Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.
Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.
Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.
"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.
"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.
Kalau pemimpin begini pun PAS masih mempertahankan tanpa ketegasan walaupun masih belum memegang tanpuk pemerintahan negara, apa hal pula nanti jika mereka memerintah bersama PR? Pastinya setiap kesalahan para pemimpin mereka nanti akan disorok di bawah tikar mengkuang sahaja, tanpa ada ketegasan dari Majlis Syura (walaupun si bantut itu adalah salah seorang ahlinya). Rasulullah pernah bersabda "berkatalah benar walaupun ianya pahit", maksudnya akuilah kesalahan, kerana dengan kredibiliti tersebut akan ada keyakinan dan kepercayaan yang lebih besar dari rakyat terhadap PAS. Beginikah standard PAS setelah sekian lama diuji dan dinilai oleh segenap lapisan rakyat yang amat mempercayai tarbiah mereka ini? Jangan kerana nila yang tak habis-habis menitik, rosak susu sebelanga atau kerana asyik nak menjaga "munafik" yang seekor, habis ahli bawahan lari bergelimpangan....
ReplyDeleteada lagi yg bagi pandangan biar dia reput sendiri lepas pru 13 nanti
DeleteBukannya apa pun, beruk jantan bantut bergigi senget ni sebenarnya dah kenyang makan belanja (sogokan RM) pemimpin-pemimpin UMNO. Di samping itu beliau berdendam kerana kalah dalam pemilihan Tim Presiden dan kecundang juga untuk jadi menteri sekiranya UG menjadi. Itu sahaja, tak perlu nak layan lebih-lebih beruk jantan yang pernah menjadi Tim Presiden PAS ini. Realitinya manusia tetap manusia (boleh disogok), bukannya Malaikat....
ReplyDelete