Thursday, February 3, 2011

ADUN Sri Muda

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Isnin depan.

Pagi tadi, beliau telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Shuhaimi tiba kira-kira 11.10 pagi, ditemani peguam Lateefa Koya, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Sri Andalas Xavier Jayakumar.

Menurut Shuhaimi, beliau dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis dengan seorang penjamin.

“Pihak polis menghubungi saya petang semalam untuk hadir ke balai. Saya dipanggil untuk ditangkap namun dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis,” katanya yang ditemui media di luar perkarangan balai polis.

Lateefa menjelaskan pertuduhan masih belum jelas namun pihaknya diberitahu bahawa wakil rakyat itu akan didakwa dibawah Sesyen 4 (1) C.

“Kami diberitahu beliau (Shuhami) dituduh dibawah Seksyen 4(1)C. Kita kata pertuduhan ‘oppresive’ iaitu tiada objektif dan subjektif.

“Jika fikir punya ciri menghasut itu cukup untuk membawa pertuduhan di bawah Akta Hasutan,” jelas Lateefa.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts