http://sakmongkol.blogspot.com/2012/11/55-tahun-umno-hamba-abdikan-orang-melayu.html
Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, UMNO berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera UMNO mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan. Kita tidak pernah dengar UMNO melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan. Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuk gelanggang. Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu. Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden UMNO- ia membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan UMNO.
Kita bukan sangat kisahkan UMNO. Kalai ia nak berkubur, kita akan talqinkan. Yang kita kisah ialah apabila UMNO merasakan dirinya mewakili bangsa Melayu. Dua perkara ini kita mesti pisahkan. UMNO itu parti politik, Melayu itu bangsa. UMNO mati, bangsa Melayu tetap ada. Dalam negara ini , ada 18 juta orang Melayu manakala ahli UMNO mengikut penceritaan tukang karut UMNO, ada 3 juta. 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO; mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Mereka hidup tanpa memerlukan UMNO. Lebih ramai orang Melayu diluar yang tidak memerlukan UMNO.
Rakyat berpusu pusu dan bersusun susun mendengar ceramah parti lawan. Lagi kuat Anwar Ibrahim dinista dan dicaci, rakyat menderu deru hadir dalam ceramah nya. Majlis Najib kalau tidak berangkut dengan bas, tidak dipungut pelajar sekolah, kolej, tidak kutip ahli2 UMNO yang melata diseluruh negara dan diberi bayaran pula, orang enggan datang.
Janganlah menipu rakyat, supaya rakyat tidak mendedahkan kebenaran mengenai kamu.
Chuasoilek hina dan nista Islam, presiden UMNO buat pekak, senyum dan beri lagi duit RM30 juta. Tidak ada pun budak2 UMNO berdemo besar besaran membantah dan mengecam keras kenyataan dari para pemimpin MCA. Tapi bila NurulIzah mengeluarkan kenyataan berkaitan tidak ada paksaan dalam Islam, budak2 UMNO gegak gempita dan goga. Keatas bangsa sendiri, orang UMNO sanggup berbunuhan, tapi keatas bangsa lain, orang UMNO menjilat ******.
Saya nasihatkan pemimpin UMNO serta penyokong mereka bertenang dan jangan menggila. PRU nanti memberi peluang untuk mereka yang bertanding menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat. UMNO bukanlah satu2 nya wadah yang boleh disertai untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kita tetap boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara melalui mana2 parti politik pun. Jika calun UMNO menang- dia juga boleh menawarkan perkara yang serupa dengan apa yang calun parti lain boleh- yakni memberi khidmat kepada masyarakat.
Negara Malaysia bukan UMNO punya. Melayu bukan hamba UMNO. Biarlah rakyat membuat keputusan siapa yang mereka rasakan dan yakin boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik. Bagaimana mereka membuat keputusan? Dengan melihat pemimpin dan kepimpinan nya, dasar parti mereka dan suatu perkara yang menjadi penting, melihat juga kualiti atau mutu penyokong dan pendukong mereka.
Satu demi satu dasar dan rencana UMNO mendedahkan bahawa kepentingan rakyat selalu dibelakangkan.
Kita lihat poster 55 tahun janji ditepati ada dimana mana. Tapi 55 tahun, mengikut Dr Mahathir hanya berjaya menghasilkan bangsa Melayu yang mengemis dalam negara sendiri. Itu pun salah, setelah 55 tahun, yang mengemis itu sebahagian besar bangsa Melayu, manakala segelintir orang Melayu hidup bermewahan boleh ada bilik pameran Ferrari yang ke2 terbesar diluar Italy dan boleh memiliki keraka Bugatti yang berharga berjuta juta Ringgit.
Penyenaraian FGV ialah skim cepat kaya UMNO sebenarnya. Felda dapat RM10 billion dari penjualan 2.188 billion saham FGV. Dengan menjual saham tersebut, felda dapat 6 billion, RM4 billion disalurkan kepada menteri felda- dato najib tun razak. Dia tahu lakukan satu perkara sahaja dengan RM4 billion itu- hulur sana hulur sini, Beri Rasuah 1 Malaysia ( BR1M).
ada orang kata, semakin hari mereka meluat membaca artikel2 saya. Saya sahaja yang pandai, orang lain semua tak pandai. Salah tu awang- bukan saya pandai menulis, saya boleh. I write because I can. Dan I can write what I think listing of FGV is- it’s a Ponzi scheme designed to enrich market manipulators.
Dari sebermula, FGV ini skim tidak berhati perut. 112, 636 peneroka mendapat 2.5 % dari jumlah unit saham yang dijual atau 91.2 juta unit saham. Staff felda dapat 3% atau 109.4 juta unit saham. Jumlah semua ialah 5.5%. apa ertinya ini? ertinya, 94.5% yang membeli saham felda adalah bukan warga felda. Mereka ini menguasai dan pemilik sebenar FGV yang telah menelan segala asset yang dimiliki oleh felda/peneroka.
Dan siapa mereka ini? 11.5% terdiri mereka yang terpilih oleh MITI. 41.1% dimiliki oleh institusi seperti Tabung Haji, EPF, KWSP, kerajaan2 negeri dan GLC2 lain. Duit2 dari sumber ini disedut untuk membantu FGV.
Maka tidak benar jika orang kata, peneroka dapat durian runtuh. Mana nya keuntungan yang bergolek itu? rumah yang berharga RM 70,000 untuk jenerasi ke2? Bukan nya percuma tapi kena bayar RM 360 sebulan selama 15 tahun.
Ketika saya menulis mengenai penyenaraian FGV dahulu, pendukung skim cepat kaya UMNO, semua mengamuk. Terdapat beberapa orang yang menuduh saya dengki dan iri hati orang Felda dapat durian runtuh.
Hari ini harga saham fgv ialah RM4.60. untung 5 sen setiap unit. Pemegang 800 unit dapat premium RM40. Kos pemilikan dia berapa? Kalau dia meminjam wang dengan bank- ribuan borang pinjaman diedarkan sebelum FGV disenaraikan dulu, apa dia dapat? Kos pemerosesan RM 200. Dengan untung RM 40, maka kerugian peneroka yang meminjam ialah RM160 seorang.
Kalau dia tak pinjam, peneroka untung RM40 sahajalah. Tapi pelaburan nya membeli 800 unit ialah RM3640. Ertinya, pulangan melabur RM3640 ialah RM40. Yakni hanya 1% lebih sahaja. Bukan lebih baik menyimpan dalam simpanan tetap dengan pulangan 5% atau 7% ? kalau 5 %, modal RM3640 sudah menghasilkan untung RM182. Lebih banyak dari RM40.
Kalau dia pinjam dari perbadanan felda dengan bayaran RM50 sebulan yang dihebohkan oleh Najib Tun Razak, saiz kerugian nya bergantung pada berapa lama dia memegang 800 unit tersebut. Kalau premium nya selama 3 bulan masih RM40, kos peneroka untuk 3 bulan sudah mencapai RM150. Kalau dalam masa 3 bulan ini, saham fgv tetap pada harga RM460- untung ialah RM40, kos ialah RM150. Peneroka tetap kerugian RM110 seorang.
Setiap peneroka tak dapat pun durian runtuh. (1) yang meminjam melalui borang dahulu kerugian RM160. (2) yang melabur duit sendiri, dapat pulangan 1% jauh lebih rendah dari pelaburan alternative (3) yang memimjam dari felda dengan bayaran RM50 sebulan pun rugi- jika harga tak berganjak selama 3 bulan, kos pegangan sudah pun RM150. Rugi RM110.
Jadi bayaran RM15,000 untuk apa? Untuk rasuah pendahuluan. Ia nya bayaran insurance kepada keadaan pasaran saham yang tidak boleh dikawal oleh Najib kah, oleh Isa kah atau oleh wak Maslan kah.
Kita tidak dengki atau irihati. Peneroka berhak mendapat apa2 pun jenis duruan runtuh kalau mereka berhak mendapatkan nya. Tapi kita jangan lupa bahawa hak yang sama mesti diberikan kepada warga bukan peneroka yang mempunyai pendapatan yang rendah. orang2 bukan felda pun berdepan dengan kehidupan yang serupa, membayar harga yang sama untuk beras, gula dan minyak dan keperluan2 lain.
Jadi, mengapa layanan istimewa berhak diterima oleh peneroka tapi hak yang sama tidak diberi kepada nelayan, peladang bukan felda, penternak, mereka yang berkerja sendiri dan sebagainya?
Orang Felda mesti sedar bahawa mereka dapat layanan istimewa kerana mereka merupakan vote bank terbesar untuk UMNO. Tanah rancangan yang mereka miliki itu bukan nya diperolehi percuma. Setiap peneroka yang dapat grant atau hak milik tentulah sudah melangsaikan semua hutang dengan pihak Felda. Ertinya, apa yang mereka perolehi adalah hasil usaha mereka sendiri, bukan pemberian atau ehsan Felda. Perbadanan Felda yang memajukan tanah2 rancangan diberi tanah oleh kerajaan. Felda pun diberi grant oleh kerajaan untuk membayar premium untuk mendapatkan tanah rancangan. Mereka kemudian membelanja wang yang banyak untuk membangunkan tanah rancangan, membina rumah peneroka, membekalkan kemudahan social, dan keperluan asas infrstruktur.
Apa yang perbadanan belanjakan, semua nya diperolehi semula dengan bayaran potongan yang dikenakan keatas peneroka. Ertinya, peneroka tak dapat percuma.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah