Friday, July 31, 2009

BN / SPR Gelojoh

AL Fathihah untuk Allahyarham.

Pelik kali ni, tentulah ada sebab tersembunyi. Macam tak sempat-sempat sahaja Pengerusi SPR sudah mula berbunyi.

Pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjangkakan pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini ada sesuatu yang paling cepat respon nya pada kali ini. Kita tahu bahawa Umno/BN menjangkakan ketika ini adalah momentum yang terbaik untuk bertanding dalam PRK setelah kekalahan tipis di MU tenpuh hari.

Selain bulan Ramadhan dan Idul Fitri yang harus diambil kira, rasa kali ini PAS dan PR berasa selesa dan cukup bersedia untuk menghadapi PRK kali ini kerana kebanyakkan masaalah dalaman parti telah selamat diselesaikan dengan aman.

Dengan yang demikian apa pun tarikh yang bakal ditentukan oleh SPR nanti kita akan tetap mempertahan kemenangan sejak 3 penggal lalu yang mana kali terakhir BN/Umno tewas dengan majoriti lebih 5000 ditangan Allahyarham.

Wednesday, July 29, 2009

Sidang meja bulat

Sidang Meja Bulat Parlimen mengenai Ketua Polis Negara Baru Untuk Malaysia Lebih Selamat

1 – Aluan Oleh YB Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2 – Usul Oleh YB Lim Kit Siang [DAP Ipoh Timur]

3 – Pembahas oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli [PAS Kuala Krai]

Sidang Meja Bulat Parlimen mengenai Ketua Polis Negara Baru Untuk Malaysia Lebih Selamat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2009 anjuran MP Pakatan Rakyat.

Monday, July 27, 2009

Royalti : Petronas terus membisu

Muhyiddin Yassin dalam kempen PRK Manek Urai sebelum ini dilaporkan dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

Sehubungan dengan itu berapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan disamping para wartawan dan Blogger serta pemimpn masyarakat setempat akan di bawa ke Pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan pada 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.

Ahli Parlimen Pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir akan diketuai Dato’ Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena), Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian), Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Mujahid Yusof (PAS Parit Buntar), Saifuddin Nasution (PKR Machang), Abd Aziz Kadir (PKR Ketereh) dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan Kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak kepada rakyat Negeri Kelantan.

Sebagaimana Terengganu dan Sabah, Kerajaan Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

Friday, July 24, 2009

Bengkel PMR Parlimen Kota Raja


Daftar segera Bengkel PMR 2009 (Sains & Matematik) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)

Masa: 8.00 pg-5.30 ptg

Tempat: Dewan Auditorium Pejabat Daerah Klang

Penyertaan: 120 peserta terawal (Percuma)

Sila Hubungi: En Imran (012-3872046), Pn Norizah (016-2582160), Pn Norhana (016-3148371), En K.G Sekar (012-2671454)

Wednesday, July 22, 2009

Asakan bertali arus akhirnya PM arah tubuh Suruhanjaya Di Raja

Asakan demi asakan oleh Rakyat berbilang kaum dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock akhirnya di persetujui oleh PM DS Najib.

Sebentar tadi DS Najib mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Najib juga mengarahkan supaya inkues terhahadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang.

Semoga rakyat dapat bertenang disamping melihat berkembangan selanjutnya.

Tuesday, July 21, 2009

Rasa dukacita MPPR

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sunday, July 19, 2009

Isra' Mikraj

Tomorrow is 27 Rejab where it’s significant to Muslims is the Isra’ Mikraj or the journey of Prophet Muhammad s.a.w. from Masjidil Haram in Makkah to Masjidil Aqsa in Baitulmaqdis and then on to Sidratil Muntaha which is located on the seventh sky; and back to Makkah again, all happening in one night in the year 721 AD. It’s a year before Prophet Muhamad migrated to Madinah, an event known as Hijrah which also marked the start of the Islamic calendar of Hijrah.

It was during this journey that Prophet Muhammad s.a.w. saw the original form of Malaikat Jibrail or Gabriel, the angel. It was said that the angel is so huge that when he spread one of its two wings, it will take a thousand year to completely spread one wing. It was also this journey that the five prayer times were ordered for all Muslims. It was said that Prophet Muhammad s.a.w. greeted each and every one he met during the journey and so it’s been encouraged that ‘Salam’ or the longer version of ‘Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh’ (May Allah give you peace and blessings) be used as a greeting between Muslims as a show of respect and to strengthen relationships between them.

While in heaven, Prophet Muhammad was passing an area where it has the sweet aroma of small limes. The prophet asked Jibrail on the area. Jibrail replied that it’s the graveyard of Masyitah, the woman’s leader in heaven. Masyitah is the nanny of Firaun’s princess and believed in Allah. Firaun was one of the kings in Egypt who claimed to be god and would execute anyone who didn’t believe in him as a god.

One day, as Masyitah was combing the princess’s hair, the comb fall down and Masyitah cried out the name of Allah. The princess upon hearing this asked who is Allah and reported to her father that Masyitah’s god is Allah and not Firaun.

Firaun was obviously very angry when he heard this and ordered that Masyitah and her family be boiled in burning oil. One by one, Masyitah’s family member was thrown into the smoldering oil until it’s the turn of her baby. Masyitah almost denounced her faith because of her love towards her baby when the baby, with Allah’s consent, spoke to her in clear words. The baby asked her mom not to give up as she was in the right track. So Masyitah jumped in together with her baby, still with her Islamic faith intact.

There are many stories which happened during Isra’ Mikraj which should be learnt and become a basis of a reminder to us all, including myself. It was said that there were a number of punishments that befall women which made Prophet Muhammad s.a.w. cried every time he remembered these. Why women? The prophet was shown that almost two-thirds of those in hell will be women. During the journey, it was shown to our beloved prophet that:

  • A woman was hang from her hair with her brain boiling. These are women who do not cover their head from the sight of men who are not their muhrim. A muhrim is a man who is not allowed to marry a woman in Islam such as the woman’s father, brother or uncle .
  • A woman was hang from her tongue and her hands came out from her hip with burning oil thrown inside her throat. These are women who love to hurt their spouses with bad words.
  • A woman was hang from her breasts. These are women who breast-fed without the permission from their spouses.
  • A woman was tied on both her hands and legs while being encircled by snakes and scorpions. These are women who are able to pray and fast and did not seek permission from the spouses to go out from their houses and did not take the specified bath after their monthly or confinement periods are over.
  • A woman who ate her own flesh with fire burning under her. These are women who love to beautify themselves for other men who are not their muhrim and those who love to talk about other people’s imperfections.
  • A woman who cut her own body with a pair of scissors from hell. These are women who like to show off her jewelery.
  • A swine-headed woman with her body like a donkey. These are women who like to start a fight between two persons and are liars.
  • A woman shaped like a dog with snakes and scorpions entering her mouth and coming out from her bottom. These are women who are in constant anger to their spouses and lied about other people.

I know many of us have heard of the many stories during the prophet’s Isra’ Mikraj again and again but how many of us heed them and learnt from them?

“Ya Allah, kuatkanlah iman kami dan semoga kami sentiasa diberi cahaya petunjuk dari Mu. Amin.”

Saturday, July 18, 2009

Sekitar majlis pecah tanah

Gambaran pelukis kompleks yang bakal dibena.
Majlis dihadiri antaranya YB Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor, AF Ust Nik Abdul bin Nik Aziz dan Ustaz Dasuki Abd Rani sebagai penasihat kehormat Persatuan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Johan Setia.
Pengerusi Persatuan Tn Hj Termizi sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
Exco Selangor Dr Hajjah Halimah Ali ketika menyampaikan ucapan meminta masyarakat lebih prihatin dan membantu kepada anak yatim, miskin.
Ustaz Nik Abduh ketika menyampai ucapan pada majlis ini.
AF Ust Nik Abdul menggantikan ayahanda nya yang tidak dapat hadir kerana demam meletakkan batu asas peresmian pembinaan kompleks surau yang akan dibina kelak.
Plag perasmian.
Antara penyumbang derma utama.

Layari website Parlimen Kota Raja dan website Pemuda Kota Raja untuk berita lanjut : http://p111kotaraja.blogspot.com/ dan http://p111dppkr.blogspot.com/

Friday, July 17, 2009

Esok TGNA di Kota Raja

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Johan Setia sempena majlis 'pecah tanah pembinaan surau dan dewan serbaguna' esok 18.7.2009 sabtu tepat jam 9.00 pagi.

Majlis ini akan diresmikan oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Saya mewakili Pengerusi Pertubuhan ini Tuan Hj Termizi bin Hj Ismail menjemput seluruh masyarakat Kota Raja untuk hadir pada majlis ini.

Wednesday, July 15, 2009

Selamat pulang wira-wira KR dari mu

Saya selamat sampai ke Kota Raja petang tadi dari dari Manek Urai, Kuala Krai Kelantan. Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dari Kota Raja yang telah bertungkus lumus bersama-sama membantu memenangkan calun PAS walau pun dengan hanya 65 Undi.

Gerak kerja di Chucur Puteri tempat kita bertugas sudah pasti menjadi memori indah buat petugas yang bertugas disana. Pengalaman yang diperolahi moga jagi modal untuk kita menjadi lebih baik lagi dalam menghadapi PRU 13 di Kota Raja nanti.

Saya dimaklumkan bahawa Urusan Daftar Pemilih JPrK telah memulakan gerak kerja awal untuk mendaftar pemilih baru, ini sangat baik dan saya berharap agar MTD Sri Andalas dan MTD Sri Muda serta Kelab Penyokong PAS akan bersama-sama menjaya program ini.

Selamat berjuang.

Tuesday, July 14, 2009

RESMI ... PAS MENANG


Keputusan Resmi Pilihanraya Kecil Manek Urai,....PAS = 5348 UMNO/BN = 5283 Majoriti = 65

8.45mlm PAS sedang dahului BN

Keputusan tidak resmi Pilihanraya Kecil Manek Urai tepat jam 8.45 malam. PAS sedang mendahului dengan 64 undi .... astro awani

Monday, July 13, 2009

Hijau atau Biru

Pada sebelah pagi tadi saya dan YB Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang serta pasukan kempen Helwa dan Kota Raja berkempen dan merayu undi dari rumah kerumah di Kampung Manek Urai Lama dan baru.

Alhamdulillah kedatangan kami disambut dengan pelbagai reaksi oleh penghuni setiap rumah yang dilawati ada yang menerima kami dengan hati terbuka dan ada pula yang malu-malu kucing, biasa lah tu. Apa pun kami telah cuba sedaya upaya menyakin para pengundi pada setiap rumah yang kami lawati bahawa PAS adalah wadah terbaik untuk pilihan pengundi sebagai meneruskan tradisi kemenangan di Manek Urai.

Sekali pun Manek Urai dikatakan kawasan mundur oleh pimpinan BN tapi keunikan mereka disini ialah mereka tidak kisah dan masih merasa selesa dan boleh bertahan dengan keadaan sekarang. Kebanyakan anak muda telah berhijrah kebandar untuk bekerja dan mencari rezeki. Mereka tidak menolak pembangunan yang ingin dibawa oleh Umno/BN cuma mereka Tak Nak BN. Oleh sebab yang demikianlah ada orang yang mengatakan bahawa orang Kelantan adalah orang yang paling cerdik dan berani didunia berbanding negeri lain kerana berani menolak BN sebagai pemerintah sebelum PRU 12.

Kematangan pengundi akan menentukan kemenangan Hijau atau Biru di Manek Urai esok. Sekali pun Umno/BN telah menjanjikan pelbagai projek pembangunan segera tetapi rakyat Kelantan yang telah memilih Kerajaan PAS pimpinan TGNA selama lebih 20 tahun sudah teramat matang dengan perangai pimpinan Umno/BN dan janji palsunya.

Sebelum kami meneruskan kempen kekampung Latarek, rombongan kami bertembung dengan pasukan kempen yang diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Kami berkumpul dan berbincang strategi hari terakhir dan persiapan menghadapi serangan terakhir Umno/BN pada malam nanti. Selepas itu saya meneruskan kempen yang disertai bersama Presiden PKR Datin Seri Azizah.

Malam ini saya berharap semua petugas keselamatan disetiap Daerah Mengundi harus bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku. Kita harus berwaspada supaya dapat mengecilkan ruang supaya keadilan dalam PRK ini dapat dipelihara. Biarkan pengundi tidur awal pada malam ini dan tidak diganggu oleh sesiapa pun, dan bangun awal pagi esok untuk memilih yang terbaik untuk mereka.

Sama-sama kita bermunajat moga Allah terus buka pintu hati mereka untuk terus memilih PAS.

Sunday, July 12, 2009

Pulanglah...pengundi luar Kelantan dan atas pagar akan jadi penentu kemenangan PAS di Manek Urai.

Satu hari setengah menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, Apakah PAS akan mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut? Segala usaha telah dilakukan mungkin tidak mencapai 100% tetapi usaha yang berterusan membuktikan kesungguhan untuk mengekalkan kemenangan seperti PRU 12 yang lalu.

Semua pemimpin Heavyweight Pakatan Rakyat telah turun berkempen membantu calun PAS dalam PRK ini. Cuma bos Umno/BN DS Najib sahaja yang belum diketahui sama ada akan turun atau sebaliknya. Tapi pengumuman sempena 100 hari menjadi Perdana Menteri semalam merupakan kempen yang disengajakan menjelang PRK Manek Urai. Diharap ceramah-ceramah pada malam-malam terakhir ini dapat menangkis pemberian gula-gula oleh DS Najib ini.

Dalam culaan didapati pengundi Manek Urai yang berada di luar DUN akan pulang untuk mengundi PAS seperti dalam pilihanraya umum yang lalu, walaupun tidak diberikan sebarang subsidi untuk pulang mengundi. Terdapat 1,300 pengundi parti itu di luar Kelantan. Manakala 400 lagi berada dalam negeri, tetapi di luar Manek Urai. Manakala berita tidak resmi menyebut terdapat 500 pengundi Umno di luar Manek Urai.

Kita sama-sama berdoa dan berharap agar semua pengundi luar yang mengundi PAS akan pulang dalam apa cara sekali pun untuk memasti kesinambungan kemenangan kepada parti Islam yang kita perjuangkan ini.

Sementara itu perayu undi juga diminta berwaspada pada hari-hari terakhir pengundian untuk memastikan tiada SWING secara besar-besaran terhadap parti lawan oleh pengundi atas pagar.

Saya berkeyakinan bahawa pengundi PAS yang berada diluar Kelantan dan Manek Urai serta pengundi atas pagar ini akan jadi penentu yang mutlak kemenangan PAS di Manek Urai selasa ini nanti.

Saturday, July 11, 2009

Tempuh 2 hari yang kritikal di Manek Urai

Saya bertolak semula ke Manek Urai jam 12.00 tengahari tadi setelah menziarahi Sdr Jalil Ishak AJK PAS Kawasan Kota Raja yang kematian anak beliau pagi tadi, itu pun sempat juga saya menziarahi orang tua yang sedang sakit tenat di Jalan Kebun.

Setelah enam hari berkempen, saya optimis dan penuh yakin berkat usaha dan penat lelah petugas-petugas dari pimpinan sehingga petugas biasa, saya meramalkan kedudukan dan sentimen sebenar 12,293 pengundi di Manek Urai akan memenangkan PAS sebagaimana PRU 12 yang lalu. Walau bagaimana pun sebagaimana biasa pengundi atas pagar akan menjadi 'key player' dalam pertempuran ini.

"Pengundi atas pagar ni pertempuran kita sebenar. Siapa boleh tawan mereka dia mungkin menang," kata Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun ketika memberikan taklimatnya.

Di atas kertas, Manek Urai dengan 80 peratus penduduknya yang terdiri daripada pekebun dan penoreh getah, adalah kubu kuat PAS. Kawasan itu pernah dimenangi Umno pada 2004, ketika Allahyarham Ismail Yaakob tidak menjadi calon.

Ismail yang mewakili kawasan itu selama lima penggal, meninggal dunia pada 22 Mei lepas, akibat serangan jantung.

Bermula pada pagi tadi jentera kempen PAS diperkasakan lagi dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa membantu calun PAS bersama Tok Guru Nik Aziz. Penerimaan pengundi Manek Urai dan orang Kelantan terhadap kehadiran Ustaz Nasha membantu kempen di MU menambahkan semangat petugas-petugas PAS disana.

Saya melihat kempen kali ini lebih tertumpu kepada kempen dari rumah kerumah dimana sehingga semalam, menurut Tuan Aziz, beliau telah melawat 50 peratus pengundi di kawasan itu, manakala mengikut laporan media Mohd Fauzi telah melawat 70 peratus pengundi di Manek Urai.

Apa yang pasti kedua-dua pihak kini menumpukan perhatian di kawasan seperti Chuchoh Puteri, Laloh, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru yang dilihat mempunyai lebih ramai pengundi atas pagar.

Tempoh dua hari terakhir ini merupakan tempoh kritikal petugas PAS untuk meyakin pengundi terutama 12,209 pengundi Melayu agar memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka. Mulai pada esok ini, saya berharap agar petugas dan perayu undi PAS kena hati-hati dengan strategi yang di gunakan kerana ia akan mempengaruhi pengundi (terutama pengundi atas pagar) untuk swing arah mana.

Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT, setelah segala usaha dilakukan kini marilah sama-sama kita serahkan kepada Allah SWT untuk memberikan taufik dan hidayatnya kearah memenangkan parti Islam yang kita cintai ini di Manek Urai.

Al Fatihah

Salam Takziah buat Sdr Jalil bin Ishak AJK PAS Kawasan Kota Raja serta keluarga yang baru sahaja kehilangan anak kesayangan Muhammad Afiq pada pagi ini yang telah kembali kerahmatullah.

Untuk maklumat ahli PAS Kawasan Kota Raja, rumah En Jalil ialah di Jalan Kebun bersebelahan dgn Kem Bumi Jati dan anda semua dijemput kesana.

Informasi : En. Jalil 016-2071340 dan Hj Hakim S/U Kawasan 0192630592

Friday, July 10, 2009

Dakwah PAS kepada DAP

Welcome back DAP ke Pakatan Rakyat Kedah

Dalam masa seminggu 3 hari saja PAS berjaya pujuk DAP dan Thomas Su menarik balik surat untuk keluar dari Pakatan Rakyat Kedah yang dihantar ke Pejabat Agong DAP, dan dalam masa 10 hari inilah juga media massa arus perdana kepunyaan umno/BN tidak henti-henti memburuk-burukkan kepimpinan PAS Kedah. Saban hari pimpinan umno/BN berkokok kononnya pakatan rapuh, tidak tahu memimpin dan sebagainya. Tapi Allah Maha Kuasa. Inilah yang dikatakan "dakwah" yang berjaya dilakukan oleh Ust Azizan dan Parti PAS.

Merana dan bersedih lagi lah umno/BN dengan berita ini sebelum menerima berita yang lebih menyedihkan bila diumumkan kalah pada PRK Manek Urai nanti.

Thursday, July 9, 2009

Umno boikot TV3 & RTM

Sejak Ahmad Maslan jadi Ketua Penerangan Umno ada sedikit perubahan dari segi peranan yang dimainkan oleh TV3 dan RTM.

Kalau dulu menjelang mana-mana PRK & PRU kedua-dua stesen telivisyen ini diberikan peranan utama untuk menghentam PAS, kini telah terdapat sedikit perubahan dimana keadaan telah mula kendur. Sebenarnya penggunaan kedua-dua stesen ini sudah tidak releven lagi pada zaman orang sudah muak dengan tipu helah media dalam menyiarkan kebenaran sesuatu berita.

Ketika ini TV3 dan RTM bukan lagi menjadi rujukan pengundi untuk mendapatkan maklumat sebenar menjelang sesuatu pilihanraya, walau pun ianya cara mudah untuk mendapatkan bahan berita tersebut dengan hanya memasang TV dirumah masing-masing. Walau pun susah mereka lebih rela hadir keceramah-ceramah untuk mendengar maklumat tulin dari penceramah yang pada sessi ceramah yang diadakan disamping mengguna media alternatif untuk mendapatkan maklumat dan berita sebenar.

Kaedah yang digunakan oleh Ahmad Maslan, Umno dan BN di PRK Manek Urai ini menyerlahkan lsgi kewibawaan pimpinan PAS, PKR dan DAP bahawa tindakan memboikot kedua-dua stesen ini adalah tepat dan merupakan tindakan paling wajar.

Teringat kata-kata mantan Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik, "Kita hanya menyiarkan berita yang ada nilai berita sahaja" ..... nyata kini Ahmad Maslan, Umno dan BN sudah tidak punya nilai berita lagi.

Monday, July 6, 2009

Soalan TGNA kepada Najib sudah BOCOR

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasrat bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berhubung garis panduan debat yang dicadangkan itu. Dalam pertemuan tersebut TGNA bercadang menanyakan 2 soalan kepada PM.

1. Soalan pertama : Kenapa UMNO tolak Islam dan ambil kebangsaan?

2. Soalan kedua : Kalau UMNO mengaku dia Islam, kenapa nak lawan Pas? Sedangkan Pas ini terang-terang Islam. Dasar Islam.

"Tindak-tanduk saya di Kelantan pun saya laksanakan dasar Islam. Apa yang Tuhan kata haram, saya kata haram. Apa yang Tuhan kata halal, saya kata halal. Saya bersedia untuk berjumpa dia,” ....... TGNA Mursidur Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Kita meninggu reaksi Najib.

Thursday, July 2, 2009

MP Kota Raja ... Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian

Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – 2 Julai 2009

Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Dikeluarkan oleh:
YB Mohamed Azmin Ali, Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, YB Tan Seng Giaw Ketua Whip Ahli Parlimen DAP dan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS

JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah, YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim, YB Fuziah Salleh daripada PKR.

YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, YB Ust Nasharudin Mat Isa, YB Salahuddin Ayub, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Dzulkifli Ahmad
YB Taib Azamuddin, YB Khalid Samad daripada PAS.

YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran YB Ngeh Koo Ham, YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran daripada DAP.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul, YB Salahuddin Haji Ayub dan YB Karpal Singh.

KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali, Dr Dzulkifli Ahmad dan YAB Lim Guan Eng

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim YB Khalid Samad YB Tan Kok Wai

KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas YB Dato’ Mahfuz Omar YB Gobind Singh Deo

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Er Teck Hwa

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang YB Nasir bin Zakaria YB Charles Anthony Santiago

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong YB Dr Mohd Hatta Ramli YB Teresa Kok

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim YB Taib Azamuddin Md Taib YB Sim Tong Him

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut YB Jeff Ooi

KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff, YB Che Uda Che Nik YB Chong Eng

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani YB Dato’ Mahfuz Haji Omar YB Teo Nie Ching

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid YB Muhammad bin Husin YB M Kulasegaran

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar YB Dr Che Rosli Che Mat YB Chow Kon Yeow

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian YB Dr Siti Mariah Mahmud YB Nga Kor Ming

KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin YB Liew Chin Tong

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman YB M Manogaran

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah YB Dato’ Kamarudin Jaffar YB P Ramasamy

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng YB Mohd Firdaus bin Jaafar YB Anthony Loke Siew Fook

KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye YB Dr Mohd Hayati Othman YB Dr Tan Seng Giaw

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf YB Fong Po Kuan

KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Fong Kui Lun

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali YB Lim Lip Eng

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin YB Salahuddin Haji Ayub YB Tony Pua

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan YB Dr Mujahid Yusof Rawa YB Chong Chien Jen

Wednesday, July 1, 2009

MP PAS berkampung di MU

Sejarah Manek Urai yang dikenali ramai pada pilihan raya umum 1978, apabila PAS hanya tinggal dua kerusi di Kelantan dulu, dikatakan bakal mengulang sejarahnya 14 Julai nanti dengan mengekalkan kerusi tersebut kepada PAS.

Bukan sahaja jentera PAS Kelantan dan negeri-negeri membantu sahaja yang turun membantu sepanjang tempoh berkempen, malah Ahli Parlimen PAS juga tidak melepaskan peluang dalam mengambil ruang dalam siri kempen membantu PAS dalam pilihanraya tersebut.Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu, ahli-ahli Parlimen PAS akan 'berkampung' selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai itu dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli sebaik selesai proses penamaan calon dengan gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan itu.

Antara barisan Ahli Parlimen PAS
Pengarah program, Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai itu memfokuskan antaranya, tumpuan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi.

Malahan, ahli-ahli Parlimen PAS turut dimaklumkan bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai selepas program 'berkampung' itu selesai.

Tambah Mahfuz, program hari keluarga yang akan dibuat juga bertujuan mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai.

"Program yang julung kalinya dibuat itu diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini," ujarnya di lobi Parlimen, hari ini.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts