Malam semalam ketika kami sibuk membuat persediaan expotani selepas Isya di Pejabat YB Dr Siti Mariah kami dijemput oleh YB dan suami tersayangnya Dr Hakim untuk menikmati makan malam yang disediakan sendiri oleh YB Dr Mariah. Perut lapar, YDP, Shamsul, Adam. Azman MH, Askolan, Jalil dan saya belasah saja lah apa yang dimasak oleh YB. Masa tu YB bagi tahu bayam yang dimasak tumis itu adalah dari Laman Dapur rumah beliau. Sedap ..... belasah ajelah 2 pinggan seorang.
Pagi ini sempena expotani alhamdulillah program ini mencapai sasaran sehinggakan kehadiran pengunjung yang diluar dugaan menyebabkan pendaftaran untuk mendapatkan starter KIT pertanian yang disediakan sebanyak 800 terpaksa dihentikan sekitar jam 11.30 pagi.
Perasmian majlis dilakukan oleh ADUN Sri Muda, YB Tuan Shuhaimi Shafie dan menceritikan juga bahawa beliau memang handal bercucuk tanam dan itulah aktiviti beliau walau pun dalam keadaan sibak.
YB Shuhaimi juga menerangkan bahawa Kerajaan Negeri ada menyediakan pinjaman pertanian berjumlah RM 10000 dalam bentuk peralatan pertanian.
Sementara itu dalam ucapan alu-aluan nya YB Dr Siti Mariah mahu menjadi kan Parlimen Kota Raja yang termasuk didalamnya DUN Sri Muda sebagai 'Kota Limau Kasturi' dimana setiap keluarga menanam limau kasturi. 'Dengan perancangan yang rapi dan teratur saya percaya Limau Kasturi akan menjadi tanaman yang berjaya di Kota Raja seterusnya dipasarkan secara sistematik nanti', katanya.
Lebih elok andainya di kiri kanan jalan di Kg Jalan Kebun ( Orchard Road) dijadikan nurseri bunga seperti yang dimiliki oleh peniaga asing di Sungai Buloh.
ReplyDeleteJalan Kebun sudah sinonim dengan pertanian, manakala Mardi pula ada sebagai pusat rujukan tani. Peluang pekerjaan akan terbuka, ekonomi penduduk akan meningkat dan PR akan dilihat lebih cerdik dalam membela bangsa yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi. Kebijaksanaan kita mengeksploitasi Jalan Kebun boleh mencetus satu perubahan baru dalam sektor pertanian. Beratus nurseri bunga boleh diwujudkan dan akan menjadi lokasi pelancongan yang mampu menarik pelancong luar negara. Saya berdoa ia dapat dilaksanakan - sesuatu yang tak pernah difikirkan oleh UMNO selama ini. Sudi-sudilah ke blog saya YB.