Friday, November 30, 2012

Muslimat mahu Najib debat terbuka dengan PAS


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mencadangkan pemimpin tertinggi Umno berdebat secara terbuka dengan pemimpin tertinggi PAS daripada terus menjadikan Perhimpunan Agung umno (PAU) sebagai medan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, ucapan perasmian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ucapan dasar ketua-ketua sayap pemuda dan wanita hinggalah ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi fokus kepada hala tuju parti itu.

Sebaliknya mereka mengambil peluang tersebut untuk memburuk-burukkan Pakatan rakyat semahu-mahunya.

"Ucapan dasar Datuk Seri Najib menjadi ucapan nanar yang sasarannya ialah Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Muslimat mencadangkan Presiden Umno berdebat dengan Presiden PAS, Timbalan Presiden berdebat dengan Timbalan Presiden PAS dan naib-naib presidennya dengan Naib Presiden PAS.

"Tidak guna mereka menggunakan perhimpunan sendiri untuk mengutuk pihak lawan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Aiman lagi, debat tersebut bukan untuk mencari siapa menang dan siapa kalah sebaliknya mahu rakyat menilai sendiri ketokohan semua pimpinan kedua-dua parti.

"Kita bukan mahu mencari pemenang tapi kita mahu debat yang harmoni, penuh fakta, menunjukkan intelektual pemimpin supaya rakyat dapat menilai sendiri.

"Sebaik-baiknya debat ini diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum rakyat memilih pemimpin yang dirasakan layak," katanya.

Beliau juga yakin wanita dan generasi muda mahu melihat pemimpin yang lebih matang dan mempunyai matlamat yang jelas daripada pemimpin yang hanya tahu memburuk-burukkan pihak lewan di medan sendiri.

"Muslimat juga mewakili generasi muda mahu melihat politik yang lebih matang dengan gagasan pemikiran yang dibawa, bukan politik kutuk-mengutuk kerana zaman politik begitu sudah berakhir," katanya.

Saturday, November 24, 2012

Himpunan Hijau semakin meriah

Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 hari ini memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke KualaLumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas.

Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain - Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum.

Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun bertemu mereka di dataran.

"Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang kelihatan penat tetapi masih bertenaga.

Wednesday, November 21, 2012

Dewan Kecoh

Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan pagi tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba bangun meminta penjelasan menteri walaupun tidak diberikan peluang bertanya.

"Kenapa menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.

"Saya pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut," jelas beliau walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.

Sebelum itu, pada awal sesi penggulungan telah timbul kekecohan apabila menteri mengatakan akan menjawab isu berkaitan AES pada akhir penggulungan.

Mahfuz ketika itu mengatakan tindakan tersebut adalah alasan menteri untuk tidak menjawab pertanyaan AES.Mahfuz yang meneruskan pertanyaan meminta kerajaan memberitahu apakah bukti kukuh yang mengatakan pemasangan kamera dapat mengurangkan kadar kemalangan.

"Ada perkara yang tidak betul dalam pelaksanaan projek ini, dan saya pasti ia bukannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar kemalangan.

"Tetapi ia adalah sebenarnya untuk kayakan kroni dengan cara merompak duit dari rakyat," kata Mahfuz sambil ditentang oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan AES boleh dilantik untuk melaksanakan projek tersebut.

Kong Cho Ha dalam jawapan ringkasnya menyatakan apa yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Pakatan adalah dengan niat untuk memutar belitkan fakta.

Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memberitahu menteri sepatutnya menjawab persoalan yang dibangkit bukannya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Penggulungan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan bersambung pada jam 2.30 petang.

Mahfuz dan Kong Cho Ha terus menjadi tumpuan apabila kedua-dua mereka terus menimbulkan isu di dalam dewan dan di lobi parlimen.

Monday, November 19, 2012

PERJUMPAAN DIANTARA AHLI-AHLI PARLIMEN DENGAN SPR



KENYATAAN MEDIA
PERJUMPAAN DIANTARA AHLI-AHLI PARLIMEN DENGAN SPR
19hb November 2012

Disediakan oleh: 
Sekretariat Pakatan Rakyat 
Khusus Berkenaan Kajian Data Daftar Pemilih yang di bekalkan SPR

SUMMARY – JENIS ADUAN
Kajian dilaksanakan keatas (Daftar Pemilih Induk) DPI 2010, DPI SK2 2012 dan kesemua RDPT (Rang Daftar Pemilih Tambahan) diantara tarikh tersebut
Didapati beberapa kejanggalan yang tidak seharusnya berlaku, boleh menjurus kepada manipulasi data didalam daftar pemilih.

1. Sejumlah 7958 pemilih baru didapati tiba-tiba muncul didalam DPI SK2 2012 semenjak daripada DPI2010 tanpa di pamerkan didalam mana-mana RDPT diantara tempoh tersebut. Ada sejumlah yang agak besar di sesetengah kawasan Parlimen yang boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

2. Nama pemilih yang sudah di potong di masukkan semula kedalam DPI (Daftar Pemilih Induk). Kategori adalah seperti berikut;

a. Warganegara hilang kerakyatan di daftarkan semula setelah di pamer POTONG nama mereka dari Daftar Pemilih

b. Polis/Tentera yang sudah dipotong nama sebab pencen, didaftarkan semula dan nama mereka dimasukkan semula sebagai pemilih didalam Daftar Pemilih Induk SK2 2012

c. Nama Pemilih yang sudah di pamer potong diatas sebab kematian di daftarkan semula sebagai pemilih (contoh Ja’afar Bin Tahir)

3. Nama Pemilih yang dipamerkan sebagai awam diragui, dipotong nama mereka dalam daftar pemilih, tiada bantahan. Akan tetapi dimasukkan semula ke dalam DPI SK2 2012. Sejumlah 40,786 nama pemilih awam di ragui yang rekod dalam JPN tidak aktif dan diragui terlibat. Kebanyakan mereka berumur diantara 90-100 tahun. (contoh di sediakan)

4. Sejumlah 2709 pmilih di pindahkan keluar dari DUN/Parlimen kawasan mereka mengundi tanpa mereka menukar alamat dan tanpa mereka memohon untuk ditukarkan. SPR mungkin akan menggunakan alasan pembetulan lokaliti seperti alas an yang terdahulu (diantara 2008-2010 seramai 31,274 pemilih terlibat). Akan tetapi kajian Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ada sejumlah pemilih, kedudukan mereka sudah betul lokaliti tempat mengundi di lapangan akan tetapi di tukar kepada lokaliti yang tidak betul. (Contoh P083 Kuantan dibekalkan)

5. Pemilih dari kalangan satu keluarga tinggal didalam satu rumah dan satu alamat akan tetapi mengundi di DUN dan Parlimen yang berbeza (contoh P083 Kuantan di bekalkan)

Melihat kepada kejanggalan diatas,serta juga segala kejanggalan yang telah didedahkan sebelum ini adalah didapati bahawa SPR tiada kemampuan untuk memastikan bahawa Daftar Pemilih Induk yang di bekalkan oleh SPR adalah bersih dan bebas dari manipulasi. Menjurus juga kepada hilangnya integriti SPR sebagai agen pengurus pilihanraya. Seluruh Jawatankuasa SPR wajib bertanggungjawab diatas perkara ini dan Letak Jawatan serta merta.
 

Saturday, November 17, 2012

Kami tentera perjuangan Islam : DHPP

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan diri mereka sebagai "tentera perjuangan Islam" dan secara sukarela bersama-sama dalam perjuangan PAS.

Perwakilan DHPP, K.Deepakaran berkata, ahli DHPP sudah faham perjuangan PAS dan tiada sesiapa yang memaksa mereka menyertai parti itu.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.

"Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Putik hari ini.

Pengarah Jentera Pilihanraya DHPP itu juga berkata, usaha sesetengah pihak menakut-nakutkan DHPP terhadap PAS dan Islam menemui kegagalan apabila semakin ramai orang bukan Islam menganggotai DHPP dan bersama-sama dalam PAS.

"Objektf DHPP adalah merapatkan hubungan antara kaum. Pandangan orang bukan Islam, kalau kai sertai DHPP, kene peluk Islam, kena potong itu, macam-macam lagi.

"Apa yang ditakutkan lagi, kalau sokong PAS lama kelamaan tiada tempat ibadat untuk Hindu dan Buddha tapi pimpinan PAS boleh mengadakan perbincangan dengan pimpinan agama lain.

"Kami sudah faham kerana DHPP sudah ditarbiyah. Dulu kami tak faham, tapi sekarang kami faham setelah ditarbiyyah.

Tak ada paksaaan dari parti PAS," katanya disambut laungan takbir sidang muktamar.

Beliau juga berharap tiada ahli PAS yang menganggap DDPP sebagai ancaman kepada parti itu sebaliknya bersama-sama berganding bahu menguatkan parti itu.

"Kita adalah aset untuk PAS. kita datang nak membantu, jangan sesekali anggap DHPP sebagai ancaman kepada PAS.

"Kalau dahulu memang PAS untuk orang ISlam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua jadi kami juga ingin sama-sama berjuang dalam PAS," katanya.

Sementara itu, beliau meminta PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ketiadaan mykad di kalangan India dan Cina yang gagal diselesaikan kerajaan BN.

"Kira-kira 3,000 orang India termasuk Cina yang belum ada kad pengenalan. Jadi kami minta perkara pertama yang perlu diselesaikan selepas Pakatan Rakyat ke Putrajaya adalah soal kad pengenalan," katanya.

Friday, November 16, 2012

PAS sudah sedia ambil alih Putrajaya bersama Pakatan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertegaskan bahawa parti sudah bersedia untuk memerintah negara bersama rakan gabungan Pakatan Rakyat bagi memikul dan melaksanakan amanah berdasarkan resolusi permuafakatan gabungan itu.

"Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak  memaksa dalam perbezaan.

"Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi ini menuntut kita terus bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara," katanya.

Pada masa yang sama, Abdul Hadi turut menyeru setiap ahli PAS yang berada dalam lingkungan pentadbiran dan pemerintahan  kerajaan, perlu memahami  fiqh aulawiyat (fikah keutamaan),  maqasid syariah, serta  bertegas dalam perkara dasar selari dengan Perlembagaan PAS.

"Tahaluf Siyasi ini juga tidak seharusnya mengaburkan kefahaman   ahli PAS terhadap konsep Fiqh at-Taat terhadap parti kita sendiri," katanya dalam ucaptama Muktamar PAS ke58 di Kota Bharu pagi ini.Abdul Hadi menegaskan bahawa parti itu "percaya dan yakin bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dengan lancar dan aman sekiranya rakyat memberikan amanahnya kepada Pakatan Rakyat.  

"Kepada rakyat keseluruhannya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik. Maka  sekiranya kita gagal melaksanakan amanah  itu,  rakyat  bolehlah menghukum kami dalam pilihanraya yang seterusnya," katanya.

Abdul Hadi berkata PAS memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat, tidak akan dizalimi atau dibalas dendam kerana mereka yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat.

"Hubungan yang baik dengan institusi Raja berpelembagaan akan dipertahankan, sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan," katanya.

Menurutnya, sekiranya gabungan itu diberikan amanah, maka parti itu akan mengusulkan  supaya dimansuhan akta yang dianggap zalim, mengembalikan kewibawaan institusi penting dalam negara, antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR), instituti pendakwaan dan kehakiman, Parlimen Malaysia, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.   

"Perjalanan  pilihanraya  yang  lebih  adil  dan bebas  akan terus diperjuangkan oleh PAS, walaupun setelah  kita sampai ke Putrajaya nanti kerana inilah ciri sebuah negara demokrasi yang sihat," katanya.

Muktamar bermula

Muktamar PAS ke 58 iaitu yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 bakal bermula pagi ini dengan kira-kira 1,000 perwakilan dan beribu-ribu pemerhati akan memenuhi Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan Ucapan Dasar yang bakal menentukan halatuju PAS dan seterusnya merasmikan muktamar kali ini.

Muktamar ini diadakan selepas ketiga-tiga sayap PAS iaitu Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda selesai mengadakan muktamar masing-masing.

Kira-kira 700 perwakilan yang menyertai muktamar bagi setiap dewan telah menyesaikan agenda masing-masing malam tadi dan petang semalam.

Muktamar Dewan Ulamak menjadi tumpuan media selepas menampakkan keghairahan mereka berbanding sebelum ini apabila perbahasan yang sangat hidup berlangsung.

Penegasan demi penegasan yang dibuat pemimpin dan perwakilan Dewan Ulamak menampakkan kesediaan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang bersama rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat pula mendapat pujian dari Presiden PAS, TG Abdul Hadi apabila beliau sangat bangga dengan pencapaian mereka. Ekoran itu, TG Abdul Hadi memberikan harapan lebih ramai calon muslimat akan dicalonkan kali ini.

Dewan Pemuda juga memberikan sesuatu yang membanggakan. Namun, ia sedikit ralat apabila muktamar ini merekodkan serangan dengan menumpulkan senjata sendiri apabila meluluskan usul mempertikaikan organ PAS iaitu Harakah menjelang pilihan raya ini.

Pada hal ia boleh dilakukan melalui mekanisme dalaman PAS bukan melalui muktamar terbuka.

Muktamar penuh PAS ini akan berjalan selama tiga hari mulai pagi ini sehinggalah Ahad, 18 November.

Ia akan menentukan halatuju PAS selepas ini. Jika tumpuan perbincangan diberikan kepada persiapan hadapi pilihan raya, PAS akan bersedia sepenuhnya hadapi PRU -13 nanti.

Namun jika perwakilan saling menyerang sesama sendiri, ini bermakna mereka lebih mempersiapkan diri untuk menghadapi muktamar PAS tahun depan yang bakal mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya.Malam ini akan berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu yang bakal menghimpunkan semua pimpinan utama dan penyokong PAS, PKR dan DAP.

Ia perhimpunan siri kedua selepas himpunan berlangsung dengan jayanya di Senawang, Seremban Negeri Sembilan sebelum ini.


Hudud sudah ada kata sepakat

Di sebalik kecaman yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hudud di negara ini,  Pas mendapat kata sepakat dari Pakatan Rakyat (PR) untuk melaksanakan syariat Islam itu sekiranya mendapat keyakinan rakyat.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bagaimanapun berkata, pelaksanaan hukuman itu perlu dibuat  mengikut perlembagaan negara ini.

“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.

"Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tidak setuju, contohnya ada undang-undang jalan raya, orang pun tidak setuju, kerajaan laksana juga,” katanya selepas Merasmikan  Muktamar Dewan Ulama Pas di sini, semalam.

“Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP).

Sebelum PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.

“Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamad  dalam ucaptama mewakili Harun menasihatkan ulama  berpegang kepada konsep  “Tahaluf Siyasi”  atau kesepakatan dengan PKR dan DAP.Bagi tujuan itu beliau berkata, ahli Pas diarahkan mengundi calon-calon pilihan raya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.

Thursday, November 15, 2012

Pemuda perlu UBAH


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana dilihat mengambil pendekatan defensif berhubung gaji atau elaun yang diberikan kepada guru-guru Pasti.

Perwakilan Johor Rosnani Jusoh (gambar) berkata, 99.9 peratus tenaga pendidik Pasti adalah muslimat.

Namun, beliau mempersoalkan apakah kebajikan yang diperjuangkan oleh Pemuda PAS terhadap guru-guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat.

"Kita selalu ke Pasti, sebahagian besar kita adalah Pasti, kita mendidik tanpa prejudis.

"Adakah imbuhan minima yang diterima guru-guru Pasti selaras dengan gaji minima yang diperjuangkan Pakatan Rakyat!," tegasnya yang diikuti sokongan para perwakilan.

Difahamkan hampir keseluruhan perwakilan Muslimat yang hadir dalam dewan KTC ini adalah warga pendidik.

Rosnani juga melahirkan keluhan walaupun sudah 25 tahun berada di dalam Pasti namun tidak wujud usaha hatta membuat caruman kepada guru-guru Pasti. 

"Adakah perancangan serius ke arah itu? Apakah benefit yang diberi? Bertahun-tahun di Pasti dan apakah dan berapakah caruman yang dirancang mereka dengan serius?" soalnya.

Justeru, beliau meminta Pemuda PAS khususnya bersedia bersaing dengan sihat memandangkan tadika Islam yang kini tumbuh bangaikan cendawan.

"Kini banyak tadika Islam tumbuh, jika kita tidak bersedia kita akan dikeluarkan atau tidak disenaraikan dalam senarai kegemaran masyarakat, kita perlu terbuka dan berlapang dada," katanya.

Sementara itu, dalam sesi penggulungan Exco Lajnah Pendidikan DMPP Dr Halimah Ali turut menggesa agar Dewan Pemuda berbuat sesuatu ekoran keluahan dan rintihan yang diutarakan oleh Muslimat ini.

"Muslimat PAS Pusat akan duduk bersama pemuda dan Ajk PAS Pusat untuk membincangkan luahan rasa Muslimat kita yang rata-rata menjadi guru Pasti," katanya diikuti tepukan para perwakilan.

Pengerusi Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan DMPP Dr Najihatussalehah Ahmad menggesa Dewan Pemuda PAS membuat solusi dengan segara dan meneliti semula permasalagan guru Pasti yang diluahkan pada hari ini.

"Berapa kali guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat dijemput sebagai pemerhati dalam Muktamar Pemuda? Di mana perjuangan untuk guru Pasti?," soalnya yang diikuti laungan tidak oleh perwakilan. 

Pertahan ijtihad tahaluf siyasi

KOTA BHARU: Para ulamak di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Haron Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.

"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.

Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan al-Hadis.

Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.

"Sekiranya berlaku sebarang pelanggran kepada syarat-syarat tersebut, Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan Ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini. 

Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfudz Mohamad.

Dalam ucapan itu juga, Ustaz Haron turut memberitahu, ulamak PAS perlu menggunakan media baru dalam menyampaikan mesej dakwah mereka.

"Tidak cukup hanya dalam kuliah di surau dan masjid serta ceramah, bahkan perlu disiarkan dalam media massa. Youtube, blog, website dan media alternatif lain perlu digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan tersebut," katanya.

Ulamak perlu memanfaatkan media ini bagi membentuk minda rakyat dan cara pemikirannya agar benar-benar menguntungkan Islam di samping mempunyai semangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, tambahnya.

Sementelahan lagi isu berkaitan ijtihad siyasi dan tarbawi biasanya dialpakan oleh banyak pihak.

Ulamak Haraki berperanan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

Jihad Ulamak Haraki, katanya,  tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan.

"Marilah kita mengisi ruangan yang terbuka luas sebagai medium dakwah moden untuk menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat," jelas beliau.

Wednesday, November 14, 2012

Jadikan wanita DHPP entiti penting


Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menjadikan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) khususnya wanita DHPP sebagai sebuah entiti penting untuk menunjukkan keadilan Islam kepada golongan Non Muslim di Malaysia.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Muslimat yakin PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk gelombang perubahan dan kemakmuran yang telah ditawarkan oleh Islam sejak sekian lama bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni bagi mendapat rahmat dari Allah swt.

Berucap dalam Muktamar Muslimat Kali ke-52, Zailah berkata, PAS yang kini bersama rakan dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia bagi menggantikan UMNO Barisan Nasional yang masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut perjuangannya sama ada dalam bidang sosial, politik, pemerintahan, ekonomi dan sebagainya.

Tegasnya, PAS dilihat sebagai Parti yang terbaik untuk menggantikan UMNO yang hampir 53 tahun memerintah negara, namun sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan kepada orang Melayu dan bukan Melayu dalam agenda perjuangan mereka. 

"Kita percaya akan ada wakil DHPP yang dipilih untuk bertanding pada PRU 13 sebagaimana dalam PRU ke-12. Ini menunjukkan penghargaan kepada orang bukan Islam yang telah menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi kepada PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh rakyat di Malaysia.

"Hal ini kerana orang bukan Islam kini jelas bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah satu perjuangan yang mulia, bersih, adil lagi berakhlak," katanya di hadapan 624 perwakilan dari seluruh negara.

Tambahnya, komitmen PAS untuk menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang tidak pernah padam dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya lagi. 

"Hanya dengan meletakkan prinsip keadilan yang dibawa oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala permasalahan yang timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan," katanya.

Umno menghamba abdikan orang Melayu


http://sakmongkol.blogspot.com/2012/11/55-tahun-umno-hamba-abdikan-orang-melayu.html

Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, UMNO berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera UMNO mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan. Kita tidak pernah dengar UMNO melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan. Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuk gelanggang. Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu.  Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden UMNO- ia membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan UMNO. 

Kita bukan sangat kisahkan UMNO. Kalai ia nak berkubur, kita akan talqinkan. Yang kita kisah ialah apabila UMNO merasakan dirinya mewakili bangsa Melayu. Dua perkara ini kita mesti pisahkan. UMNO itu parti politik, Melayu itu bangsa. UMNO mati, bangsa Melayu tetap ada. Dalam negara ini , ada 18 juta orang Melayu manakala ahli UMNO mengikut penceritaan tukang karut UMNO, ada 3 juta. 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO; mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Mereka hidup tanpa memerlukan UMNO. Lebih ramai orang Melayu diluar yang tidak memerlukan UMNO. 

Rakyat berpusu pusu dan bersusun susun mendengar ceramah parti lawan. Lagi kuat Anwar Ibrahim dinista dan dicaci, rakyat menderu deru hadir dalam ceramah nya. Majlis Najib kalau tidak berangkut dengan bas, tidak dipungut pelajar sekolah, kolej, tidak kutip ahli2 UMNO yang melata diseluruh negara dan diberi bayaran pula, orang enggan datang. 

Janganlah menipu rakyat, supaya rakyat tidak mendedahkan kebenaran mengenai kamu.

Chuasoilek hina dan nista Islam, presiden UMNO buat pekak, senyum dan beri lagi duit RM30 juta. Tidak ada pun budak2 UMNO berdemo besar besaran membantah dan mengecam keras kenyataan dari para pemimpin MCA. Tapi bila NurulIzah mengeluarkan kenyataan berkaitan tidak ada paksaan dalam Islam, budak2 UMNO gegak gempita dan goga. Keatas bangsa sendiri, orang UMNO sanggup berbunuhan, tapi keatas bangsa lain, orang UMNO menjilat ******. 

Saya nasihatkan pemimpin UMNO serta penyokong mereka bertenang dan jangan menggila. PRU nanti memberi peluang untuk mereka yang bertanding menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat. UMNO bukanlah satu2 nya wadah yang boleh disertai untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kita tetap boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara melalui mana2 parti politik pun. Jika calun UMNO menang- dia juga boleh menawarkan perkara yang serupa dengan apa yang calun parti lain boleh- yakni memberi khidmat kepada masyarakat.

Negara Malaysia bukan UMNO punya. Melayu bukan hamba UMNO. Biarlah rakyat membuat keputusan siapa yang mereka rasakan dan yakin boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik. Bagaimana mereka membuat keputusan? Dengan melihat pemimpin dan kepimpinan nya, dasar parti mereka dan suatu perkara yang menjadi penting, melihat juga kualiti atau mutu penyokong dan pendukong mereka. 

Satu demi satu dasar dan rencana UMNO mendedahkan bahawa kepentingan rakyat selalu dibelakangkan. 
Kita lihat poster 55 tahun janji ditepati ada dimana mana. Tapi 55 tahun, mengikut Dr Mahathir hanya berjaya menghasilkan bangsa Melayu yang mengemis dalam negara sendiri. Itu pun salah, setelah 55 tahun, yang mengemis itu sebahagian besar bangsa Melayu, manakala segelintir orang Melayu hidup bermewahan boleh ada bilik pameran Ferrari yang ke2 terbesar diluar Italy dan boleh memiliki keraka Bugatti yang berharga berjuta juta Ringgit. 

Penyenaraian FGV ialah skim cepat kaya UMNO sebenarnya. Felda dapat RM10 billion dari penjualan 2.188 billion saham FGV.  Dengan menjual saham tersebut, felda dapat 6 billion, RM4 billion disalurkan kepada menteri felda- dato najib tun razak. Dia tahu lakukan satu perkara sahaja dengan RM4 billion itu- hulur sana hulur sini, Beri Rasuah 1 Malaysia ( BR1M).

ada orang kata, semakin hari mereka meluat membaca artikel2 saya. Saya sahaja yang pandai, orang lain semua tak pandai. Salah tu awang- bukan saya pandai menulis, saya boleh. I write because I can. Dan I can write what I think listing of FGV is- it’s a Ponzi scheme designed to enrich market manipulators. 

Dari sebermula, FGV ini skim tidak berhati perut. 112, 636 peneroka mendapat 2.5 % dari jumlah unit saham yang dijual atau 91.2 juta unit saham. Staff felda dapat 3% atau 109.4 juta unit saham. Jumlah semua ialah 5.5%. apa ertinya ini? ertinya, 94.5% yang membeli saham felda adalah bukan warga felda. Mereka ini menguasai dan pemilik sebenar FGV yang telah menelan segala asset yang dimiliki oleh felda/peneroka. 

Dan siapa mereka ini? 11.5% terdiri mereka yang terpilih oleh MITI. 41.1% dimiliki oleh institusi seperti Tabung Haji, EPF, KWSP, kerajaan2 negeri dan GLC2 lain. Duit2 dari sumber ini disedut untuk membantu FGV. 

Maka tidak benar jika orang kata, peneroka dapat durian runtuh. Mana nya keuntungan yang bergolek itu? rumah yang berharga RM 70,000 untuk jenerasi ke2? Bukan nya percuma tapi kena bayar RM 360 sebulan selama 15 tahun. 

Ketika saya menulis mengenai penyenaraian FGV dahulu, pendukung skim cepat kaya UMNO, semua mengamuk. Terdapat beberapa orang yang menuduh saya dengki dan iri hati orang Felda dapat durian runtuh. 

Hari ini harga saham fgv ialah RM4.60. untung 5 sen setiap unit. Pemegang 800 unit dapat premium RM40. Kos pemilikan dia berapa? Kalau dia meminjam wang dengan bank- ribuan borang pinjaman diedarkan sebelum FGV disenaraikan dulu, apa dia dapat?  Kos pemerosesan RM 200. Dengan untung RM 40, maka kerugian peneroka yang meminjam ialah RM160 seorang. 

Kalau dia tak pinjam, peneroka untung RM40 sahajalah. Tapi pelaburan nya membeli 800 unit ialah RM3640. Ertinya, pulangan melabur RM3640 ialah RM40. Yakni hanya 1% lebih sahaja. Bukan lebih baik menyimpan dalam simpanan tetap dengan pulangan 5% atau 7% ? kalau 5 %, modal RM3640 sudah menghasilkan untung RM182. Lebih banyak dari RM40. 

Kalau dia pinjam dari perbadanan felda dengan bayaran RM50 sebulan yang dihebohkan oleh Najib Tun Razak, saiz kerugian nya bergantung pada berapa lama dia memegang 800 unit tersebut. Kalau premium nya selama 3 bulan masih RM40, kos peneroka untuk 3 bulan sudah mencapai RM150. Kalau dalam masa 3 bulan ini, saham fgv tetap pada harga RM460- untung ialah RM40, kos ialah RM150. Peneroka tetap kerugian RM110 seorang.

Setiap peneroka tak dapat pun durian runtuh. (1) yang meminjam melalui borang dahulu kerugian RM160. (2) yang melabur duit sendiri, dapat pulangan 1% jauh lebih rendah dari pelaburan alternative (3) yang memimjam dari felda dengan bayaran RM50 sebulan pun rugi- jika harga tak berganjak selama 3 bulan, kos pegangan sudah pun RM150. Rugi RM110. 

Jadi bayaran RM15,000 untuk apa? Untuk rasuah pendahuluan. Ia nya bayaran insurance kepada keadaan pasaran saham yang tidak boleh dikawal oleh Najib kah, oleh Isa kah atau oleh wak Maslan kah. 

Kita tidak dengki atau irihati. Peneroka berhak mendapat apa2 pun jenis duruan runtuh kalau mereka berhak mendapatkan nya. Tapi kita jangan lupa bahawa hak yang sama mesti diberikan kepada warga bukan peneroka yang mempunyai pendapatan yang rendah. orang2 bukan felda pun berdepan dengan kehidupan yang serupa, membayar harga yang sama untuk beras, gula dan  minyak dan keperluan2 lain. 

Jadi, mengapa layanan istimewa berhak diterima oleh peneroka tapi hak yang sama tidak diberi kepada nelayan, peladang bukan felda, penternak, mereka yang berkerja sendiri dan sebagainya? 

Orang Felda mesti sedar bahawa mereka dapat layanan istimewa kerana mereka merupakan vote bank terbesar untuk UMNO. Tanah rancangan yang mereka miliki itu bukan nya diperolehi percuma. Setiap peneroka yang dapat grant atau hak milik tentulah sudah melangsaikan semua hutang dengan pihak Felda. Ertinya, apa yang mereka perolehi adalah hasil usaha mereka sendiri, bukan pemberian atau ehsan Felda. Perbadanan Felda yang memajukan tanah2 rancangan diberi tanah oleh kerajaan. Felda pun diberi grant oleh kerajaan untuk membayar premium untuk mendapatkan tanah rancangan. Mereka kemudian membelanja wang yang banyak untuk membangunkan tanah rancangan, membina rumah peneroka, membekalkan kemudahan social, dan keperluan asas infrstruktur.  

Apa yang perbadanan belanjakan, semua nya diperolehi semula dengan bayaran potongan yang dikenakan keatas peneroka. Ertinya, peneroka tak dapat percuma.

Monday, November 12, 2012

Finally, FGV share price drops below IPO price


Nov 12: Share price for Felda Global Venture Holding marked its historic low today as it briefly dipped below its initial public offering price of RM4.55 today, hitting RM4.53, the lowest point to date, before easing to RM4.57 at noon.

The dip is lower than the RM4.57 recorded on September 11 on inter-day trading, which then rebounded within four days to RM4.95.

However, since then, FGV shares have been on downward trend again, shedding RM0.35 to RM4.60 as of last Friday.

Felda settlers have been forced to take up loans to obtain the 800 shares, which the government said were 'gift' for settlers alongside the RM15,000 'windfall' in the wake of FGV's controversial listing.

National Felda Settlers’ Children Association (ANAK) has claimed that settlers would suffer losses if share price fell below RM4.70.

The company's initial public offering institutional price was RM4.55, while its retail price was RM4.45.

Felda chairman Isa Samad has been insisting that the fall was temporary due to the drop in global oil palm commodity prices.

Politik baru dipenuhi gaya samseng

Pemimpin mana-mana parti dan rakyat di negara ini seharusnya sudah mencapai tahap kematangan dalam berpolitik dan bukannya terjerumus ke kancah politik ganas hanya semata-mata mahu meraih keuntungan dalam arena berkenaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagai sebuah negara demokrasi yang sudah mengecapi kemerdekaan puluhan tahun lamanya, politik ganas yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini hanya meletakkan negara di kedudukan terkebelakang dalam pemikiran.

"Jika mahu politik ganas yang baling batu, baling cat, serang peribadi dan pelbagai lagi, maka politik ini hanya memundurkan pemikiran negara.

"Negara kita juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jadi politik ganas ini bukanlah cara kita dan budaya Melayu,"katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

PKR antara parti yang berhadapan dengan budaya politik 'samseng' apabila bas yang dilancarkan parti itu bagi menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat diserang dan disimbah cat.

Bas yang turut membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disimbah dengan cat merah dan cerminnya dipecahkan ketika siri kempen parti itu di Kelantan.

Malah perkara sama turut berlaku di Melaka.  Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung ini dikatakan bertujuan untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

PKR sebelum ini mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh 'samseng upahan'.Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan dalam berkempen, parti itu menganggapnya "sebagai ujian kepada kami dan ada hikmahnya."

"Di bas jelajah kami, selepas pertama kali terkena cat, kami bersihkan, tetapi selepas kali kedua berlaku, kami tidak bersihkan. Kami cuma bersihkan di bahagian pemandu sahaja kerana tidak mahu halang pemanduan. Kami jadikan kesan cat ini sebagai perhiasan,"katanya.

Menurut isteri kepada Ketua Umum PKR itu lagi, bagi mengelakkan budaya politik ganas daripada terus menular di negara ini, parti itu menasihati penyokongnya supaya "jika ada provokasi, jangan lawan balik, biarkan sahaja kerana apa pun berlaku, kami sering didakwa yang memulakan provokasi,"tambah beliau lagi.

Friday, November 9, 2012

TGHH. .. PRU tahun ini

PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini.Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi beliau.

Bahkan, katanya jangka masa akan dibubarkan parlimen serta diadakan pilihan raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi.

"Ada maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena bersedia untuk tahun ini juga. Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi) tahun hadapan (2013). 

“Tapi persediaan SPR sekarang untuk pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bertemakan “Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda” di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang 8 November lalu.

Antara pimpinan pemuda yang hadir Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Namun begitu, kata Datuk Seri Abdul Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda.“BN kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada undi orang muda.

Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan raya) bahaya lagi. 

“Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang ‘reti’.

Mereka (kerajaan) boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya,” jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama ada lelaki mahu pun wanita.

Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.

Katanya, hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda.

“Orang muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen. 

“Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya. 

“Dalam lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh jadi undi penentu pada PRU13 akan datang,” ujarnya di hadapan lebih 1000 hadirin.

Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan para pemimpin serta ahli parti disemua peringkat agar tidak terlalu ‘over confident’ dengan perkembangan politik semasa.

Beliau menasihatkan agar tidak berlaku sifat keji yang ditegah oleh Allah SWT iaitu sifat ‘ujub’ atau rasa kagum pada diri sendiri.

Menuurtnya, jumlah sokongan yang ramai kadang-kala melahirkan sifat ujub, bangga diri serta hilang kebergantungan kepada Allah SWT.“Kagum (bangga) dengan diri sendiri, ‘over confident’, terlalu yakin kita ramai dan boleh menang dengan mudah.

Ramai doh (sokongan), boleh pergi ke Putrajaya bila-bila masa. 

“Jangan galak sangat sebab ada di kalangan kita ini galak sangat…memang kita (PAS) hendak ke Putrajaya tetapi jangan ‘ujub’ (bangga diri).

“Saya minta kepada pemimpin kita (PAS) disemua peringkat, surat khabar kita..Harakah samalah juga jangan ujub sangat. Tuhan ajar Nabi saw jangan ujub. 

“Kita (Pakatan Rakyat) ceramah ramai dah, himpunan ramai dah boleh menang..ini jangan ujub. Berarak sahaja tetapi tidak buat kerja, tidak jadi apa,” tegasnya.

 Tambah beliau, proses tarbiyah sangat penting dalam pengisian perjuangan Islam sama ada sebelum menang atau selepas kemenangannya.

Hadir sama meraikan majlis tersebut Pengerusi dan Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK dan Encik Jefri Chua. 

Friday, November 2, 2012

Banjir Kilat disana sini

Selepas hujan yang turun melebihi 6 jam berlaku petang ini sekitar Bukit Rimau, Kota Kemuning, Desa kemuning, Jalan Kebun, Kampung SC, Johan Setia, Kampung Jawa telah dilanda bajir kilat.







RM207 billion paser over missing compensation from Japan

Ha. ... siapa sudah curi ni?

The BN government has been told to explain the whereabouts of some RM207 billion paid by the government of Japan as compensation to some 30,000 Malaysians once recruited as forced labour during the Japanese occupation of Malaya.

According to Bukit Gantang member of parliament Mohamad Nizar Jamaludin, the money had been delivered to the Malaysian government a decade ago but neither the surviving victims nor their families had received any payment.

Nizar said that the sum had already been paid by Japan to Malaysia as early as 2004 because Bank Negara Malaysia had in that year issued a banker's cheque for the sum of RM107 billion and another RM100 billion in the form of Maybank shares, registered on December 13, 2004.

“30,000 Malayan citizens were involved in the construction of the railway," Nizar said, referring to the 'Death Railway', a 400-kilometre railway project by the Japanese occupation to connect Burma and Thailand.

Citing a letter sent by an association representing Death Railway victims and their kins to prime minister Najib Razak dated July 27 last year, Nizar revealed that the Prime Minister's Department had followed it up with the Human Resouces ministry in August 2011.

Speaking at the parliament, Nizar (left) also claimed that all parties including the Attorney General had agreed that the money should be disbursed to the intended recipients.

"If the matter was tabled and approved by the cabinet, why should the money be kept by the Treasury for so long?" asked Nizar.

The former Perak Menteri Besar added that the father of Zulkefli Ahmad Makinudin, the current Chief Judge of Malaya, was one of the recipients, being a former forced labourer during the Japanese occupation of 1942-1945.

"He now lives in Ipoh and can relate the hardship experienced by the 30,000 citizens," Nizar added.

Nizar reminded the BN government that by further delaying the release of the money to the victims, it was betraying the people's trust, adding that the governments of Philippines, Indonesia and Vietnam, whose citizens were also part of the Death Railway, had already distributed the compensation money to the victims.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts