Pas Selangor mendakwa Umno sedang berusaha mengetengahkan MCA sebagai hero dan tidak menolak kemungkinan bahawa parti itu menjadi dalang di sebalik kenyataan provokasi MCA kebelakangan ini terutama menyentuh tentang hukum hudud.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman mendakwa, sejarah membuktikan bahawa Umno menolak usaha untuk pelaksanaan hudud sejak ia diperkenalkan pada 1993 di Kelantan.
Menurutnya, kenyataan media yang dikeluarkan MCA yang menghasilkan ketegangan seakan didalangi Umno.
“Terkini kenyataan provokasi terhadap Pas dan ajaran Islam.
Walaupun cuba diselindungkan dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada Pas dan bukan Islam, sebaliknya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya pelaksanaan hukum hudud.
“Ia ditokok tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri,” katanya dalam sidang media, semalam.
Beliau berkata, Pas Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak MCA untuk melonjakkan imejnya dalam kalangan masyarakat Tionghua dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur Pas.
“Pandangan MCA dilihat tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, Abd Rani turut mempersoalkan kewajaran isu yang dibangkitkan wakil MCA dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) sedangkan AhliParlimen Barisan Nasional (BN) ramai dalam sidang tersebut.
"Ini menunjukkan MCA cuba ditampilkan sebagai hero dan ia sebagai sandiwara untuk tatapan awam bagi meraih undi khususnya masyarakat Tionghoa,”
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah