Monday, May 11, 2009

Umno dimalukan lagi & lagi

Kerja gila segelintir pimpinan Umno membuatkan parti pemerintah ini menanggung malu yang besar. Sikap tamak, gila kuasa dan tidak berpandukan peraturan sedia ada menyebabkan umno terus diaibkan dan dimalukan lagi dan lagi sepanjang setahun selepas 8 mac 2008 yang lalu. Rakyat yang terdiri dari penyokong dan penentang parti ini terus dihidangkan dengan pelbagai isu yang berpanjangan yang menunjukkan umno sudah semakin tidak diyakini oleh rakyat pada masa kini.

Keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi yang membuat keputusan bahawa YAB DS Nizar masih sebagai MB Perak yang sah memperlihatkan bahawa umno tidak mempunyai penasihat undang-undang yang berkelayakkan dan mahir bagi memastikan tindakkan rampasan kuasa yang mereka ambil tidak boleh dicabar. Kecuaian dan kegopohan ini memperlihatkan bahawa umno sebagai tunjang pemerintahan negera ini sudah hilang kredibiliti.

Keputusan Mahkamah hari ini bukanlah sesuatu yang luar biasa atau luar jangkaan. Kita telah mendengar hampir semua pengamal undang-undang dan penganalisa politik dengan jelas menyatakan bahawa Nizar is the right MB. Keputusan hari ini hanya pengesahan sahaja - tiada yang pelik. Kepada penyokong PR yang beragama Islam lakukan sujud syukur sebagai menunjukkan kekerdilan kita dihadapan Allah SWT, kerana semua yang berlaku hari ini adalah dengan izinNya jua.

1 comment:

  1. Pandangan I adalah sebalik dengan apa yang ditulis oleh YB. UMNO mempunyai penasihat undang-undang yang berkelayakkan dan mahir, dan mereka tahu tidak ada cara lain selain daripada merampas kuasa sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi, dan ini akan makan masa yang panjang, apa lagi appeal demi appeal, sementara itu kuasa masih di tangan BN! Keputusan final.....masih jauh lagi......!

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts