Wednesday, July 15, 2009

Selamat pulang wira-wira KR dari mu

Saya selamat sampai ke Kota Raja petang tadi dari dari Manek Urai, Kuala Krai Kelantan. Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dari Kota Raja yang telah bertungkus lumus bersama-sama membantu memenangkan calun PAS walau pun dengan hanya 65 Undi.

Gerak kerja di Chucur Puteri tempat kita bertugas sudah pasti menjadi memori indah buat petugas yang bertugas disana. Pengalaman yang diperolahi moga jagi modal untuk kita menjadi lebih baik lagi dalam menghadapi PRU 13 di Kota Raja nanti.

Saya dimaklumkan bahawa Urusan Daftar Pemilih JPrK telah memulakan gerak kerja awal untuk mendaftar pemilih baru, ini sangat baik dan saya berharap agar MTD Sri Andalas dan MTD Sri Muda serta Kelab Penyokong PAS akan bersama-sama menjaya program ini.

Selamat berjuang.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts