi Selangor. Cuma jangan terleka. Rakyat mengharapkan sebuah kerajaan yang berupaya memberi cahaya semula kepada kecemerlangan yang dinanti-nanti. Bukan kerajaan seperti BN yang sebegitu lama memegang lampu pelita kehabisan minyak. Akhirnya menghantar rakyat ke dalam gaung.

    Tentang pasir diberitahu juga oleh Orang Asli yang gemar menangkap biawak, ular dan katak Menarik ceritanya. Ketiga-tiga binatang itu dikatakan mempunyai lidah yang hampir sama di hujungnya, iaitu BERCABANG. Dan kata seorang tok batin, dia selalu menemui butir-butir PASIR dalam perut ketiga-tiga haiwan itu, dipercayai berfungsi membantu proses penghadaman. Mendengar cerita itu, saya risau juga kerana kalau-kalau ada manusia di Selangor ini asyik bercerita pasir, akan termakan pasir dan akhirnya tumbuh lidah bercabang-cabang. Jaga-jaga Khir. salam.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts