Saturday, October 20, 2012

Menjawab Auta TV3

Air tidak surut : gambar ini diambil jam 5.30 petang hari jumaat dihadapan rumah ketua kampung johan setia
Saya tidak berkesempatan menonton TV3 semalam namun saya dihubungi tanpa henti oleh pengundi-pengundi di Parlimen saya selepas siaran berita TV3 menyiarkan lapuran keadaan banjir di Kampung Johan Setia.

Mengikut lapuran dari penonton-penonton TV tersebut kononnya Umno Cawangan mengakui bahawa saya dan YB Shuhaimi Shafiee ada turun melawat mangsa banjir tapi tidak berbuat apa-apa untuk mengelakkan banjir tersebut dari berlaku.

Untuk makluman semua Umno Cawangan nampak begitu naif dan bercakap tidak mengikut fakta dan memalukan diri sendiri.

Ini adalah fakta kerja-kerja Tebatan Banjir yang telah YB Shuhaimi dan saya dilakukan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Klang.


1. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Johan Setia @ Kg. Sc. Mukim Klang, Selangor Darul Ehsan (siap Julai 2012) Kos rm350,000

2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Serta Pengukuhan Tebing Dan Ban Parit Tanah Kg. Johan Setia Bermula Ch Di Hadapan Sek. Menengah Johan Setia Utk Mencegah Banjir Di Kwsn Kg. Johan Setia, Daerah Klang, Selangor (Siap September 2012) Kos rm320,000

3. Kerja pengorekan dan pembersihan parit johan setia dari persimpangan Jalan Banting sehingga ke Jalan Kebun. (Siap September 2012) kos rm20,000

4. Kerja pengorekan dan pembersihan parit Jalan Kebun dari SMK Jalan Kebun sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Lombong (Siap September 2012) kos rm20,000

Jumlah keseluruhan adalah rm 710,000. 

5. Disamping itu, susulan dari banjir pada 19 Oktober 2012 JPS Klang sedang dalam pelaksanaan kerja pengorekan parit sepanjang Jalan Pandamar, dan juga sepanjang Jalan Rojian.

Umum mengetahui.keadaan sebenarnya punca banjir adalah paras air laut yg tidak surut atau istilah (air pasang keling). Hujan yang turun menyebabkan air semakin bertakung lalu mengakibatkan banjir.Ianya satufenomena alam, tiada manusia yg mampu mengatasinya. Adalah jelas bukan kerana longkang atau parit yang tersumbat, tidak dikorek atau YB tak buat kerja.

TV3 hanya mencari keuntungan politik sahaja. Saya tidak mengungkit tapi kalau fenomena seperti ini apakah YB Umno boleh buat. 

Apa pun menjadi kebanggaan saya bila saya bersama sukarelawan Jabatan Amal, Briged Amal, Sukarelawan Masjid An Naim Jalan Kebun, Persatuan Penduduk Taman Setia membantu membersihkan rumah-rumah dan semasa lawatan tersebut tidak ada seorang pun yang saya temui menyalahkan sesiapa, sebalik menyatakan apa yang berlaku adalah takdir dari Allah SWT.

Hairan bin ajaib dari pukul 3 pagi Jumaat hingga pukul 1.00 tengahari hari Sabtu saya bersama sukarelawan berada di Kampung Johan Setia tidak kelihatan langsung Ketua Kampung (persekutuan) tersebut, JKKP dan RELA datang membantu .... sebaliknya saya diberitahu ramai anggota RELA sepatutnya membantu mangsa-mangsa banjir dikampung mereka tetapi mereka lebih rela bertugas menjaga lalu lintas dirumah kenduri ... kerana imbuhan yang tak seberapa.


2 comments:

  1. kalau tak faham geography susah nak faham fenomena alam...

    ReplyDelete
  2. Nama pun RELA, mana boleh rela kalau kalau ganjaran hanya bekerja tanpa biaya. Inilah sikap rakyat kita yang hanya mengejar upah ,jika tanpa ganjaran jangan haraplah nak dapat bantuan percuma.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts