Wednesday, May 6, 2009

'Kena tangkap'

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu baru saja ditangkap di hadapan Restoran Rafia berdekatan pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan 1 BLACK Malaysia di Ipoh 7 Mei ni.

Dalam peristiwa yang saya benci sangat itu, Ali Maidin beritau, sebaik sahaja Mat Sabu keluar dari Restoran Rafia, tiba-tiba terdengar jeritan,"Aku kena tangkap!"

Apabila mendengar jeritan itu, Ali, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan seorang kawan saya Abdul Razak kontraktor meluru untuk menyelamatkan Mat Sabu dan bergelut dengan tiga orang polis yang menangkap Naib Presiden PAS itu.

Ketika mereka bergelut itulah datang lebih dari sepuluh orang polis lagi, kata Ali, dan merentap Salahuddin, Ali dan Abdul Razak serta mencampak mereka ke atas jalan. Berdebuk-debak depa jatuh atas jalan. "Nasib baik kami tak mati kena langgar kereta," kata Ali.

Ketika itulah juga, polis-polis tu terus tolak-tolak Mat Sabu sumbat masuk kereta dan dibawa pergi.

1 comment:

  1. Seperti apa yang I kata dulu, Malaysia kini semakin menuju ke arah Negara polis, Gestapo!!! Sedih dan kecewa adalah jawapan untuk politik masa kini!

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts