Tuesday, February 8, 2011

Konvensyen Pelancaran Sukarelewan Pendidikan Rakyat


Pelancaran dan Konvensyen KAWAN 2011

Tarikh:  12 Februari 2011

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Kajang, MPKj.

Tema: Agama itu adalah Nasihat

Apa itu KAWAN??

SUKALERAWAN PENDIDIKAN RAKYAT( KAWAN) merupakan NGO yang telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu. Penubuhan KAWAN merupakan satu anjakan dan transformasi  tarbiyyah dan dakwah  dalam memenuhi tanggungjawab gerak kerja Dakwah Islamiyah yang lebih luas.

KAWAN tampil sebagai satu pembaharuan dalam bidang pendidikan komuniti dan rakyat yang lebih terang dan terurus berpaksikan motto:
           
Agama adalah Nasihat
     
Berdasarkan motto tersebut digagaskan strategi ,pendekatan dan program ditajdidkan sesuai dengan keperluan mad’u. Pendekatan ini diharapkan  agar dapat merealisasikan tanggungjawab Amar Ma’aruf Nahi Mungkar dengan lebih berkesan .

            Jesteru penubuhan KAWAN dapat menjadi saluran alternatif kepada masyarakat dalam menyempurnakan kewajipan Amar Ma’aruf Nahi Mungkar.

Apa objektif KAWAN??

1.            Memperkenalkan konsep, tasawwur dan matlamat penubuhan KAWAN  sebagai satu tuntutan dalam Jemaah Islam.
2.           Memahami dan menghayati tanzim pengurusan dan pentabiran KAWAN diperingkat Pusat, Negeri, Kawasan, sehingga ke peringkat cawangan agar dapat berperanan  dengan lebih cekap dan berkesan.
3.          Memahami dan menghayati mekanisme operasi KAWAN disemua peringkat mengikut modus operandi yang terkini.
4.          MelancarkanSkuad KAWAN diperingkat Nasional sebagai penanda aras kesediaan dan komitmen kebolehupayaan petugas serta pendokong gerak kerja Dakwah Islamiyah dalam merealisasikan transformasi tarbiyyah dan dakwah.

p/s : Mohon disebarkan ke segenap lapisan Masyarakat. Semoga usaha kita dihitung sebagai amalan kelak..

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts