Saturday, February 26, 2011

Peluang PAS untuk menang

PAS tetap menaruh harapan untuk melakukan 'kejutan' dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak mustahil calon PAS menang kerana generasi muda, termasuk di Felda semakin bermaklumat dan sedar.

Bagaimanapun katanya ia bukannya kerja mudah kerana BN
menggunakan segala media dan jentera kerajaan untuk mempertahankan kerusi tersebut.

PAS mempertaruhkan harapannya kepada calonnya, Hassanuddin Salim yang juga merupakan calon parati itu dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanuddin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Pada 6 Mac ini, Hassanuddin akan berdepan dengan calon BN,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44. Syed Ibrahim adalah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau dan merupakan pegawai khas kepada menteri besar Pahang.

Ketika ditemui pemberita semasa proses penamaan calon di Kerdau, Abdul Hadi memberi jaminan bahawa PAS tidak menyerang peribadi calon bn BN dan isu ijazah calon BN didakwa mungkin ditimbulkan Umno sendiri.

Ditanya tentang undi Melayu yang masih memihak pada BN, Abdul Hadi berkata ia bergantung pada maklumat yang diterimanya, bukan faktor bangsa.

Sementara itu, Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.

Beliau mendakwa, BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.

"Media serang saya, BN serang saya, saya fikir mereka dah masuk perangkap," katanya sambil ketawa kecil.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata parti itu memilih Hassanuddin kerana beliau merupakan anak tempatan dan berjaya menurunkan majoriti BN sebelum ini.

Sementara itu, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menjangkakan tidak mustahil tsunami politik akan berlaku lagi di Kerdau.

Katanya, dalam pilihan raya kali ini semua undi adalah penting, tidak kira daripada bangsa apa pun.

"Semua undi penting, bukan Cina sahaja," katanya.

Bagi naib presiden PKR Fuziah Salleh pula berkata pihaknya akan bertungkus lumus membantu calon PAS di DUN itu, terutamanya di tiga kawasan Felda dan sebuah kawasan Felcra.

Sambil memberitahu "peluang (Pakatan) sentiasa ada", ahli parlimen Kuantan itu berkata pihaknya yakin kerana Pakatan telah lama mendekati pengundi Felda melalui biro Felda mereka di peringkat pusat.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts