Satu hari setengah menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, Apakah PAS akan mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut? Segala usaha telah dilakukan mungkin tidak mencapai 100% tetapi usaha yang berterusan membuktikan kesungguhan untuk mengekalkan kemenangan seperti PRU 12 yang lalu.
Semua pemimpin Heavyweight Pakatan Rakyat telah turun berkempen membantu calun PAS dalam PRK ini. Cuma bos Umno/BN DS Najib sahaja yang belum diketahui sama ada akan turun atau sebaliknya. Tapi pengumuman sempena 100 hari menjadi Perdana Menteri semalam merupakan kempen yang disengajakan menjelang PRK Manek Urai. Diharap ceramah-ceramah pada malam-malam terakhir ini dapat menangkis pemberian gula-gula oleh DS Najib ini.
Dalam culaan didapati pengundi Manek Urai yang berada di luar DUN akan pulang untuk mengundi PAS seperti dalam pilihanraya umum yang lalu, walaupun tidak diberikan sebarang subsidi untuk pulang mengundi. Terdapat 1,300 pengundi parti itu di luar Kelantan. Manakala 400 lagi berada dalam negeri, tetapi di luar Manek Urai. Manakala berita tidak resmi menyebut terdapat 500 pengundi Umno di luar Manek Urai.
Kita sama-sama berdoa dan berharap agar semua pengundi luar yang mengundi PAS akan pulang dalam apa cara sekali pun untuk memasti kesinambungan kemenangan kepada parti Islam yang kita perjuangkan ini.
Sementara itu perayu undi juga diminta berwaspada pada hari-hari terakhir pengundian untuk memastikan tiada SWING secara besar-besaran terhadap parti lawan oleh pengundi atas pagar.
Saya berkeyakinan bahawa pengundi PAS yang berada diluar Kelantan dan Manek Urai serta pengundi atas pagar ini akan jadi penentu yang mutlak kemenangan PAS di Manek Urai selasa ini nanti.

No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah