Sunday, May 26, 2013

Umno tidak Mewakili Melayu

Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina.

"Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta. 

"Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta. "Umno dan BN memperolehi 4.35 juta undi.

Jika 70 peratus dari nya Melayu, pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Umno marahkan Cina?"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi.

Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular.

Dalam pilihan raya lalu, ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, BN hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.Beliau mempersoalkan, adakah tindakan menyalahkan "tsunami Cina" itu merupakan langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu lain?"

(Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyidin (Yassin) sudah nampak Melayunya dari awal lagi dengan menyatakan bahawa dia Melayu dahulu baru Malaysia. Najib yang kian terdesak nampaknya mesti menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu yang lain. 

"Sebab itu dia membisu seribu bahasa sementara dikeliling nya, satu persatu munculnya kenyataan-kenyataan perkauman dari penyokong-penmyokong Umno", katanya.

Friday, May 24, 2013

Transfomasi Najib undur ke belakang

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja melanggar janji transformasi beliau, malah kini sedang bergerak dengan mengundur ke belakang.

Beliau berkata, tindakan mendakwa aktivis mahasiswa Adam Adli dibawah akta hasutan dan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahtivis PAS Tamrin Ghafar serta aktivis ABU Harris Ibrahim adalah satu tindakan zalim.

Tindakan serupa itu katanya juga tidak diterima oleh rakyat di negara luar sehingga menyaksikan rakyatnya bangkit menyatakan bantahan kepada kerajaan.

"Pemerintahan diktator Stalin, Marcos dan Suharto telah lama berlalu. Orang-orang seperti Ben Ali, Mubarak dan Gaddafi juga telah berlalu tidak lama dahulu. 

"Walaupun masa Mahathir di mana penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan berlaku dan menjadi rahisa umum, ia juga sudah berlalu. 

"Namun, Najib bukan sahaja telah memungkiri janji reformasi politik beliau, tetapi dia juga sedang bergerak kembali ke belakang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Anwar turut menyelar kenyataan pihak menteri dan juga polis yang memberi amaran supaya orang ramai tidak hadir ke himpunan aman bagi membantah penipuan dalam PRU13 lalu.

Namun rakyat ujarnya dilihat terus berani untuk menyatakan bantahan mereka kerana mereka percaya perjuangan mereka adalah untuk masa depan yang lebih baik.

"Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap mengeluarkan semua jenis ancaman kepada rakyat, mengambil petunjuk daripada Menteri Dalam Negeri. 

"Saya mengingatkan beliau bahawa tugasnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, keutamaan beliau adalah untuk menjaga keselamatan negara, menentang penjenayah dan bukan bertindak ke atas perhimpunan aman yang sah," katanya.

Thursday, May 23, 2013

Kerajaan BN tak kreatif

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan mengenakan Good Service Tax (GST) terhadap barangan keperluan rakyat sebaik sahaja PRU selesai adalah suatu bentuk kezaliman.

Ini kerana, tindakan itu hanya akan membebankan rakyat ketika mana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita. 

"Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun mengunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kepada rakyat awam. 

"Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urustadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir,"

Thursday, May 16, 2013

Ketokohan Khalid menangkan Selangor

 Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati bahawa kejayaan cemerlang Tan Sri Abd Khalid Ibrahim mentadbir negeri Selangor telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Pakatan Rakyat negeri itu dalam PRU yang lalu, disamping sumbangan pihak lain.

Kejayaan Pakatan Rakyat Selangor itu bukan saja dapat mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan Barisan Nasioal, bahkan dapat meningkatkan pencapaiannya dengan majoriti lebih besar, 44 kerusi Dun, sementara Barisan hanya berjaya memenangi 12 kerusi Dun.

Namun kejayaan Tan Sri Abd Khalid ini dikongsi bersama oleh barisan exconya, seluruh jentera piliharaya Pakatan Rakyat dan sokongan rakyat Selangor sendiri.

Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, Profesor Datuk Dr Mohd Redzuan Othman menyatakan kekagumannya atas kejayaan kepimpian Tan Sri Abd Khalid ini dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran ABIM, PKPIM dan Wadah di Kajang malam kelmarin.

Turut menjadi ahli panel wacana yang berlangsung itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator.

Dalam wacana itu juga Dr Mohd Redzuan memuji ketokohan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kerana berjaya memimpin kerajaan Kelantan hingga mampu mempertahakannya dalam PRU yang lalu.

Dr Mohd Redzuan melihat bahawa kejayaan sesebuah kerajaan banyak bergantung kepada kemampuan tokoh yang memimpin serta pasukan kerjanya.

Kekuatan parti saja tidak cukup, katanya, tapi mesti dipimpin oleh tokoh yang berintegriti. 

Tiga negeri yang masih dapat dipertahakan oleh Pakatan dalam PRU yang lalu – Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang – dipimpin oleh tokoh berwibawa dan mendapat sokongan kuat dari rakyat.

Ini berdasarkan kajian UMCEDEL di bawah pimpian Dr Mohd Redzuan sendiri.

Dalam wacana yang dihadiri ramai intelektual, penulis, aktivis parti dan tokoh masyarakat, beliau mengenengahkan analisis terperinci mengenai keputusan PRU itu disandarkan dengan fakta.

Menurut kajian pihaknya, Pakatan Rakyat jauh ke depan dengan cara baru gaya kempen, poster, risalah dan sebagaiya, berbanding dengan kempen BN masih dengan cara lama.

Kata  Dr Mohd Redzuan, BN terpaksa menjemput orang ramai datang ke programnya, malah diberi makan, berbeza dengan kempen dan ceramah Pakatan di mana orang ramai datang sendiri.

Beliau juga menyebut, bahawa bandar di mana banyak terdapat universiti dan kolej serta ekses maklumat yang banyak melalui internet meyebabkan pengundi bandar menyokong Pakatan Rakyat dan inilah kelebihan pengundi bermaklumat.

Dr Mohd Redzuan juga menyatakan bahawa kempen kotor dalam PRU yang lalu tidak berkesan sama sekali. Tetapi, katanya, pemberian BRIM RM500 oleh kerajaan BN berkesan kepada pegundi kampung. 

Sementara itu, Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, momentum PRU ke-12 dulu berterusan hingga ke-PRU ke-13 di mana isu rasuah, nepotisme, isu kronisme yang diketengahkan oleh Pakatan begitu berkesan, sementara isu perkauman menjadi ‘pelaburan’ paling mahal bagi BN.

Dr Mujahid juga menegaskan betapa petingnya menyediakan kepimpinan parti yang berwibawa, mampu menarik pengundi muda, di samping benar-benar memahami dan menguasai realiti masyarakat.

Dr Mujahid menyebut bagaimana pengundi muda membentuk pemikiran tersendiri, sangat bermaklumat dan menolak perkauman. Mereka ini, katanya, kebanyakannya menyokong Pakatan. Ertinya di sini, katanya, mereka yang terpelajar dan bermaklumat akan menyokong Pakatan Rakyat.

Pendapat ini disokong oleh Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang menyatakan bahawa betapa perlunya Pakatan Rakyat medaftar pengundi muda sebanyak-banyaknya supaya Pakatan menang lebih banyak lagi dalam PRU akan datang.

Tokoh veteran pendakwah dan kini Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi pula meyarankan supaya diadakan sekolah latihan politik untuk pendakwah/ahli politik yang boleh memahami realiti politik masa kini.

Beliau juga menyatakan bahawa Umno kini hidup dengan semangat perkauman. Jika habis semangat perkauman, habislah Umno, katanya.

Pada wacana itu Datuk Idris, menceritakan pengalamannya mendekati pengundi, kebanyakannya orang kampung, hingga dapat menawan hati mereka dan mengundi beliau dalam PRU yang lalu.

Kawasan parlimennya, Batu Pahat Johor, adalah separuh kampung dan separuh bandar di mana kawasan bandar ramai pengundi Cina di samping pengundi Melayu.

Namun dengan kebjaksanaanya berinteraksi dengan pengundi, akhirnya beliau dapat menewaskan bekas timbalan menteri, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.Ada beberapa persoalan ditimbulkan dalam Wacana Isu Semasa itu.

Pertama, fenomena pengundi muda di mana semua ahli panel bersetuju bahawa dalam PRU yag lalu, pengundi muda muncul secara besar-besaran.

Ada sesetengah tempat mengundi di bandar di mana pengundi muda beratur hingga dua jam untuk mengundi. Pengundi muda ini menunjukkan minat luar biasa untuk menentukan aliran politik negaranya.

Mereka bukan dari golongan remaja yang biasa muncul dalam program hiburan di TV, tetapi mereka adalah para pemuda yang serius untuk menentukan haluan politik negara.

Kedua, isu perkauman di mana semua ahli panel wacana menolak pendekatan perkauman.
Menurut mereka perkauman adalah musuh kemanusiaan dan menimpakan kerosakan besar kepada negara.

Ketiga, rakyat memilih parti dan calon yang mempunyai integriti. 

Tuesday, May 14, 2013

Umno dan kerajaan Minoriti

Ketika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan.

Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu."itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah.

Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam."

Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan)mengulas isu ini.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%,  DAP- 15.4% dan PKR-20%).

Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen.Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja.

Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya.

Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13.

Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.

Monday, May 13, 2013

Dr Asri mengulas tentang perbuatan jahilliyah

Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak.

Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini.

Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar.

Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudis perkauman.

Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad SAW ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.

Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, Melayu, Cina atau India. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya.

Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Buta warna bangsa Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

Dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." (Surah al-Isra, ayat 15)

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya.

Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).

Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh Al-Albani) Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau rasisme akan berlaku.

Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.

Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal “I have a dream” menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character.”

Kesejagatan Islam Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya.

(Surah al-Hujurat: 13) Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “wahai manusia”, panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.

Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuafakat.

Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian.

“Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunaikan tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

“Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu – sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu”.

(Fi Zilal al-Quran 6/3348. Kaherah: Dar al-Syuruq) Maka, haram bagi seorang Muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya.

Wajib kita mempamerkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

Sunday, May 12, 2013

Kelahiran anak sulong PAS di Melaka

KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli.

Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya. 'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23).

Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi. 

Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.

Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'. 

Berdasarkan senario di Dun dalam Parlimen Bukit Katil (Bukit Baru, Bachang, Ayer Keroh dan Ayer Molek) dan Parlimen Bukit Katil sendiri, ada iktibar menarik yang boleh dijadikan panduan.

Hanya kawasan inilah yang mencatatkan perubahan di Melaka; kawasan lain (luar bandar) tetap didominasi oleh BN manakala di bandar (terutama Kota Melaka) dimonopoli DAP. 

Di Dun Bukit Baru, pengundi Melayunya ada kira-kira 55 peratus, Cina lebih kurang 40 peratus manakala India kira-kira 5 peratus.

Dipercayai pengundi Melayu berpecah dua; dan apabila situasi ini berlaku, dengan undian pengundi Cina terutama daripada DAP menyebelahi calon PAS, maka tercatatlah sejarah Dr Khalid yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Melaka, 'melahirkan anak sulung' PAS di negeri Hang Tuah. 

Bagi Parlimen Bukit Katil (pengundi Melayunya 51 peratus, Cina 42 peratus dan India 6 peratus) faktor kebangkitan anak muda dan kesedaran sesetengah pengundi akan amalan korupsi dan seumpamanya, dibantu kejituan jentera dan penyokong PAS, KeADILan dan DAP serta kewibawaan dan kelantangan calonnya (Shamsul Iskandar), memberi sumbangan kepada kejatuhan Mohd Ali, ketua menteri selama lebih sedekad. 

Jika ditinjau kemenangan DAP (Goh Leong San) di Duyong pula (pengundi Cina lebih 50 peratus, Melayu 45 peratus dan India 4 peratus), saya percaya selain daripada sokongan pengundi tegar DAP, kesediaan ahli dan penyokong PAS dan KeADILan untuk memberi undi kepadanya berdasarkan suntikan semangat Pakatan Rakyat; menyebabkan Tian Loo beserta penyokongnya daripada orang Cina dan Melayu tersungkur sama. 

Rumusannya, kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan, membolehkan ketiga-tiga pihaknya mencatat kejayaan ditandingi calon mereka yang merupakan sejarah di bumi Hang Tuah.

Penyokong rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP telah membuka laluan untuk PAS mencatat 'kelahiran anak sulung' dengan memenangi Dun Bukit Baru manakala penyokong PAS telah membantu calon DAP untuk menang di Dun seperti Duyong. 

Berkenaan sahabat saya, Harun Mohamed yang bertanding di Dun Telok Mas (N23) seperti dicoretkan dalam keluaran lalu; syabas diucapkan kerana beliau berjaya merapatkan jurang majoriti kekalahan kepada hanya 701 undi (beliau mendapat 7,332 undi berbanding Latiff Tamby Chik memperolehi 8,033 undi),

Mungkin undian penyokong DAP sebagai bantuan kepadanya masih tidak memadai untuk beliau menang kerana kawasan itu mempunyai pengundi Melayu yang tinggi (70 peratus) sedangkan Cina hanya 28 peratus. 

Akhir sekali, syabas PAS Melaka kerana berjaya melahirkan anak sulung; pada PRU berikutnya diharapkan dapat melahirkan kembar yang banyak pula seterusnya mengetuai kerajaan baru rakyat; jadi terus bekerja keras dan berdoalah mulai sekarang! - http://lanh14.blogspot.com/

Saturday, May 11, 2013

Perbuatan jahiliyyah dan haram

1. Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyyah yang diharamkan syarak.

Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara multi-racial seperti Malaysia ini. 

Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudice perkauman.

2. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilan Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

3. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu.

Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

4. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titik keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).

Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku.

Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut:

“I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

5. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”.

Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat.

Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian.

Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

6. Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam (the universality of Islam) kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

Thursday, May 9, 2013

‘Chinese swing’...‘Malay swing


Peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di sini membantu kemenangan DAP di tiga kerusi Dun iaitu Sabai, Bilut dan Ketari.

Adun Ketari, Lim Chin Chen berkata, peningkatan sokongan pengundi Melayu berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk keterbukaan minda mereka menerima maklumat berkaitan isu semasa.

Katanya, kesedaran mereka berkaitan pelbagai isu semasa terutama rasuah dan penyelewengan secara tidak langsung membantu PR.

“Sekiranya pengundi Melayu tidak memberikan sokongan, sudah pasti kemenangan tidak berpihak kepada DAP.

“Berdasarkan peratusan, hampir 40 peratus pengundi Melayu di kawasan Dun Ketari mengundi DAP dan ia menunjukkan orang Melayu kini tidak lagi takut pada parti ini,” katanya.

Chin Chen juga berkata, kemenangan di tiga kerusi Dun juga adalah hasil kesepakatan jentera PR terutama Pas yang banyak membantu khususnya di kawasan Melayu.

Sementara itu, Adun Bilut, Chow Yui Hui berkata, pilihan raya kali ini bukan sahaja menunjukkan berlakunya ‘Chinese swing’, tetapi juga ‘Malay swing’.

Katanya, pengundi Melayu kini tidak lagi takut menyatakan pendirian mereka walaupun ditakutkan dengan pelbagai perkara tidak benar.

“Kami menghargai undi mereka dan akan berkhidmat dengan baik di kawasan dimenangi,” katanya.

Sementara itu, D Kamache berkata, angin perubahan berlaku di daerah ini kerana sebelum ini, PR tidak memenangi mana-mana kerusi.

Katanya, kubu kuat Barisan Nasional di sini sudah runtuh berikutan kesedaran pengundi terutama Melayu.

“Di Sabai, saya akan mengambil berat soal kebajikan kaum Melayu terutama di Kampung Lengkong, Kampung Jambu Rias dan Felda Sertik.

“Berdasarkan pertemuan saya dengan pengundi Melayu, mereka sememangnya mengharapkan perubahan di kawasan itu,” katanya.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts